BTC USD 60,428.3 Gold USD 1,792.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PTPTN sedia kaji syor KPT, harap ada dana khas

sanji

Fun Poster
Joined
Nov 2, 2010
Messages
762
Reaction score
2
Points
15
SHAH ALAM - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedia menawarkan kerjasama, antara lain memberi pinjaman kos sara hidup kepada para pelajar institut pengajian tinggi swasta (IPTS) jika Kementerian Pengajian Tinggi menyalurkan dana khas.

Pengerusinya, Datuk Ismail Mohamad Said berkata, pihaknya sedia mempertimbangkan cadangan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin kelmarin, yang menggalakkan kerjasama dengan IPTS dan syarikat-syarikat besar untuk mencari pendekatan kreatif bagi membiayai kos pelajar di institusi pengajian tinggi.

“Kami sedia pertimbangkan saranan kementerian berkenaan.

“Tetapi PTPTN hanya akan mempertimbangkan cadangan yang diberi itu jika kerajaan sendiri mewujudkan satu dana khas kepada PTPTN supaya kami boleh memberi kerjasama atau biasiswa kepada para pelajar IPTS,” kata beliau.

Mohamed Khaled berkata, sebagai contoh, PTPTN dan IPTS boleh mengadakan kerjasama melalui pembahagian kos, di mana PTPTN boleh memberi pinjaman untuk kos sara hidup pelajar manakala IPTS pula boleh menyediakan biasiswa bagi menampung perbelanjaan yuran pelajar.

“IPTS ada peruntukan sekian banyak (untuk biasiswa) dan jika mereka hanya memberi biasiswa penuh, mungkin dia boleh tampung jumlah pelajar yang sedikit.

“Kita tahu yuran IPTS adalah tinggi. Kalau dia (IPTS) boleh tumpu kepada soal itu (yuran) sahaja dan kos sara hidup ditampung oleh PTPTN maka lebih ramai yang boleh dapat biasiswa itu," katanya.

Ismail menambah, buat masa ini, pihaknya tiada sebarang perbincangan atau cadangan untuk menawarkan biasiswa khas kepada pelajar IPTS kecuali jika mereka lulus cemerlang dengan mendapat ijazah kelas pertama.

“Jika pelajar IPTS lulus dengan cemerlang, baru kami boleh tukarkan pinjaman PTPTN mereka kepada bentuk biasiswa,” jelas beliau.

Jelas Ismail, PTPTN memang ditugaskan untuk memberi pinjaman kepada para pelajar yang mendapat tempat di IPTA dan IPTS dengan syarat mereka memenuhi kriteria dan kelayakan bagi mendapat pinjaman.


Sinar
 
Sponsored Post

yinbyungheon

CG Top Poster Club
Joined
Jul 12, 2006
Messages
36,821
Reaction score
856
Points
161
memberi pinjaman kos sara hidup kepada para pelajar institut pengajian tinggi swasta (IPTS)

“Jika pelajar IPTS lulus dengan cemerlang, baru kami boleh tukarkan pinjaman PTPTN mereka kepada bentuk biasiswa,” jelas beliau.



Sinar

KOS SARA HIDUP PON NAK DIPERNIAGAAN KAN??? Amboi...

PENDIDIKAN adalah PERNIAGAAN sungguh!! kahkahkah
 

lau_kau

Legendary Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
15,688
Reaction score
2,531
Points
201
adeh nie masalah kt masa studi pun dh diajar untuk memimjam, kluaq2 ja dr u ka kolej ja dh jadi peminjam tegar.....
 

faisal_moukei

Active+ Member
Joined
May 17, 2010
Messages
3,928
Reaction score
50
Points
30
Salaam,...

Kalau tak mampu, buat macam tak mampu..
Pesanan terhadap individu..

yg mencari ilmu
faisal_moukei
 

Mad_Hatter

Super Active Member
Joined
Apr 12, 2011
Messages
9,823
Reaction score
1,510
Points
151
Susah juga bila berhutang ni. Abis je belajar dah ada hutang puluh ribu. Belum masuk rumah/kete lagi. Hidup untuk bayar hutang je.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register