BTC USD 26,639.8 Gold USD 1,964.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PRU15: Dua sahabat bersaing di Parlimen Kuala Terengganu

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
19,486
Joined
Jun 5, 2022
Messages
19,486
Reaction score
2,589
Points
251
Awards
1

Mohd Zubir (kiri) mewakili BN akan berdepan dengan Ahmad Amzad serta dua lagi calon di Parlimen Kuala Terengganu. - Foto NSTP/Malik Muhamad
Mohd Zubir (kiri) mewakili BN akan berdepan dengan Ahmad Amzad serta dua lagi calon di Parlimen Kuala Terengganu. - Foto NSTP/Malik Muhamad​





KUALA TERENGGANU: Dua bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA) tekad berkempen secara sihat tanpa memburukkan keperibadian lawan dalam saingan merebut kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), 19 November ini.

Calon PAS, Datuk Ahmad Amzad Hashim dan Datuk Mohd Zubir Embong yang mewakili Barisan Nasional (BN) mempunyai misi tersendiri dalam meraih sokongan pengundi di kawasan itu.

Ahmad Amzad yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata beliau dan Mohd Zubir bersahabat baik sejak di bangku sekolah.

"Kami bersahabat sudah lama, kebetulan kami belajar di SESMA, Datuk Zubir adalah senior saya, sudah tentu kami bersahabat baik, lagipun sekolah ada alumni, hubungan kami pasti lagi erat melalui pelbagai program.

"Kami juga pernah tinggal sebilik sepanjang mengerjakan umrah pada 1997, jadi kami tidak akan memburukkan keperibadian masing-masing dan juga dua lagi pencabar, sebaliknya akan berkempen secara sihat dan profesional," katanya ketika ditemui selepas proses penamaan calon di Stadium Negeri, dekat sini.

Nada sama turut dinyatakan Mohd Zubir yang tidak akan sesekali menyerang keperibadian sahabat baiknya itu serta dua lagi calon.

"Saya ada misi besar terutama berkaitan pembangunan di Parlimen Kuala Terengganu ini, begitu juga dengan pembangunan insan, tapi saya tetap akan berkempen secara sihat tanpa memburukkan keperibadian lawan," katanya.

Pada PRU14, kerusi Parlimen Kuala Terengganu itu menjadi milik Ahmad Amzad selepas menang dengan majoriti besar, 14,772 undi.

Pertembungan kali ini membabitkan empat penjuru termasuk Datuk Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad Shah yang mewakili Pakatan Harapan (PH) dan muka baharu daripada PEJUANG, Mohamad Abu Bakar Muda.

Pertembungan itu dijangka sengit dengan seramai 123,305 pengundi bakal menunaikan tanggungjawab di kawasan berkenaan.
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register