BTC USD 22,783.8 Gold USD 1,921.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PRU15 PH & BN Bentuk Kerajaan, Saarani Angkat Sumpah MB Perak Ke-15

nameless

Super Active Member
Messages
7,693
Joined
Nov 30, 2007
Messages
7,693
Reaction score
155
Points
83
Itulah, yg baik pada kita, belum tentu baik pada pandangan Allah.

Org Perak kata x layak, tp takdir Allah menyatakan sebaliknya.

Sebagaimana org PH terpaksa telan kejatuhan PH Pasca Sheraton Move dulu biarpun pahit, begitu juga harap ya agar tuan dpt terima kepahitan apa yg dihajati tidak diperkenan.

5 tahun kita hakimi mereka.
Saarani dpy jd MB pn sebab "Langkah Undi Percaya"...
Dpt cara keji, ms tu dh bersetongkol ngan PH..
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
125,156
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
125,156
Reaction score
21,228
Points
2,866
Awards
1
"Saya tidak pernah memberi atau menawarkan mahupun nak beli ADUN BN, janganlah membuat tuduhan begitu." - Zainol Fadzi

PN Perak nafi terlibat tarik ADUN BN​

28 November 2022 09:05pmMasa membaca: 2 minit

2003681.jpg

Laporan Sinar Harian pada Ahad

IPOH - Perikatan Nasional (PN) Perak menafikan dakwaan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad bahawa terdapat cubaan mendapatkan sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN bagi membentuk kerajaan negeri.

Setiausahanya, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata, cubaan 'mencuri' empat wakil rakyat parti itu minggu lalu adalah tidak benar serta tidak berasaskan fakta.

"Ia tuduhan yang tidak berasas. Saya tidak pernah memberi atau menawarkan mahupun nak beli ADUN BN, janganlah membuat tuduhan begitu.

"Saya sendiri tidak pernah hubungi mana-mana ADUN BN sehinggalah beliau (Saarani) mengangkat sumpah pada Isnin dan saya sendiri jumpa beliau pada jam 3 pagi pada Ahad minggu lalu untuk bertanyakan kerjasama itu sahaja," katanya di sini pada Isnin.

Menurut Zainol Fadzi, beliau ada menghubungi dua ADUN BN untuk bertanyakan mengenai pelantikan Exco.

2003680.jpeg

Zainol Fadzi

"Tiada pula arah atau menghantar ejen seperti yang didakwa apatah lagi meminta mereka keluar parti kerana semuanya saya kenal dan bersahabat baik.

"Saya faham tekanan yang beliau hadapi disebabkan keputusan yang telah diambil cuma dalam kes ini tidak timbul isu cubaan membeli ADUN BN.

"Waktu pertemuan Saraani bersama Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu adalah untuk melihat gabungan PN dan BN menubuhkan kerajaan Perak itu sahaja," katanya.

Pada Ahad, Saarani mendedahkan terdapat cubaan pihak tertentu mendapatkan sokongan ADUN BN sebelum pembentukan kerajaan negeri.

Menurutnya, cubaan itu dimaklumkan sendiri oleh wakil rakyat BN dan individu yang menjadi 'ejen' untuk menarik sekurang-kurangnya empat ADUN itu.
 
cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
125,156
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
125,156
Reaction score
21,228
Points
2,866
Awards
1
#BHnasional Ada pihak yang mengharapkan selepas enam bulan kerajaan gabungan BN, PH akan runtuh
https://bit.ly/3EKcZ27

Gabungan BN, PH terajui kerajaan Perak akan dipertahankan hingga akhir penggal - Saarani​

November 29, 2022 @ 9:54am

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Gabungan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) yang menerajui kerajaan negeri Perak akan dipertahankan sehingga akhir penggal demi pembangunan dan kesejahteraan rakyatnya.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, beliau tidak pasti mengapa ada pihak yang mengharapkan selepas enam bulan kerajaan ini akan runtuh.

Sepatutnya, beliau berkata, mereka berdoa untuk melihat kerajaan ini dipertahankan dan beliau yakin apabila BN bersama PH bersetuju membuat keputusan menubuhkan kerajaan bersama sudah tentu ada kesefahaman yang dipersetujui.

"Malah saya dimaklumkan, siang tadi (semalam) ada mesyuarat pertama PH di Ipoh, Perak buat kali pertama selepas pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

"Saya difahamkan Pengerusi PH Perak, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa dalam perjumpaan itu bertekad untuk memastikan kerajaan ini sehingga akhir penggal," katanya kepada media selepas Majlis Makan Malam Menteri Besar Perak bersama media di sebuah hotel, di sini, malam tadi.

Saarani berkata, PH yang mempunyai jumlah kerusi lebih banyak mengharapkan kerajaan ini sehingga akhir penggal dan tidak mahu berlaku sebarang perubahan kerajaan, jadi BN yang hanya ada sembilan kerusi tidak mungkin ingin meruntuhkannya.

"Kita sambut baik dan sebab itu kita sudah setuju untuk tubuh kerajaan bersama malah saya berharap tidak ada orang yang berdoa kerajaan ini jatuh dalam tempoh enam bulan.

"Kita ada agenda lapan tahun untuk bangunkan negeri ini dan saya juga ada memaklumkan dalam mesyuarat exco hari itu kita meraikan perbezaan pendapat apatah lagi kerajaan dibina dalam dua kumpulan berbeza tetapi dapat duduk semeja pada saya ia satu petanda baik buat rakyat Perak," katanya.

Beliau berkata, parti ini masih berbeza di mana PH dengan perlembagaan dan hala tujunya sendiri begitu juga dengan BN.

"Jadi saya tidak lihat apabila penubuhan kerajaan bersama ini akan membawa kepada perubahan dasar dan hala tuju BN.

"Sekarang ini apabila kita bersetuju menubuhkan kerajaan bersama kita akan cuba sebaik mungkin mengurangkan perbezaan pendapat dengan fokus utama membangunkan negeri dan mensejahterakan rakyat," katanya.

Mengenai cadangan pelantikan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri tertakluk kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim jika beliau merasakan dapat membantunya dalam kerajaan.

Secara peribadi, beliau tidak mempunyai masalah jika Ahmad Zahid dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.
"Mengikut Perlembagaan hanya ada jawatan Perdana Menteri manakala Timbalan Perdana Menteri dilantik secara pentadbiran.

"Jika Perdana Menteri berasa bahawa Ahli Parlimen Bagan Datuk (Ahmad Zahid) boleh dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk membantu beliau maka tiada masalah. Tiada bantahan daripada saya berhubung pelantikan itu," katanya.

Terdahulu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii dilaporkan berkata, pemilihan calon Timbalan Perdana Menteri dari BN bagi mengisi slot pentadbiran Kerajaan Perpaduan perlu dibuat berdasarkan hierarki parti.

Sehubungan itu, beliau berkata, berdasarkan hierarki parti, Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi adalah calon yang perlu menggalas jawatan berkenaan.

Sementara itu mengulas mengenai Akta Antilompat Parti, Saarani berkata, dalam mesyuarat exco pertama, pihaknya sudah bersetuju dan sedang mengambil tindakan sewajarnya di mana proses sedang diikuti.

"Kita akan mengguna pakai apa yang sudah diluluskan di Parlimen...jadi saya yakin ia akan dibawa di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 19 Disember ini dan ia akan diluluskan," katanya.
 
cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
125,156
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
125,156
Reaction score
21,228
Points
2,866
Awards
1

DAP tidak akan kuasai kerajaan saya - Saarani​

DATUK Seri Saarani Mohamad . FOTO L Manimaran

Kuala Lumpur: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mengulangi pendirian kerajaan diterajuinya tidak akan dikuasai DAP seperti dibimbangi pihak tertentu.

Saarani berkata, beliau memahami pengalaman pahit yang dialami bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu ketika itu kerana dia menjadi menteri besar dalam keadaan beliau hanya memiliki satu kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun), manakala yang lain didominasi komponen Pakatan Harapan (PH) yang lain.

Menurutnya, beliau (Ahmad Faizal) bersendirian dalam exco kerajaan ketika itu berbeza dengan Barisan Nasional (BN) di mana ada sembilan kerusi Dun.

"Kita diberi kepercayaan untuk bersama-sama sebagai pembuat dasar iaitu BN mempunyai seorang menteri besar, seorang speaker dan tiga exco.

"Jadi saya yakin apa yang dibimbangi dan ditakuti Datuk Seri Peja tidak akan berlaku pada zaman saya... Insya-Allah," katanya kepada media selepas Majlis Makan malam Menteri Besar Perak bersama media di sebuah hotel, di sini, malam tadi.

Terdahulu, media melaporkan Ahmad Faizal menyifatkan pembentukan Kerajaan Perak gabungan PH dan BN selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan dikuasai DAP.

Menurut beliau, alasan Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad bahawa keputusan menubuhkan kerajaan bersama PH demi kepentingan rakyat, akan membolehkan DAP menguasai pentadbiran kerajaan negeri.
Disiarkan pada: November 29, 2022 @ 8:11am
 
pelitaminyak

Legendary Member
gem
Messages
12,655
Top Poster #5
Joined
Aug 13, 2008
Messages
12,655
Reaction score
3,646
Points
261
Awards
1
#BHnasional Ada pihak yang mengharapkan selepas enam bulan kerajaan gabungan BN, PH akan runtuh
https://bit.ly/3EKcZ27

Gabungan BN, PH terajui kerajaan Perak akan dipertahankan hingga akhir penggal - Saarani​

November 29, 2022 @ 9:54am

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad. - Foto BERNAMA
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Gabungan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) yang menerajui kerajaan negeri Perak akan dipertahankan sehingga akhir penggal demi pembangunan dan kesejahteraan rakyatnya.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, beliau tidak pasti mengapa ada pihak yang mengharapkan selepas enam bulan kerajaan ini akan runtuh.

Sepatutnya, beliau berkata, mereka berdoa untuk melihat kerajaan ini dipertahankan dan beliau yakin apabila BN bersama PH bersetuju membuat keputusan menubuhkan kerajaan bersama sudah tentu ada kesefahaman yang dipersetujui.

"Malah saya dimaklumkan, siang tadi (semalam) ada mesyuarat pertama PH di Ipoh, Perak buat kali pertama selepas pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

"Saya difahamkan Pengerusi PH Perak, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa dalam perjumpaan itu bertekad untuk memastikan kerajaan ini sehingga akhir penggal," katanya kepada media selepas Majlis Makan Malam Menteri Besar Perak bersama media di sebuah hotel, di sini, malam tadi.

Saarani berkata, PH yang mempunyai jumlah kerusi lebih banyak mengharapkan kerajaan ini sehingga akhir penggal dan tidak mahu berlaku sebarang perubahan kerajaan, jadi BN yang hanya ada sembilan kerusi tidak mungkin ingin meruntuhkannya.

"Kita sambut baik dan sebab itu kita sudah setuju untuk tubuh kerajaan bersama malah saya berharap tidak ada orang yang berdoa kerajaan ini jatuh dalam tempoh enam bulan.

"Kita ada agenda lapan tahun untuk bangunkan negeri ini dan saya juga ada memaklumkan dalam mesyuarat exco hari itu kita meraikan perbezaan pendapat apatah lagi kerajaan dibina dalam dua kumpulan berbeza tetapi dapat duduk semeja pada saya ia satu petanda baik buat rakyat Perak," katanya.

Beliau berkata, parti ini masih berbeza di mana PH dengan perlembagaan dan hala tujunya sendiri begitu juga dengan BN.

"Jadi saya tidak lihat apabila penubuhan kerajaan bersama ini akan membawa kepada perubahan dasar dan hala tuju BN.

"Sekarang ini apabila kita bersetuju menubuhkan kerajaan bersama kita akan cuba sebaik mungkin mengurangkan perbezaan pendapat dengan fokus utama membangunkan negeri dan mensejahterakan rakyat," katanya.

Mengenai cadangan pelantikan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri tertakluk kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim jika beliau merasakan dapat membantunya dalam kerajaan.

Secara peribadi, beliau tidak mempunyai masalah jika Ahmad Zahid dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.
"Mengikut Perlembagaan hanya ada jawatan Perdana Menteri manakala Timbalan Perdana Menteri dilantik secara pentadbiran.

"Jika Perdana Menteri berasa bahawa Ahli Parlimen Bagan Datuk (Ahmad Zahid) boleh dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk membantu beliau maka tiada masalah. Tiada bantahan daripada saya berhubung pelantikan itu," katanya.

Terdahulu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii dilaporkan berkata, pemilihan calon Timbalan Perdana Menteri dari BN bagi mengisi slot pentadbiran Kerajaan Perpaduan perlu dibuat berdasarkan hierarki parti.

Sehubungan itu, beliau berkata, berdasarkan hierarki parti, Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi adalah calon yang perlu menggalas jawatan berkenaan.

Sementara itu mengulas mengenai Akta Antilompat Parti, Saarani berkata, dalam mesyuarat exco pertama, pihaknya sudah bersetuju dan sedang mengambil tindakan sewajarnya di mana proses sedang diikuti.

"Kita akan mengguna pakai apa yang sudah diluluskan di Parlimen...jadi saya yakin ia akan dibawa di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 19 Disember ini dan ia akan diluluskan," katanya.
Memang rasa bersalah ke????..... Macam takut bayang2 sendiri je ni
 
cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
125,156
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
125,156
Reaction score
21,228
Points
2,866
Awards
1
#BHnasional Pimpinan UMNO negeri juga bersetuju turun padang memberi penjelasan kepada ahli di peringkat bawah
https://bit.ly/3ONUrmf

'UMNO bahagian, cawangan Perak terima baik kerjasama BN dengan PH' - Saarani​

November 29, 2022 @ 10:23am

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad (kanan) bersama Pengarang Eksekutif BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman,Pengarang Kumpulan New Straits Times (NST), Farrah Naz Karim danPengarang Kumpulan Harian Metro, Husain Jahit pada Majlis Editor Bersama Menteri Besar Perak di Hotel St Regis, malam tadi. NSTP/ASWADI ALIAS.

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, memaafkan semua pihak yang mencerca dan menghinanya, susulan tindakannya memilih Pakatan Harapan (PH) sebagai rakan gabungan dalam kerajaan.
Saarani berkata, beliau sudah memaafkannya kerana yakin mereka tidak faham apa yang sedang berlaku ketika ini.

"Jadi di peringkat UMNO dan Barisan Nasional (BN), saya sudah membuat tindakan pertama dengan mengadakan mesyuarat khas Perhubungan Umno negeri di mana saya melaporkannya di dalam mesyuarat itu dan mereka bersetuju dengan tindakan ini.

"Di peringkat negeri, saya sudah memanggil semua pemimpin UMNO dan BN pada Jumaat lalu dan diberi penjelasan di mana kesemua mereka menerimanya dengan baik," katanya.

Beliau memberitahu media demikian kepada media selepas Majlis Makan Malam Menteri Besar Perak bersama media di sebuah hotel di sini, malam tadi.

Saarani berkata, beliau juga mengarahkan pemimpin UMNO turun padang dan memaklumkan kepada semua pimpinan peringkat cawangan.

"Setakat ini maklum balas saya terima tiada masalah malah mereka bersetuju dengan pendirian yang saya buat.
"Walaupun pendirian awalnya dia mungkin rasa agak pahit tetapi itulah keputusan yang ada dan sudah dibuat dan kita yakin keputusan itu betul," katanya.

Beliau berkata, pimpinan UMNO peringkat negeri juga bersetuju untuk turun padang dan memberi penjelasan kepada ahli Umno di peringkat bawah.

"Saya yakin lama kelamaan mereka akan dapat menerima kerana yang paling penting kena faham kerajaan perlu ditubuhkan untuk meneruskan pembangunan negeri," katanya.
 
jagajaga

Active Member
Messages
2,498
Joined
Jul 7, 2009
Messages
2,498
Reaction score
334
Points
51

majlis makan babi BN bersama PH ke ni
 
Sponsored Post

Top
Log in Register