BTC USD 22,805.7 Gold USD 1,921.81
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PRU15 #ZahidLetakJawatan Trending Di Twitter

Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
395,027
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
395,027
Reaction score
26,678
Points
2,836
Awards
2

Pelantikan Ahmad Zahid sukarkan proses rejuvenasi UMNO​

ZULHISHAM ISAHAK
03 DEC 2022
A⁻A⁺

2008955.jpg

Syed Mohd, Ahmad Zahid

JOHOR BAHRU – Pelantikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri menyukarkan lagi proses rejuvenasi UMNO di peringkat akar umbi.

Aktivis Pemuda UMNO, Syed Mohd Syed Nasir berkata, ini kerana alasan diberikan kepada akar umbi berhubung pelantikan tersebut adalah untuk kelangsungan parti itu sukar diterima.

“Akar umbi dimomokkan dengan pelantikan Presiden UMNO sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia demi kelangsungan UMNO sebagai sebuah parti orang Melayu yang terbesar dalam negara.

“Fokus memulihkan keruntuhan moral serta memberi hala tuju yang jelas kepada akar umbi itu sepatutnya lebih utama daripada mengejar kedudukan duniawi. Justeru itu, saya mengharapkan tindakan Presiden UMNO tidak membebankan rakyat di bawah.

“Janganlah ada pemimpin UMNO yang berubah pendirian demi kepentingan peribadi. Pelantikan Presiden UMNO sebagai Timbalan Perdana Menteri bukan tempat untuk dijadikan 'shelter' atau pelindung bagi mereka yang menggadaikan maruah perjuangan akar umbi,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Pada Jumaat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kabinet Kerajaan Perpaduan terdiri daripada 28 menteri, selepas seminggu beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.

Kesemua anggota kabinet dijadualkan mengangkat sumpah di Istana Negara pada petang Sabtu.

Syed Mohd yang juga Ahli Jawatankuasa Mahasiswa dan Pendidikan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia turut mempersoalkan tindakan Anwnar yang menghalalkan pemimpin kluster mahkamah diberikan ruang mencorak negara.

Beliau mendakwa, tindakan tersebut tidak adil terhadap bekas Perdana Menteri, DatuK Seri Najib Tun Razak yang disifatkannya sebagai seorang pemimpin berjiwa besar dan akur dengan keputusan rakyat.

“Adakah selepas ini ada pelepasan kluster mahkamah lagi,” soalnya lagi.

zari83

Super Active Member
gem
Messages
5,824
Joined
Nov 24, 2011
Messages
5,824
Reaction score
1,280
Points
151
aah ye tn akecema, mmg betul sekali
menteri wilayah adalah antara orang yg terdapat dlm lembaga pengampunan

subhanallah tn akecema
terima kasih banyak banyak share this

no wonder ramai sangat penyokong BN dok bercakap pasal pakJIb akan kembali dan era kebangkitan pakJib

wow.. serius la.. berderet2 berita gembira buat bn sejak beberapa hari ni.. kalau kita ikhlas bersyukur dgn rezeki yang ada nescaya akan dipermudahkan setiap urusan..
 
TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
395,027
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
395,027
Reaction score
26,678
Points
2,836
Awards
2

Jawatan Presiden, Timbalan Presiden UMNO wajar dipertanding​

29 Disember 2022 08:31pm
Masa membaca: 2 minit

2039165.jpg

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR - Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO wajar dipertanding bagi memenuhi hasrat akar umbi yang mahu kepimpinan kini meneruskan perjuangan parti itu.

Penganalisis politik dari Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara, Dr Azmi Hassan berkata, perkara itu dikuatkan lagi dengan kewujudan 'cakap-cakap' yang menyatakan kekalahan UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-15 adalah kerana presidennya.

"Kalau tidak dipertanding, kekalkan presiden atau timbalan presidennya seperti sekarang maka tekanan-tekanan berterusan supaya presiden, timbalan presiden turun berundur menyebabkan UMNO tidak akan pulih, sentiasa berada di situ (tidak stabil).

"Jadi kalaulah dipertanding dan presiden serta timbalan presiden dapat pertahankan jawatan maka ini membuktikan bahawa akar umbi UMNO mahu kepimpinan sekarang (menerajui parti)," katanya kepada Bernama pada Khamis.

Justeru menerusi padangan peribadi beliau, seharusnya kedua-dua jawatan itu dipertanding supaya tiada lagi tekanan kepada presiden dan timbalan dalam menjalankan tugas.

Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia, Profesor Dr Sivamurugan Pandian pula berkata, jawatan itu wajar dipertanding bagi memelihara proses demokrasi yang selaras dengan Perlembagaan UMNO.

Beliau berkata, keabsahan penyandang jawatan itu akan mengikat pihak yang cuba menyoal legitimasi kepimpinan individu terbabit.

"Ini boleh menjadi mesej kepada ahli dan mereka yang di luar parti bahawa untuk bergerak ke hadapan, mereka perlu mengadaptasi suasana politik mutakhir.

"Kalaupun ada yang menyoal, ia akan membawa perpecahan dan solidariti, parti perlu menanganinya dengan baik supaya golongan muda serta pengundi melihat tiada sekatan dalam parti. Ia akan menampakkan integriti politik dipertahan dan parti bergerak ke arah yang betul," katanya.

Sivamurugan berkata, perwakilan UMNO boleh memutuskan sebaliknya namun realiti politik kini sehingga Kerajaan Perpaduan terbentuk adalah penting untuk parti itu membuat perubahan dan pembaharuan.

Bagi Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr Kartini Aboo Talib @ Khalid, jawatan itu perlu dipertanding supaya (kebimbangan mengenai) salah guna kuasa oleh kepimpinan parti dapat dikurangkan ke tahap minimum.

"Ia juga bantu menggalakkan peluang terbuka buat bakat baharu dan generasi muda memegang tampuk kepimpinan," katanya.

Pada Julai lepas, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan meluluskan permohonan berkaitan pindaan Perlembangaan parti itu supaya pemilihan di semua peringkat diadakan tidak lebih enam bulan selepas PRU diadakan.

Jawatan Presiden UMNO kini disandang Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) manakala Timbalan Presiden parti itu disandang oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan, yang merupakan Timbalan Pengerusi BN.

Tiga lagi jawatan utama parti yang digelar top five iaitu Naib Presiden dan kini disandang oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta Datuk Seri Mahdzir Khalid, selain Ahli Majlis Tertinggi, turut dipertanding. - Bernama

lau_kau

CG Top Poster Club
gem
Messages
29,880
Top Poster #3
Joined
Aug 2, 2007
Messages
29,880
Reaction score
6,331
Points
481
Awards
1

Mau anda bukan org umno hehehe
 
Sponsored Post

Top
Log in Register