PTPTN - Pertanyaan & Pembayaran Khas Warga CG! (Tawaran Rundingan Balik )

CG Sponsors

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,445
Reaction score
20,981
Points
1,671
433,000 peminjam PTPTN sedang diputihkan

PUTRAJAYA: Kira-kira 433,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang dikeluarkan daripada senarai hitam Jabatan Imigresen melalui proses pemutihan secara berperingkat dari 24 Mei lalu hingga 15 Jun ini.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, berkata PTPTN menyenarai hitam seramai satu juta peminjam dan kira-kira 655,000 daripadanya sudah membuat pembayaran membabitkan kutipan berjumlah kira-kira RM1.9 bilion dan keluar dari senarai hitam Jabatan Imigresen.

"Selebihnya kira-kira 433,000 lagi sedang diputihkan secara berperingkat dalam tempoh 24 Mei lalu hingga 15 Jun ini.

"Kita sudah berjanji mahu mengeluarkan semua peminjam daripada senarai hitam Jabatan Imigresen. Perbincangan sudah dijalankan dengan pihak yang terbabit dan pemutihan daripada senarai hitam sedang dilaksanakan di mana semua urusan berkaitan dijangka dapat diselesaikan sebelum pertengahan Jun ini," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Dalam pada itu, tambah beliau, kementerian memerlukan sedikit masa lagi bagi mencari mekanisme terbaik berhubung penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam bergaji kurang daripada RM4,000.

Menurutnya, buat masa ini Kementerian Pendidikan menubuhkan satu kumpulan untuk mengkaji dengan lebih teliti cara terbaik supaya janji itu dapat dilaksanakan dalam tempoh 100 hari pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) dengan tidak menggadaikan kepentingan rakyat.

"Jadi, buat masa ini, kita harap peminjam PTPTN dapat terus membayar hutang mereka dan bersabar kerana membayar hutang ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab moral kita. Berkaitan penangguhan bagi mereka yang bergaji kurang daripada RM4,000 itu, berikan kami waktu untuk buat kajian dan perincian.

"Ketika kami membuat janji dalam manifesto, kita hanya berdasarkan laporan belanjawan yang dikemukakan tahun lalu oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak, tetapi nampaknya mereka bersikap tidak jujur apabila menyembunyikan angka berkaitan hutang negara.

"Kita sedia maklum minggu lalu, Menteri Kewangan mendedahkan angka yang agak mengejutkan, dan semalam dalam mesyuarat Jemaah Menteri, dibincangkan perlunya kerajaan PH berhemah dalam perbelanjaan demi mengutamakan kepentingan rakyat dengan tidak menggadaikan janji yang dibuat," katanya.

Dalam pada itu, kata beliau, berhubung peminjam yang tersenarai dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS), ia masih kekal.

"Mereka yang tamat pengajian selepas 12 bulan, pada bulan ke-13 nama akan dimasukkan dalam CCRIS. Jadi, mereka boleh datang jumpa kita (PTPTN) untuk buat penyusunan semula pinjaman, contohnya jika tidak mampu bayar ansuran bulan RM100, boleh bincang untuk kurangkan manakala bagi yang bergaji kurang daripada RM4,000 ia masih dalam kajian.

"Selain itu, insentif diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN, iaitu diskaun 20 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman; diskaun 10 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya separuh daripada baki hutang dalam sekali bayaran; dan diskaun 10 peratus untuk bayaran balik melalui potongan gaji mengikut jadual bayaran balik ditetapkan masih diteruskan," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/05/432376/433000-peminjam-ptptn-sedang-diputihkan
 
Sponsored Post

Pak Awang

Fun Poster
Joined
May 20, 2013
Messages
421
Reaction score
0
Points
10
part interest takde cerita ke?
buat surat penangguhan bayaran pun kena ketuk dengan interest.
buat masa ini untuk kadar upah ujrah 1% berjalan seperti biasa dan rekod CCRIS juga seperti biasa selepas setahun tamat tajaan.

walau bagaimanapun diskaun 20% masih berjalan dengan jayanya untuk mereka merebut peluang membuat bayaran balik.

:)cgrock
 
kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
34,405
Reaction score
1,928
Points
206

bayaran balik penuh ke tt?
kalau bayar ikut agreement takde diskaun ke?
 
dauskupang

Super Active Member
Joined
Sep 20, 2012
Messages
5,237
Reaction score
268
Points
81
buat masa ini untuk kadar upah ujrah 1% berjalan seperti biasa dan rekod CCRIS juga seperti biasa selepas setahun tamat tajaan.

walau bagaimanapun diskaun 20% masih berjalan dengan jayanya untuk mereka merebut peluang membuat bayaran balik.

:)cgrock
20% kira mcm mana tu...

saya buat bayaran potongan gaji dapat ke?
 
Pak Awang

Fun Poster
Joined
May 20, 2013
Messages
421
Reaction score
0
Points
10
bayaran balik penuh ke tt?
kalau bayar ikut agreement takde diskaun ke?
yer bayar penuh diskaun 20%

bayar konsisten ikut perjanjian dapat diskaun 10%.. dgn syarat buat ptongan gaji atau drect debit di webs PTPTN:)paid
 
kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
34,405
Reaction score
1,928
Points
206
yer bayar penuh diskaun 20%

bayar konsisten ikut perjanjian dapat diskaun 10%.. dgn syarat buat ptongan gaji atau drect debit di webs PTPTN:)paid
kalau buat direct debit sekarang bila akan berkuatkuasa diskaun 10% tu?
serta merta ke?
 
TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,445
Reaction score
20,981
Points
1,671
Sebanyak 265,149 nama daripada 433,708 nama peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPN) sudah dikeluarkan daripada senarai hitam Jabatan Imigresen sehingga 4 Jun lalu.

Baki daripada jumlah peminjam berkenaan iaitu sebanyak 168,289 nama dijangka dapat dikeluarkan dari sistem senarai hitam pada 15 Jun ini.

- Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin
 
TQ Tuan,
info terbaik:)cgrock
 
Pak Awang

Fun Poster
Joined
May 20, 2013
Messages
421
Reaction score
0
Points
10
up sikit.. sapa2 nk check baki..meh wasap no i/c
 
Sponsored Post
Top
Log in Register