BTC USD 27,767.4 Gold USD 1,980.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PRU15 #ZahidLetakJawatan Trending Di Twitter

g-man

Legendary Member
gem
Messages
10,805
Joined
Jan 16, 2011
Messages
10,805
Reaction score
1,899
Points
201
Tapi awal haritu memang nampak gelojoh zahid
Hahaha... aku ingat aku sorang je rasa ni game Zahid. Dia mintak Agong settlekan isu ni nak sebab nak tunjuk bukan dia nak sangat bergabung dengan PH tapi sebab arahan dari Agong je. Selamat le BN dari tuduhan kerjasama dengan PH tu.
 
Sponsored Post

Encik Sponge

Super Active Member
gem
Messages
5,942
Joined
Jul 22, 2013
Messages
5,942
Reaction score
1,140
Points
151
Bukan salah Zahid?
Hahaha... aku ingat aku sorang je rasa ni game Zahid. Dia mintak Agong settlekan isu ni nak sebab nak tunjuk bukan dia nak sangat bergabung dengan PH tapi sebab arahan dari Agong je. Selamat le BN dari tuduhan kerjasama dengan PH tu.

Tu yg kata dia tengah cuci otak2 akar umbi ni

Silap2 kekal presiden ja dia ni

Lagi 1 kalau game tgh draw, pastu boleh delay mmg makanan dia la puak2 ni…
 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
37,967
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
37,967
Reaction score
4,938
Points
261
Awards
1
`Pemimpin UMNO 'kona baring', kembalilah sokong Presiden'

`Pemimpin UMNO 'kona baring', kembalilah sokong Presiden'
Presiden UMNO, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi beredar dari Pusat Dagangan Dunia (WTC) selepas menghadiri mesyuarat dengan Ketua UMNO Bahagian, hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pemimpin UMNO negeri terutama Ketua UMNO bahagian seluruh negara, hari ini menyatakan solidariti menyokong Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Seramai 90 orang daripada 130 Ketua UMNO bahagian hadir mengadakan pertemuan bersama Ahmad Zahid di Pusat Dagangan Kuala Lumpur (WTC), hari ini.

Mewakili mereka, Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Datuk Seri Mohd Shafie Abdullah, berkata 130 ketua bahagian, termasuk pengerusi perhubungan negeri berikrar menyokong Presiden bagi meneruskan perjuangan dan memastikan parti terus relevan.

"Presiden minta kita untuk terus bersama memperkukuh parti. Mana-mana ketua bahagian yang masih rasa bimbang, syak wasangka, masih fikir macam-macam silalah kembali untuk kita bersatu.

"Yang mana sudah 'kona baring' (desak Zahid letak jawatan) baliklah semula, tunjuk solidariti kepada Presiden. Kita berlapang dada supaya UMNO kembali padu bersatu.

"Kita hanya menang 30 kerusi, kalau tidak bersatu maka malanglah kita di masa depan," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Antara yang hadir, Pengerusi Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Pengerusi Perhubungan UMNO Perak, yang juga Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Said.

Selain itu, Mohd Shafie, berkata semua Ketua UMNO Bahagian turut menyatakan kekesalan atas kebiadaban pemimpin parti komponen MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) atas desakan supaya Presiden meletakkan jawatan.

"Kita bawa dan kendong mereka berpuluh tahun, kerusi dimenangi mereka pun banyak majoriti Melayu, tapi bila kita dalam keadaan genting ini, mereka pula berpaling tadah," katanya.

Sebelum ini, beberapa pemimpin parti, termasuk komponen BN mendesak supaya Ahmad Zahid melepaskan jawatan Pengerusi BN dan Presiden UMNO sebagai tanda mengambil tanggungjawab atas kekalahan besar parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Semalam, kepemimpinan tiga parti komponen BN turut mengemukakan ketetapan undi tidak percaya terhadap Ahmad Zahid.

Usul berkenaan dikemukakan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong; Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran dan Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah, Datuk Arthur Joseph Kurup, menerusi sepucuk surat bertarikh hari sama.
 

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
19,486
Joined
Jun 5, 2022
Messages
19,486
Reaction score
2,588
Points
251
Awards
1
Yang ni semua ni.
U-Turn ke nanti?
Itu hari kata semua Ketua Bahagian sebulat suara setuju
Hari ni lain pulak ceritanya

umno-2.jpg
 
Sponsored Post

Top
Log in Register