PRU13: Cuepacs minta cuti 5 dan 6 Mei

CG Sponsors




iswaraburuk

Legendary Member
Joined
Sep 11, 2009
Messages
10,534
Reaction score
72
Points
120
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) diminta supaya menimbang memberi cuti tanpa rekod pada 5 dan 6 Mei ini kepada penjawat awam yang ingin balik ke kampung untuk mengundi pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berkata pemberian cuti itu penting untuk menggalakkan lebih ramai penjawat awam terutama yang bekerja di bandar, pulang ke kampung atau kawasan mengundi bagi menunaikan tanggungjawab mereka.

Walaupun hari mengundi pada 5 Mei adalah hari Ahad, tetapi ada beberapa negeri yang merupakan hari bekerja pada hari tersebut, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Kongres Cuepacs di sini, hari ini.

"6 Mei, yang jatuh pada hari Isnin, Cuepacs minta agar penjawat awam ini diberi cuti supaya mereka tidak terburu-buru untuk balik ke tempat kerja terutama bagi yang bekerja mengikut syif.

"Bayangkan, kalau penjawat awam itu bekerja di Kuala Lumpur dan mengundi di Kelantan mungkin susah atau mungkin ada yang terpaksa ambil cuti sendiri," katanya.

Omar juga turut mencadangkan kepada JPA untuk membenarkan penjawat awam mengeluarkan 20 peratus daripada jumlah ganjaran perkhidmatan masing-masing pada usia 50 tahun.

Pengeluaran itu bagi membolehkan kira-kira 1.4 juta penjawat awam menampung perbelanjaan mereka atau menggunakan wang berkenaan untuk menyelesaikan sebarang pinjaman kewangan sebelum berpencen, katanya.

Menyentuh mengenai sambutan Hari Pekerja pada 1 Mei ini, beliau berkata Cuepacs akan mengadakannya di Negeri Sembilan dengan tema "Cuepacs Pejuang Kebajikan Pekerja."
 
Sponsored Post

joee

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Oct 1, 2010
Messages
40,690
Reaction score
944
Points
161
bagus jgk idea ni
 

munshiahmad

Junior Member
Joined
Dec 17, 2010
Messages
82
Reaction score
0
Points
6
SOKONG! SOKONG! SOKONG! SOKONG! SOKONG! SOKONG!
hidup pak OMAR!
hidup pak OMAR!
hidup pak OMAR!
 

jzie85

Active Member
Joined
Aug 6, 2012
Messages
1,826
Reaction score
14
Points
25
cuti je mesti pilih hhahaha
 

tomie

CG Hardcore Club
Joined
Dec 25, 2006
Messages
73,889
Reaction score
8,265
Points
716
laa..tak ya mintak
memang gomen wajib kasi
awat depa ingat ....org dok berulang balik kerja dari kampong saja ek

majoriti merantau jawoh wooooo :))
 

dejavu

Active Member
Joined
Nov 20, 2009
Messages
1,917
Reaction score
93
Points
30
AKU walaupun ngundi kat 'sini' je pun sokong dpt coti ari sening...hehe
 
Sponsored Post
Top
Log in Register