BTC USD 28,166.0 Gold USD 1,993.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PRU15 PN Bentuk Kerajaan, Cikgu Shukri Angkat Sumpah Menteri Besar Perlis

Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
401,492
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
401,492
Reaction score
27,573
Points
2,836
Awards
2
menteri wilayah shahidan la.... dulu khalid samad.... eh, pening la... ku nan menteri apa dulu?

Ku Nan Menteri Wilayah la kan

Screenshot_2022_1124_133432.png
 

imzza

Active+ Member
Messages
4,247
Joined
Apr 17, 2014
Messages
4,247
Reaction score
58
Points
45

Screenshot_5.jpg

Tujuh EXCO Perlis pegang 33 portfolio​

KANGAR: Langkah penjimatan dilaksanakan kerajaan Perlis yang baharu menyaksikan pengecilan barisan EXCO dengan tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) memegang 33 portfolio.

Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli, berkata pengecilan itu bertujuan meningkatkan prestasi kerja bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat di Perlis.

"Mesyuarat pertama EXCO akan berlangsung 29 November ini namun lokasinya belum ditentukan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pejabat Menteri Besar Perlis, Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini, hari ini.

Mohd Shukri berkata jumlah EXCO kurang berbanding ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN) membabitkan sembilan ADUN.

Terdahulu enam ADUN Perlis hari ini mengangkat sumpah jawatan EXCO di hadapan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau, di sini hari ini.

Mereka terdiri daripada empat ADUN PAS dan dua daripada BERSATU yang telah diperkenan oleh Tuanku Syed Sirajuddin.

Kesemua mereka kemudian menandatangani surat pelantikan dengan disaksikan Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Kangar Dr Arik Sanusi Yeop Johari dan Ketua Hakim Syarie Perlis Jaidi Ahmad.

Pada Selasa, Mohd Shukri mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Perlis selepas Perikatan Nasional (PN) berjaya membentuk kerajaan di negeri ini setelah memenangi 14 kerusi DUN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Mohd Shukri berkata, PN akan cuba melaksanakan segala janji yang terkandung di dalam manifesto mereka dengan sebaik mungkin demi kebaikan rakyat negeri ini.

"Jangan harapkan 'bulan dan bintang' kerana kami pun masih baru.

"Namun, apa yang kami janji akan cuba ditunaikan sedaya upaya demi memuaskan hati seluruh rakyat," Katanya.

Berita Harian
 

imzza

Active+ Member
Messages
4,247
Joined
Apr 17, 2014
Messages
4,247
Reaction score
58
Points
45

Screenshot_5.jpg

Kerajaan Perlis harap tidak dipinggirkan kerajaan perpaduan​

KANGAR: Kerajaan Perlis berharap kerajaan Pusat tidak meminggirkan negeri itu terutama dalam soal pembangunan, walaupun Perikatan Nasional (PN) menjadi pembangkang di peringkat Pusat.

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, berkata kerajaan Pusat adalah kerajaan perpaduan, bermakna perpaduan itu hendaklah bersama dengan semua negeri, termasuk Perlis.

"Perpaduan ini mestilah membabitkan semua dan tidak hanya di peringkat Pusat, di negeri juga perlu juga diberikan perhatian," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Pejabat Menteri Besar Perlis di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, di sini, hari ini.

Mohd Shukri berkata demikian ketika ditanya mengenai perjalanan kerajaan Perlis selepas PN bertindak untuk menolak bersama kerajaan perpaduan menjadikan gabungan itu sebagai wakil pembangkang di Parlimen.

Pada masa sama, beliau mengucapkan tahniah atas pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.

"Kami mengirim ucapan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi laman sosial Facebook.

"Diharapkan beliau mampu menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri sebaik mungkin dalam membawa amanah rakyat bersama," katanya.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) minggu lalu, PN Perlis berjaya membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 14 daripada 15 kerusi DUN, selain 'menyapu bersih' tiga kerusi Parlimen di Padang Besar, Kangar dan Arau.

Kejayaan gemilang PN itu sekali gus menumbangkan Barisan Nasional (BN) yang mentadbir Perlis selama 65 tahun.

Berita Harian
 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
37,561
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
37,561
Reaction score
4,887
Points
261
Awards
1
Perlis kecilkan saiz Exco

Dari kiri: Izizam, Mohd Shukri. Muhammad Azmir, Fakhrul Anwar, Razali, Megat Hashirat, dan Wan Badariah.
KANGAR - Senarai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis (Exco) yang diumumkan pada Jumaat menyaksikan jumlahnya dikecilkan kepada enam portfolio berbanding lapan sebelum ini.

Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli berkata, langkah mengecilkan jumlah Exco itu dibuat untuk meningkatkan prestasi kerja di samping menjimatkan kos.

"Kita kecilkan bilangan Exco ini adalah untuk meningkatkan prestasi. Ibarat orang tua-tua cerita pada zaman Jepun dulu bila 10 orang tak boleh angkat sebatang kayu, kena buang dua orang.

"Suruh dia orang angkat, insya-ALLAH dengan kemampuan yang ada mereka akan berusaha lebih.

"Selain untuk menjimatkan perbelanjaan kerajaan itu sendiri," katanya kepada pemberita di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis di sini pada Jumaat.

Terdahulu, enam ADUN daripada Perikatan Nasional (PN) mengangkat sumpah jawatan sebagai Exco di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau, Arau pada Jumaat.

Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menyaksikan PN berjaya meraih kesemua kerusi DUN Perlis kecuali di Indera Kayangan yang dimenangi calon Pakatan Harapan, Gan Ay Ling.

Mohd Shukri yang juga ADUN Sanglang mengetuai portfolio Pentadbiran dan Kewangan, Pelaburan dan Perdagangan Antarabangsa, Perancangan Ekonomi dan Pembangunan Industri, Hal Ehwal Tanah dan Sumber Asli, Keselamatan dan Ketenteraman Awam serta Pembangunan Pusat Pertumbuhan Baru.

Sementara ADUN Santan, Muhammad Azmir Azizan memegang portfolio Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pendidikan, Belia dan Sukan, Pembangunan Sumber Manusia, Penerangan serta Badan Bukan Kerajaan.

ADUN Simpang Empat, Razali Saad dipertanggungjawabkan sebagai Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Kemajuan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan serta Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Manakala ADUN Bintong, Fakhrul Anwar Ismail sebagai Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Penjaja dan Peniaga Kecil, Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Pembangunan Usahawan dan Industri Kecil dan Sederhana.

Exco Kemudahan dan Prasarana Pengangkutan, Hubungan dan Kerjasama Sempadan serta Penyelarasan Penguatkuasaan Bersepadu dan Aduan Awam diketuai ADUN Titi Tinggi, Izizam Ibrahim.

ADUN Pauh, Megat Hashirat Hassan dipertanggungjawabkan sebagai Exco Sains, Teknologi dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Alam Sekitar, Bioteknologi dan Teknologi Hijau, Perpaduan Masyarakat serta Kesihatan.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Pelancongan, Kebajikan dan Bantuan Bencana serta Kebudayaan, Kesenian dan Warisan digalas ADUN Mata Ayer, Wan Badariah Wan Saad.
 
Sponsored Post

Top
Log in Register