BTC USD 65,947.2 Gold USD 1,785.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PRU13 diramal selepas pembentangan Bajet 2013

balqis07

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg

Ahli Parlimen Kota Belud, Abdul Rahman Dahlan

SHAH ALAM – Beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) yakin Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan pada bila-bila masa sahaja selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan dua bayangan mengenai pembubaran Parlimen dua kali dalam masa seminggu.

Ahli Parlimen Kota Belud, Abdul Rahman Dahlan berkata, pilihan raya mungkin diadakan tahun depan selepas pembentangan Bajet 2013 pada 28 September nanti kerana berkemungkinan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan diberikan kali kedua.

“Ia memerlukan masa dua hingga tiga bulan untuk melaksanakan pemberian BR1M kepada rakyat seluruh negara. Saya menjangkakan November dan Disember tidak akan diadakan pilihan raya kerana musim hujan.

“Kedua- dua bulan tersebut juga merupakan cuti persekolahan. Kebanyakan rakyat akan bercuti,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Najib yang memberikan bayangan terbaru di Kelantan mengenai tarikh Pilihan Raya Umum ke- 13 (PRU 13), kelmarin.

Abdul Rahman berkata, BN bersedia dari segi calon dan logistik menghadapi PRU13 pada bila-bila masa sahaja.

Bagi Ahli Parlimen Tangga Batu, Datuk Idris Harun, pilihan raya akan diadakan pada bila-bila masa kerana tempoh maksimum penggal ini mempunyai enam bulan sahaja lagi.

Menurutnya, apa yang penting ialah persiapan dan kesediaan parti untuk menghadapi PRU13 yang mencabar kerana kini kita dalam pusingan akhir.

“Jentera parti dan calon- calon boleh menang yang akan bertanding dalam pilihan raya akan datang perlu bersedia dan mesti bersedia menghadapi PRU13.

“Pembangkang bekerja keras untuk memenangi PRU13, oleh itu, kita perlu mencari persamaan dan mengecilkan perbezaan bagi memastikan BN berjaya,” katanya.

sumber:http://www.sinarharian.com.my/politik/pru13-diramal-selepas-pembentangan-bajet-2013-1.82979
 
Sponsored Post

satriahitam

Active+ Member
Joined
Oct 15, 2008
Messages
4,503
Reaction score
61
Points
30
mmg dah dekat... bila PM dah mula turun padang jumpa rakyat.. itu tanda2 awal PRU... konsep politik dekati rakyat diamalkan seluruh dunia, org no 1 (presiden/PM) akan jumpa rakyat 3 atau 4 tempat dlm satu hari adalah amalan biasa utk tinjau sokongan rakyat sblm bubar Parlimen.. waktu terbaik sblm PRU adalah selepas budget agar gula2 dpt diberikan utk menagih undi....PM akan jumpa jentera parti supaya semangat diaorg naik, jumpa rakyat agar rakyat "terasa" yg PM nie mudah didekati dan tidak lupa pada rakyat, istihar "sagu hati" atau "gula2" pada rakyat setempat (tmpt yg dia lawat) supaya lebih undi dpt diraih... nie seme mainan politik sblm PRU...
 

capgajah

Fun Poster
Joined
Nov 4, 2010
Messages
409
Reaction score
8
Points
15
aku ramal PRU13 akan tetap akan berlaku... walaupun BN rasa mereka kalah besar...
 

Ran

Active+ Member
Joined
Oct 23, 2007
Messages
4,982
Reaction score
65
Points
40
Thn dpn je laa..thn ni cuti rehat dh hujung2 nih..nk blik ngundi kurang2 1mgu awl blk blh brkempen skali..pnjt pokok gntung bndera..uihh tmpt ambo msti merioh klu ngundi nih..mcm blk raya..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register