PRU-15: UMNO, PAS Sokong Tan Sri Muhyiddin

CG Sponsors




GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
28,511
Reaction score
932
Points
171
Ok la tu menteri kewangan dari orang islam. Bukan cina kafirun
ok la tu dari majority kawasan melayu calon bagi cina MCA ... melayu Pn tak cukup calon ka?? pak jamal ada tuk jadi calon
 
Sponsored Post

shah_ae

Legendary Member
Joined
Oct 27, 2008
Messages
15,018
Reaction score
509
Points
161
Melalui amalan demokrasi berperlembagaan, parti dengan kerusi terbanyak dijemput untuk membentuk Kerajaan.Adalah tugas parti tersebut meyakinkan Yang di-Pertuan Agong bahawa calon PM nya mempunyai jumlah sokongan yang mencukupi. Bagaimana ia ingin mendapatkan sokongan adalah dengan mendapatkan sokongan sekutu politik mereka atau ‘coalition partners’.
Pasca PRU ke 14, Pengerusi PPBM dengan hanya 13 kerusi dilantik sebagai PM. Ia menjadikan PPBM parti terlemah dalam Pakatan Harapan (PH). Tetapi dengan jawatan PM, ia mempunyai tarikan yang menyebabkan Ahli Parlimen melompat. Dan itulah yang dilakukan oleh Tun Mahathir untuk mengukuhkan partinya.
Ini adalah budaya politik yang sangat tidak sihat dan mesti berakhir. Kita tidak boleh lagi bersetuju menamakan Perdana Menteri dari parti yang tidak mempunyai kekuatan politik sebenar. Ia akan selamanya menjadikan kerajaan tidak stabil dan kucar kacir.
Kerana itu, dalam PRU akan datang, UMNO mesti menawarkan calon Perdana Menterinya jika ia memenangi kerusi terbanyak. Malah jika UMNO tidak memenangi jumlah kerusi terbanyak pun, UMNO mesti bersedia dengan calonnya jika calon tersebut boleh menggembleng sokongan untuk membentuk kerajaan.
UMNO ramai calon berpotensi untuk diketengahkan. UMNO mempunyai YBM Tengku Razaleigh Hamzah, Datuk Seri Mohamad Hasan, Datuk Seri Ismail Sabri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, YB Khairy Jamaluddin dan beberapa nama lain untuk diketengahkan.
Mereka ini semuanya berpotensi dan adalah ‘prime miniter’s material’. Jadi terpulanglah kepada UMNO dan kepimpinannya untuk menemui kesepakatan bagi menamakan calonnya.
Jadi walaupun ketika ini Tan Sri Muhyiddin Yassin dinamakan sebagai calon PM, UMNO jangan terburu-buru menghadkan pendiriannya. Malah pendirian UMNO harus datang dari muafakat parti berdasarkan kedinamikan politik negara.
Yang pasti UMNO mempunyai calon yang bukan sahaja bersedia menjadi Perdana Menteri tetapi mempunyai wibawa, pengaruh, pengalaman dan pesona yang dapat diterima oleh semua rakyat Malaysia.

Calonkan zahid...
Takpun bosskur...
Kan tak lame lg nak suci... 🤪
 

biomedik2

Active+ Member
Joined
Jan 19, 2020
Messages
2,870
Reaction score
992
Points
71
ok la tu dari majority kawasan melayu calon bagi cina MCA ... melayu Pn tak cukup calon ka?? pak jamal ada tuk jadi calon
At least menteri kewangan muslim. Timbalan speaker kafir pujaan PH pun PN nak tukar kpd muslim.
 

waktong

Super Active Member
Joined
Jan 26, 2007
Messages
7,500
Reaction score
89
Points
80
Kenali Khaled Nordin
Banyak kali Khaled Nordin keluarkan kenyataan yg mengambarkan Umno tidak perlu bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Bersatu.
Kenapa yer?
Umno Johor sudah terlalu kuat yg menyebabkan Khaled, MB Johor yg kecundang dua kerusi DUN & Parlimen di Johor dlm PRU14 merasakan Umno kini sudah terlalu kuat?
Bukan.
Itu bukan jawapannya.
Jawapan sebenar hanya kerana sombong. Khaled ni seorang yg sombong.
Itu sbb beliau tewas dengan membawa Umno sekali rebah di bumi Johor.
Kalau ada catatan sejarah nanti, catatlah bahawa Umno tersembam di Johor, ketika ia diketuai oleh Khaled.
Khaled ni, pernah keluar dari Umno. Bila? Ketika Shahrir Samad bertanding sebagai calon Bebas Parlimen Johor Bahru tahun 1988, Khaled bersama Shahrir ketika itu. Suatu ketika, Khaled kalah bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno Bahagian Johor Bahru di tangan Ghauth Mohd Yusof, TSMY yg ketika itu MB dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor ambil beliau bertanding di Parlimen Johor Bahru.
Punyalah org Umno marah TSMY ketika itu kerana bagi Khaled jadi calon selepas tewas jawatan Ketua Pemuda, tetapi Muhyiddin tetap dengan pendirian beliau.
Khaled mungkin lupa sejarah ini (jenis tidak mengenang budi), tetapi org2 Umno masih ingat.
Org yg membantu beliau, ialah Muhyiddin. Skrg, ratib dia ialah “tolak Muhyiddin “.
Sakit ke dia ni?
Beliau kemudian berpindah ke Bahagian Teberau dan kemudian berpindah ke Bahagian Pasir Gudang, sebagai Ketua Bahagian... semuanya atas “sokongan dan pertolongan” TSMY.
Dia lupa, tetapi org masih ingat.
Ketika berkempen di DUN Gambir (Parlimen Ledang) ketika TSMY bertanding dlm PRU14, teruk bahasa yg dia gunakan utk menyerang TSMY.
Akhirnya, TSMY menang, yg kalah serentak dua kerusi ialah Khaled.
Lain kali saya dedahkan pula, apa yg beliau telah lakukan terhadap MB sebelum beliau, Tan Sri Abd Ghani Othman.
Allah tidak tidur, malahan mengantuk pun tidak!
Daud ibrahim
#catatan
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
28,511
Reaction score
932
Points
171
At least menteri kewangan muslim. Timbalan speaker kafir pujaan PH pun PN nak tukar kpd muslim.
MCA mp 2 eko.. dapat 1 kementerian.. next PRU berape byk kementerian nak bagi ??? haha
 

مايكل سكوتفيلد

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
May 13, 2007
Messages
20,671
Reaction score
1,370
Points
201
BERITA
4.9K
SHARES
'Saya tak ada pilihan, BN Terengganu tanding semua kerusi parlimen'
Diterbitkan Hari ini 2:32 pm

Dikemaskini Hari ini 2:32 pm
A+A-

Ketika PAS menunjukkan keazamannya untuk bertanding di enam kerusi parlimen di Terengganu, Umno negeri itu pula menegaskan mereka bersedia untuk meletakkan calon di kesemua lapan kerusi parlimen dan 32 kerusi dewan undangan negeri (DUN).
Perkara itu ditegaskan sendiri oleh Pengerusi Umno Terengganu Ahmad Said ketika diminta mengulas hasrat yang dinyatakan pemimpin kanan PAS menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-15 nanti.
"Kalau dia (PAS) kata bertanding di enam parlimen, saya tak ada pilihan, di Terengganu BN akan bertanding di semua lapan (kerusi) parlimen," katanya seperti dilaporkan Sinar Online hari ini.
Terdahulu media melaporkan Naib Presiden PAS Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyatakan hasrat untuk mmepertahankan enam kerusi yang dimenangi PAS pada PRU lalu.

Mengulas lanjut, Ahmad menyifatkan kenyataan Samsuri sebagai pandangan peribadi.Justeru kata Ahmad beliau sendiri mempunyai hasrat untuk melihat BN bertanding di semua kerusi di negeri berkenaan.
Ketika Samsuri - yang diberi tugas mengetuai perbincangan mengenai pengagihan kerusi dengan Umno - memberitahu perkembangan hal itu adalah positif, Ahmad sebaliknya berkata sepanjang pengetahuannya belum ada perbincangan dibuat.
"Setahu saya, masih lagi belum ada berbincang mengenai pengagihan kerusi, kerana selama ini hanya tentang terms of reference. Bagi saya, kenyataan Dr Samsuri sebagai naib presiden dan kenyataan peribadinya adalah premature (pramatang).
Takut apa, dah biasa berlawan
"Maknanya ini dah menjadi hasrat dia, sasaran dia, walaupun belum ada rundingan (walaupun) kemudian kata wish list akan dikemukakan.
"Jadi, saya kata itu pendapat peribadi beliau dan sekiranya pendapat peribadi ini diambil kira, saya boleh kata ini pendapat peribadi saya," katanya.
Menurut Ahmad, seorang wakil rakyat PAS juga ada menyatakan bahawa PAS akan turut mempertahankan 22 kerusi DUN yang dimenangi mereka sebelum ini.
Justeru katanya, jika itu adalah pendapat peribadi wakil rakyat PAS itu, beliau juga dengan pendiriannya untuk bertanding di semua 32 kerusi DUN di Terengganu.
"Takut apa? Sebab di Terengganu, Kelantan dan Kedah adalah negeri (majoriti) Melayu. PAS atau Umno menang, tetap negeri Melayu. Yang penting, biar Perikatan Nasional (PN) memerintah dahulu.

62202d5476dc6ec4640064767ce7207d.jpg
Gambar fail

"Sebab itu kita kata bubar parlimen dulu, tanding di peringkat Putrajaya. Kemudian di DUN, kita lawan sesama sendiri. Siapa yang lebih, dia yang akan menjadi kerajaan.
"Takut apa? Kita sudah biasa lawan. Kalah atau menang perkara biasa," jelasnya.
Mengulas lanjut mengenai pengagihan kerusi, Ahmad yang turut pernah menjadi menteri besar Terengganu itu berkata, sebarang rundingan belum dibincangkan.
"Mesyuarat di peringkat negeri dan bahagian juga masih belum dilakukan," kata Ahmad.
Sebagai rekod, Terengganu mempunyai lapan kerusi Parlimen, dengan enam daripadanya dimenangi PAS manakala dua kerusi - Hulu Terengganu dan Besut - dimenangi BN.
Namun, ahli parlimen Hulu Terengganu, Rosol Wahid, kemudian melompat parti menyertai Bersatu selepas Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan pusat.
Rosol kini diberi jawatan timbalan menteri di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
Bagi kerusi DUN pula, PAS memenangi 22 kerusi dan baki 10 kerusi lagi dimenangi BN.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register