PRU-15: UMNO, PAS Sokong Tan Sri Muhyiddin

CG Sponsors

logammaut

Super Active Member
Joined
Dec 12, 2009
Messages
9,729
Reaction score
396
Points
91
Takpe lah.. Tipu pun tipu lah. Janji jgn dap. Dap bukan kata tipu, pengganas ltte pun lepas. Sampai bomba yg dtg nak tlg pun kn bunoh. Ahhh mcm2 lah ph buat jahat.
PH lg kuat tipu. Sembang manifesto bukan main kencang.
 
Sponsored Post

akecema

CG Top Poster Club
Joined
Jan 26, 2007
Messages
20,255
Reaction score
1,677
Points
206
assumption ko je tu. Lol :ROFLMAO:
Jgn layan sgt ben tu
Die masih xley move on tu

Muhyiddin mmg calon terbaik untuk lawan bakal pm dan calon terbaik ph iaitu shapie apdal (pie calon terbaik ph? )
 
tomie

CG Hardcore Club
Joined
Dec 25, 2006
Messages
73,880
Reaction score
8,262
Points
716
Ceq ahli PAS..
ceq suka TSMY 🤩

hidup super rings....!!
 
akudotcom

Super Active Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 17, 2007
Messages
5,456
Reaction score
1,076
Points
151
Klau umno masih berkeras nak calon dia jgk, MN akan berkubur.....pas pasti tarik diri....so smp bila xdk melayu bersatu
yg byk sokong abah kebanyakan melayu pas bosku

dlm umno tak semua menyokong abah

mereka yg dlm umno pun ada yg liberal
Berfikiran bebas heheh
Sbb mereka dulu terkesan apabila di kafirkan

jgn risau nanti kita bg Bung Mokhtar jd Pm
 
satsepit

Active+ Member
Joined
Dec 29, 2007
Messages
3,817
Reaction score
234
Points
43
Harapnya umno boleh merompak kembali
Padan mula melayu ditipu kembali
ditipu umno & di kencing PH
semua dah lalui.

tepuk dada tanya selera, mana lebih azab
60tahun ke 22bulan?
 
مايكل سكوتفيلد

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
May 13, 2007
Messages
20,697
Reaction score
1,372
Points
201
BERITA
1.2K
SHARES
Nak 'pajak gadai' jawatan PM perlu dapat persetujuan akar umbi - Puad

Diterbitkan Hari ini 12:29 pm
Dikemaskini Hari ini 12:29 pm
A+
A-
Seorang lagi pemimpin Umno dilihat tidak bersetuju dengan parti itu yang secara prinsip bersetuju agar Muhyiddin Yassin menjadi calon perdana menteri bagi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno Mohd Puad Zarkashi berkata, sebarang keputusan untuk "memajak gadai" jawatan perdana menteri kepada Bersatu perlu mendapat persetujuan akar umbi Umno terlebih dulu.

"Cukuplah Umno dijadikan pajak gadai oleh mereka yang melompat masuk Bersatu kerana mengejar jawatan menteri, timbalan menteri dan peruntukan pembangunan.

"Umno kena beringat, konsensus MT dan pandangan ahli di bawah perlu dihormati. Keputusan besar seperti memajak gadai jawatan perdana menteri kepada Bersatu perlu mendapat persetujuan dari akar umbi.

"Jangan apa yang terjadi kepada PH terjadi kepada Muafakat Nasional (MN). Apatah lagi rakyat masih tertanya-tanya Muhyiddin Yassin, Dr Mahathir Mohamad ini kawan atau lawan," katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Pada 2 Julai lalu, Setiausaha Bersama Sekretariat MN Annuar Musa berkata Umno dan PAS secara prinsip bersetuju untuk terus menyokong Muhyiddin sebagai calon perdana menteri bagi menghadapi PRU15.

Annuar berkata, keputusan itu telah dibincang dalam satu mesyuarat bersama.

"Untuk pilihan raya akan datang, secara prinsipnya kedua-dua parti telah bersetuju untuk menamakan atau menyokong Perdana Menteri, Muhyiddin sebagai calon perdana menteri seterusnya," kata Annuar.

Bagaimanapun kenyataan Annuar itu mendapat reaksi kurang senang di kalangan segelintir pemimpin Umno termasuk pemimpin veterannya, Shahrir Samad yang berpandangan masih banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum menetapkan perkara itu.

Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin pula berkata parti itu tidak harus terburu-buru mengehadkan pendiriannya walaupun ketika ini Muhyiddin yang dinamakan sebagai calon.

Puad berkata lagi, tidak masuk akal dua parti - merujuk kepada Umno dan PAS - yang mempunyai kira-kira lima juta ahli sanggup menyerahkan jawatan berkenaan kepada parti yang menurutnya kecil.

"Justeru cadangan Abdul Hadi dan Annuar Musa itu (berkenaan pencalonan Muhyiddin) seolah-olah jawatan perdana menteri boleh dipajak gadaikan," katanya lagi.

Kata bekas anggota Parlimen Batu Pahat itu, Umno perlu melihat apa yang terjadi kepada DAP dan PKR yang "memajakgadaikan" jawatan perdana menteri kepada Bersatu.

"Akhirnya mereka yang kena gadai. Maka jika pemimpin tidak mampu fikir, bagi akar umbi yang fikirkan," katanya lagi.
 
silasroon

Active+ Member
Joined
Oct 10, 2016
Messages
3,213
Reaction score
844
Points
71
Dah keluar dah perangai Khaled Nordin.......Annuar Musa tu jawatannya Setiausaha Agong UMNO, merangkap sekretariat bersama Muafakat Nasional, kena hormatla sikit. Melebih-lebih pulak Khaled Nordin ni ye.

Puad Zakarshi tu memang dari dulu rebel. Semua cakap orang tak betul, dia je yang pandai. hehe
 
مايكل سكوتفيلد

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
May 13, 2007
Messages
20,697
Reaction score
1,372
Points
201
Calon PM harus dari mulut presiden Umno, bukan SU BN - Puad

Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno Mohd Puad Zarkashi berkata sebarang pengumuman berkaitan dasar parti, termasuk soal calon perdana menteri, mestilah datang daripada mulut Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi sahaja.

Beliau berkata demikian ketika menyambut baik saranan Ahmad Zahid agar ahli Umno tidak terheret dalam perbahasan mengenai calon perdana menteri.

“Kita berharap dalam soal dasar termasuk penyertaan Umno dalam Perikatan Nasional (PN) yang mungkin akan didaftarkan, mestilah kenyataan daripada mulut presiden Umno.

“Bukannya Setiausaha Agung BN atau Umno (Annuar Musa)

“Pemimpin PAS juga diharap menghormati spirit (semangat) Muafakat Nasional," katanya kepada Malaysiakini malam tadi.

Kata Mohd Puad, kenyataan Ahmad Zahid itu “nampak berbeza” berbanding kenyataan sokongan terhadap Muhyiddin Yassin sebagai calon perdana menteri bagi pilihan raya umum (PRU) ke-15, yang menurutnya datang daripada “individu tertentu” dan bukan daripada presiden.

Sedangkan, katanya, pendirian "individu tertentu" itu tidak pernah disepakati oleh Umno.

“Sebenarnya pendirian Umno seperti yang disepakati adalah konsisten. Muafakat Nasional adalah keutamaan.

“Ia nampak berbeza apabila terdapat kenyataan dari individu tertentu mengenai jawatan perdana menteri. Itu bukan yang disepakati dalam Umno sebelumnya,” katanya.

Oleh sebab itu, katanya, selepas kenyataan mengenai calon perdana menteri itu dilaporkan, ia menerima reaksi panas daripada beberapa ketua bahagian, termasuklah daripada Ku Li, atau Tengku Razaleigh Hamzeigh- yang merupakan pemimpin paling veteran dalam Umno ketika ini.

Tak pernah disepakati Umno

“Justeru, apabila presiden Umno membuat kenyataan rasmi bahawa isu jawatan perdana menteri jangan dijadikan polemik, maka ia meredakan keadaan.

“Sekurang-kurangnya kita maklum bahawa kenyataan awal sebelumnya bukan datang dari presiden Umno. Ia bukan keutamaan dan tidak pernah disepakati dalam Umno,” katanya lagi.

Sokongan terhadap Muhyiddin sebagai perdana menteri itu mula-mula disuarakan oleh Ahli Majlis Tertinggi Umno, Annuar Musa, merangkap setiausaha agung BN dan setiausaha bersama sekretariat Muafakat Nasional.

Perkara itu kemudiannya disokong oleh Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man.

Pendirian tersebut mengundang reaksi kurang senang oleh beberapa pemimpin dan veteran Umno, termasuklah Mohd Puad sendiri, Pengerusi Jemaah Penasihat Umno, Tengku Razaleigh Hamzah; Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin; bekas menteri Shahrir Samad dan Setiausaha Agung Veteran Umno Mustapha Yaakub.

Susulan daripada itu, Ahmad Zahid kelmarin mengeluarkan kenyataan agar Umno tidak terheret sama dalam polemik perbahasan mengenai calon perdana menteri, sebaliknya memberikan tumpuan kepada usaha untuk menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat.

Sementara itu, ketika dihubungi malam tadi, Veteran Umno menggesa ahli-ahli parti melakukan “gencatan senjata” daripada mengeluarkan ramalan atau cadangan berhubung calon perdana menteri, susulan saranan yang dikeluarkan oleh Ahmad Zahid.

“Kita menghormati permintaan dan desakan presiden, supaya isu calon perdana menteri ini diadakan gencatan senjata dululah. Tak payah kita duduk bincang-bincang.

“Jadi saya rasa, kita mengambil kedudukan kita (untuk) patuhlah. Sepatutnya semua orang patuh. Berhenti buat sebarang ramalan, cadangan dan sebagainya,” kata Mustapha kepada Malaysiakini.

Terdahulu, selepas pendirian yang dikeluarkan oleh Annuar mengenai sokongan terhadap Muhyiddin, Mustapha ada mencadangkan nama Tengku Razaleigh sebagai calon perdana menteri yang layak.

Beliau juga disoal sekiranya terdapat perubahan dari segi pendirian menyokong Muhyiddin seperti dinyatakan sebelum ini.

Menjawab pertanyaan itu, Mustapha (gambar, bawah) berkata setakat ini, belum ada sebarang penafian dibuat, melainkan kenyataan terbaru Annuar yang dibuat kelmarin.

“Saya rasa setakat ini tak ada sebarang penafian lagilah. Ertinya, sokongan itu kekal.

“[...] Tapi tak guna lah kita nak ungkit-ungkit dah, sebab Ahmad Zahid dah kata begitu kan.

"Jadi kita patuh arahan presiden, kita cool down (bertenang) dan kita terima arahan itu untuk kebaikan. Kita patut menghormati arahan itu,” kata Mustapha lagi.

Dalam kenyataannya kelmarin, Annuar memberi kenyataan sedikit berbeza daripada kenyataannya yang terdahulu, bahawa Umno dan PAS dalam gabungan Muafakat Nasional akan menyokong Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri jika pilihan raya diadakan secara mengejut.

Bagaimanapun, untuk masa yang “jauh ke depan”, kata Annuar, beliau sendiri tidak ada jawapannya.

"Politik ini benda yang dinamik. Pendirian kita sekarang, kita menyokong perdana menteri.

"Jika pilihan raya diadakan secara mengejut, kita bersama perdana menteri. Tapi selepas, itu, jika jauh ke depan, saya tak boleh jawab perkara yang terlalu jauh ke depan," Annuar dipetik sebagai berkata.
 
GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
28,530
Reaction score
935
Points
171

ni masalah bile mp dapat habuan.. pengikut melopong ... gitu la ajdi nya ... heheh
 
Sponsored Post
Top
Log in Register