sir_hepi
Active Member
- Messages
- 1,995
- Joined
- Nov 30, 2018
- Messages
- 1,995
- Reaction score
- 433
- Points
- 51
KUALA LUMPUR: Calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Segambut, Hannah Yeoh menegaskan bahawa DAP bukan parti anti-Islam atau anti-Melayu, sebaliknya berkhidmat untuk semua pihak.
Beliau berkata, Kampung Sungai Penchala dan Kampung Bukit Lanjan adalah 100 peratus penduduk Melayu dan beliau adalah bekas Ahli Parlimen penduduk berkenaan dari parti DAP.
"Dalam empat tahun ini, saya jaga kebajikan semua. Di Penchala, saya beri peruntukan, saya naik taraf, saya bina laluan berbumbung untuk sekolah di situ dan turut meluluskan peruntukan untuk bina bilik jenazah masjid di situ. Semua itu untuk kebaikan penduduk Sungai Penchala.
"Untuk Kampung Bukit Lanjan, saya nak tunjukkan gambar untuk buktikan bahawa DAP bukan anti-Melayu, anti-Islam. Ini (gambar) adalah risalah yang dibuat oleh persatuan penduduk sini, yang menunjukkan beza di antara PH dengan calon Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).
"Di dalam risalah ini menunjukkan lawatan dan bantuan yang telah saya berikan sepanjang menjadi Ahli Parlimen mereka, manakala di ruang BN dan PN adalah kosong," katanya ketika berucap pada Ceramah Grand Finale PH Segambut, di sini malam ini.
Program berkenaan turut menampilkan beberapa penceramah, antaranya bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz serta Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua.
Terdahulu Rafidah di dalam ucapannya mengingatkan rakyat supaya keluar mengundi beramai-ramai pada PRU15.
Katanya, PRU adalah proses penting bagi memastikan barisan pemimpin yang dipilih dapat memberi khidmat yang terbaik untuk rakyat.
"Jangan pilih calon yang terbukti teruk. Mereka bukan mahu berkhidmat pada rakyat tetapi mahu berkhidmat pada diri sendiri. Singkirkan ahli politik toksik dalam semua kerusi Parlimen. Potong mereka supaya mereka tidak boleh jadi sebahagian dari kerajaan.
"Jangan mengeluh jika salah pilih. Orang kata saya dah bersara dan tidak perlu campur lagi dah, saya kata tidak boleh kerana ini adalah masa depan negara. Saya tidak akan putus asa," katanya.
Parlimen Segambut menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Hannah dari PH, V Prabagaran (PN) dan Datuk Daniel Ling Sia Chin (BN).
Pada PRU14, Hannah memenangi kerusi Parlimen Segambut dengan majoriti 45,702 pengundi.