BTC USD 23,434.8 Gold USD 1,865.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PRU15 PH & BN Bentuk Kerajaan, Wan Rosdy Angkat Sumpah Sebagai MB Pahang

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
395,780
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
395,780
Reaction score
26,800
Points
2,836
Awards
2

PRU15: Tiada parti peroleh majoriti mudah di Pahang​


20 NOV 2022
A⁻A⁺

1992843.jpg


Buat julung kali dalam sejarah, kerajaan negeri Pahang tergantung selepas tiada parti memperoleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri yang baharu.- Foto Bernama.


KUANTAN – Keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang menyaksikan buat julung kali dalam sejarah, kerajaan negeri tergantung selepas tiada parti memperoleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri yang baharu.

Berdasarkan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Perikatan Nasional (PN) menang 17 kerusi, Barisan Nasional (16) dan lapan kerusi oleh Pakatan Harapan (PH).

Bagaimanapun, proses pengundian bagi kerusi DUN Tioman ditangguhkan kepada 7 Disember ini ekoran kematian calon PN, Md Yunus Ramli, 61, pada jam 3.30 pagi semalam.

Pahang mempunyai 42 kerusi DUN dan mana-mana parti perlu menang 22 kerusi untuk memperoleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri.

PN memenangi kerusi DUN Cheka, Tanjung Lumpur, Luit, Chenor, Bukit Ibam, Kuala Sentul, Tahan, Damak, Pulau Tawar, Jengka, Beserah, Pulau Manis, Lanchang, Kuala Semantan, Panching, Lepar dan Sungai Lembing.

BN pula menang di Inderapura, Benta, Jenderak, Padang Tengku, Batu Talam, Kemayan, Jelai, Guai, Kerdau, Dong, Muadzam Shah, Peramu Jaya, Chini. Pelangai dan Bebar selain turut merampas DUN Sabai daripada PH.

PH menerusi DAP pula memenangi DUN Tanah Rata, Tras, Triang, Mentakab, Bilut dan Ketari manakala PKR menang di Semambu dan Teruntum.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mempertahankan DUN Jelai buat kali kelima selepas menang dengan majoriti 6,983 undi, menewaskan calon PN, Dr Abdul Rasid Mohamed (3,109 undi) manakala calon PH, Ismail Mohd Hussin pula hilang deposit apabila hanya memperoleh 1,464 undi.

Di DUN Cheka, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, yang mewakili PN, menang dengan majoriti 1,223 undi dalam saingan empat penjuru, menewaskan calon BN, Ho Fong Mee (4,411 undi), Rasid Muhamad (PH-2,255 undi) dan calon Pejang, Aishaton Abu Bakar dengan 81 undi.

Seorang lagi calon tumpuan iaitu anak sulung kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohamad Nizar, yang bertanding kali pertama pada PRU15 di DUN Peramu Jaya, memperolehi 19,337 undi menewaskan calon PN, Abu Talib Muhammad (11,514 undi), calon PH, Tugimon Abdul Hamid (2,511 undi) dan calon Bebas, Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin (193 undi).

PRU15 juga menyaksikan semua 13 calon Pejuang yang bertanding di DUN Pahang hilang deposit dan nasib sama juga menimpa 15 calon PH, lima calon Bebas serta calon tunggal Parti Rakyat Malaysia (PRM).

Bagi kerusi Parlimen, PN membuat kejutan apabila berjaya merampas empat kerusi daripada BN, iaitu Kuala Krau, Maran, Jerantut dan Rompin selain turut menang di Kuantan, Indera Mahkota dan Temerloh.

BN hanya menang di lima kerusi iaitu Bera yang dimenangi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Lipis, Paya Besar, Cameron Highlands dan Pekan manakala PH mengekalkan kerusi mereka di Raub dan Bentong.

Pengerusi PN Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah turut mempertahankan kerusi Parlimen Indera Mahkota manakala bekas Presiden MCA, Tan Sri Liow Tiong Lai yang membuat kemunculan semula di Parlimen Bentong tewas kepada personaliti DAP, Young Syefura Othman atau Rara. – Bernama.

 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
395,780
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
395,780
Reaction score
26,800
Points
2,836
Awards
2
"Selepas itu baru boleh buat keputusan bagaimana hendak membentuk kerajaan negeri." - Timbalan Pesuruhjaya Pas Pahang

 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
395,780
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
395,780
Reaction score
26,800
Points
2,836
Awards
2

PRU15: Keputusan pusat pengaruhi Pahang bentuk kerajaan negeri​

NORAWAZNI YUSOF
20 NOV 2022
A⁻A⁺

1993334.jpeg

Dr Hamdan, Wan Emril


KUANTAN – Pembentukan kerajaan Pahang akan dipengaruhi keputusan pimpinan Perikatan Nasional (PN) sama ada memilih untuk bersama BN atau Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk sebuah kerajaan dengan majoriti selesa.

Penganalisis politik dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pahang, Dr Hamdan Che Mohd Razali berkata, itu naratif politik yang berlaku selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

IKLAN
“Kalau ikut sejarah politik selepas 2108, saya lihat kerajaan negeri termasuk Pahang mengikuti keputusan pucuk pimpinan dibuat di peringkat pusat. Jika di peringkat pusat BN sebagai contohnya mahu bergabung dengan PN atau PH maka saya rasa negeri akan mengikutinya.
“Saya berpandangan begini kerana setiap tindak tanduk yang dibuat di peringkat pusat akan mempengaruhi negeri, cuma yang bezanya sekarang, kita masih tidak mengetahui BN akan bersama dalam gabungan mana. Jika bersama PH, BN masih boleh membentuk kerajaan begitu juga dengan PN,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Pahang mempunyai 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan daripada jumlah itu, PN beroleh 17 kerusi, BN pula 16 dan PH hanya lapan kerusi.

Bagi membentuk kerajaan negeri, parti yang bertanding memerlukan majoriti mudah namun tiada parti yang bertanding berjaya memperolehnya selepas keputusan rasmi dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Kerusi DUN Tioman ditangguhkan susulan kematian calon PN, Md Yunus Ramli yang meninggal dunia pada jam 3.30 pagi Sabtu ketika menerima rawatan di Hospital Rompin.

Mengulas lanjut, Che Hamdan menjelaskan hanya dengan kerjasama politik sahaja boleh menjadi penentu kepada pembentukan kerajaan negeri.

Tambahnya, perkara sama pernah berlaku di beberapa negeri yang menubuhkan kerajaan menerusi gabungan parti politik.

“Dalam situasi sekarang, kita tengok mungkin PH boleh jadi penentu antara PN dan BN, jadi itu atas perunding antara parti yang kuat dengan parti yang sedikit atau sebaliknya,” ujar beliau.

Seorang lagi penganalisis politik dari Fakulti Pengajian Islam, Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah, Wan Emril Wan Embong menjelaskan teori gabungan parti politik perlu dilakukan bagi membentuk kerajaan.

Tegasnya, situasi dihadapi Pahang sama seperti kerajaan pusat yang gagal membentuk majoriti mudah bagi kerusi Parlimen.

“Ada pelbagai versi gabungan politik yang masih menjadi tanda tanya sama ada PH- BN atau PN bersama BN atau antara PH dan PN.

“Saya lihat mana-mana gabungan pun dijangka akan membentuk majoriti selesa di DUN. Namun pembentukan kerajaan itu akan banyak berpandu kepada kerajaan Persekutuan,” kata beliau.

 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
40,697
Top Poster #6
Joined
Nov 23, 2012
Messages
40,697
Reaction score
5,058
Points
516
Awards
1
Gabungan Kerajaan Negeri BN, PH Di Pahang - Sumber

21.11.2022 - Kuala Lumpur, BN Pahang hampir pasti mengekalkan kerajaan negeri apabila lapan ahli dewan undangan negeri (Adun) Pakatan Harapan (PH) menyatakan sokongan untuk menubuhkan kerajaan negeri. Menurut sumber DAP, perkara itu sudah diputuskan pimpinan tertinggi parti dan satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan dalam terdekat. Dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15), BN memiliki 16 kerusi dewan undangan negeri (DUN) manakala PH mempunyai lapan kerusi. Enam daripadanya adalah DAP manakala dua lagi melalui wakil PKR.

Perikatan Nasional (PN) pula memiliki 17 kerusi DUN. Selepas keputusan PRU15 Sabtu lalu, kerajaan Pahang 'tergantung' kerana tidak ada mana-mana gabungan parti memperoleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan. DUN Pahang mempunyai 42 kerusi dan satu lagi kerusi iaitu DUN Tioman tidak dipertandingkan selepas calon PN, Md Yunus Ramli, 61, meninggal dunia pada awal pagi Sabtu-hari mengundi, ketika menerima rawatan di Hospital Rompin, dipercayai akibat serangan jantung. Pengundian bagi kerusi DUN Tioman ditetapkan pada 7 Disember ini oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Sementara itu, Adun Triang, Leong Yu Man ketika dihubungi Malaysiakini memaklumkan dia belum menerima maklumat lengkap berkaitan persetujuan untuk PH dan BN Pahang bekerjasama.

"Setakat ini saya belum pasti mengenai perkara ini, lebih baik rujuk dengan pucuk pimpinan kami," katanya.

Dua wakil PKR ketika dihubungi juga memaklumkan mereka masih menunggu keputusan muktamad oleh pucuk pimpinan parti. ADUN Semambu CK Wong berkata, dia hanya menunggu maklumat dan arahan daripada pimpinan. Sementara itu, Adun Teruntum, Sim Choon Siang pula memberitahu dia berharap pucuk pimpinan tertinggi akan membuat keputusan terbaik untuk semua pihak.​

1669007093244.png
 

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
125,444
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
125,444
Reaction score
21,326
Points
2,866
Awards
1
Pahang Pakatan Harapan (PH) has agreed to cooperate with the state Barisan Nasional (BN) to form the Pahang state government after the 15th general election resulted in a hung assembly.
The matter was confirmed by Pahang DAP chairman Leong Ngah Ngah when contacted here.
“Yes, Pahang PH has agreed to cooperate with BN Pahang but we are awaiting the official decision from the central leadership,” he said.

1669016115137.png
 

silasroon

Super Active Member
gem
Messages
6,133
Joined
Oct 10, 2016
Messages
6,133
Reaction score
2,563
Points
211
Awards
1
Gabungan Kerajaan Negeri BN, PH Di Pahang - Sumber

21.11.2022 - Kuala Lumpur, BN Pahang hampir pasti mengekalkan kerajaan negeri apabila lapan ahli dewan undangan negeri (Adun) Pakatan Harapan (PH) menyatakan sokongan untuk menubuhkan kerajaan negeri. Menurut sumber DAP, perkara itu sudah diputuskan pimpinan tertinggi parti dan satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan dalam terdekat. Dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15), BN memiliki 16 kerusi dewan undangan negeri (DUN) manakala PH mempunyai lapan kerusi. Enam daripadanya adalah DAP manakala dua lagi melalui wakil PKR.

Perikatan Nasional (PN) pula memiliki 17 kerusi DUN. Selepas keputusan PRU15 Sabtu lalu, kerajaan Pahang 'tergantung' kerana tidak ada mana-mana gabungan parti memperoleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan. DUN Pahang mempunyai 42 kerusi dan satu lagi kerusi iaitu DUN Tioman tidak dipertandingkan selepas calon PN, Md Yunus Ramli, 61, meninggal dunia pada awal pagi Sabtu-hari mengundi, ketika menerima rawatan di Hospital Rompin, dipercayai akibat serangan jantung. Pengundian bagi kerusi DUN Tioman ditetapkan pada 7 Disember ini oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Sementara itu, Adun Triang, Leong Yu Man ketika dihubungi Malaysiakini memaklumkan dia belum menerima maklumat lengkap berkaitan persetujuan untuk PH dan BN Pahang bekerjasama.

"Setakat ini saya belum pasti mengenai perkara ini, lebih baik rujuk dengan pucuk pimpinan kami," katanya.

Dua wakil PKR ketika dihubungi juga memaklumkan mereka masih menunggu keputusan muktamad oleh pucuk pimpinan parti. ADUN Semambu CK Wong berkata, dia hanya menunggu maklumat dan arahan daripada pimpinan. Sementara itu, Adun Teruntum, Sim Choon Siang pula memberitahu dia berharap pucuk pimpinan tertinggi akan membuat keputusan terbaik untuk semua pihak.​

1669007093244.png
Negeri kelahiran Mat Kilau.....hehehehehe
 

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
125,444
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
125,444
Reaction score
21,326
Points
2,866
Awards
1
Ikut jejak kerajaan Perak #malaysiagazette #pru15 #prupahang
https://malaysiagazette.com/.../ph-bn-pahang-setuju.../


PH, BN Pahang setuju bentuk kerajaan negeri​



21 November 2022

MGF16112022_PERANG-KERETA-KEBAL-PN-DAN-PH-1-1.jpg


Setelah kerajaan Perak ditubuhkan dengan kerjasaman Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) - langkah yang sama bakal disusuli oleh kepimpinan kedua-dua gabungan parti itu di Pahang.- Gambar hiasan.


KUANTAN – Setelah kerajaan Perak ditubuhkan dengan kerjasaman Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) – langkah yang sama bakal disusuli oleh kepimpinan kedua-dua gabungan parti itu di Pahang.

Kedua-dua gabungan parti itu bersetuju menjalinkan kerjasama bagi membentuk kerajaan negeri yang tergantung selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).




Pengerusi DAP Pahang, Leong Ngah Ngah mengesahkan perkara itu hari ini.
“Ya, PH Pahang bersetuju untuk kerjasama dengan BN Pahang, tetapi kami menunggu keputusan rasmi daripada pimpinan (PH) pusat,” katanya seperti dipetik dari laporan Bernama.

Terdahulu Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mengesahkan BN dan PH sudah setuju membentuk kerajaan negeri di Perak hari ini.



Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr. Sallehuddin Ishak ketika dihubungi memaklumkan perkara tersebut masih belum dapat dipastikan setakat ini.

Kerajaan negeri Pahang tergantung selepas keputusan PRU15 menyaksikan tiada parti yang memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri ini yang mempunya 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pada PRU15, BN memperoleh 16 kerusi manakala PH memperoleh lapan kerusi dengan enam daripadanya dari DAP manakala Perikatan Nasional (PN) mendapat 17 kerusi.



Bagaimanapun proses pengundian bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman hanya akan diadakan pada 7 Disember ini ekoran kematian calon PN, Md Yunus Ramli pada hari pengundian PRU15 diadakan. – MalaysiaGazette
 
Sponsored Post

Top
Log in Register