PRU-15 Bagaimana Menjadi Pengundi yang Bijak ? Update info utk kempen

Recommended Brokers


Undi, Hak Anda, Suara Anda, Anda Keluar Mengundi Untuk ?


  • Total voters
    0
  • Poll closed .

jaws_am

Super Active Member
Joined
May 29, 2008
Messages
9,970
Reaction score
1,431
Points
141
PRU-15 Bagaimana Menjadi Pengundi Yang Bijak ?

rujuk post belakang la yer..

sebab aku malas nak update kt depan nih selagi x sampai musim2 pru-15..

so segala maklumat front page kekal seadanya..

terima kasih..

Selingan Info berkaitan dengan

bagaimana rakyat menilai kerajaan memerintah.. sikit sebanyak merupakan faktor menjadi pengundi yg bijak..

terutama golongan atas pagar..
dimana golongan atas pagar memainkan peranan penting dalam kemenangan PH..

So rafizi mempunyai viewpoint yg jelas ttg apakah yg perlu kerajaan PH capai untuk kekal menang pada PRU-15

- Kena Jujur dengan rakyat
- Kena berlaku adil
- Kena melaksanakan mandat rakyat
- Kena hormati rakyat
- Jangan timbulkan sebarang bibik2 palsu dengan meniru tingkah laku kerajaan BN..

simple..

[STRIKE]Memandangkan PRU 14 tak lama lagi (bubar 7/4/2018)[/STRIKE]



Maka aku bukak thread politik ini untuk mengajak warga2 cg menjadi pengundi yang bijak..

Latar Belakang TS : kurang ilmu politik untuk dikongsi bersama.. tapi lebih mengharap kepada input2 bernas warga cg.. merupakan pengundi atas pagar yang condong [STRIKE]ke arah pas[/STRIKE]..(update ke arah ph :">)

Tujuan Thread : Mencari titik kesefahaman yang mana.. warga cg bersetuju dengan maksud menjadi pengundi yang bijak.. seterusnya masing masing jelas akan matlamat yang hendak dicapai..

Untuk permulaan, ini adalah definasi bagi pengundi yang bijak.. mungkin agak besar skopnya.. tapi kita akan cuba sesuaikan..

1. Apakah Maksud Pengundi yang bijak ? (Mohon Cadang)

-Mengundi parti pilihan dengan ilmu pengetahuan yang betul, mengikut matlamat masing-masing atau matlamat parti.

-Pengundi yang berjaya mengambil peluang dan kesempatan keatas pihak yg merayu undi.(berdasarkan matlamat yang hendak dicapai oleh pengundi)

-Mengundi parti pilihan berdasarkan matlamat sendiri atau parti, disamping meletakkan kepentingan negara dan negeri dihadapan..

2. Ciri-ciri pengundi bijak ? (Mohon Cadang)

- Cakna dalam politik semasa negara, ambil tahu isu-isu parti sendiri dan parti lain.. Kenal calon yang bakal kita undi, Calon yang bakal dilantik sebagai MB,PM. Membuat analisis semasa tentang info2 politik.

- Cakna dalam situasi ekonomi negara, ambil maklum tentang bajet,kemana wang dibelanjakan,hutang,bantuan,kemudahan

- Ada ilmu asas dalam pelembagaan dan undang2 negara

3. Matlamat pengundi

Pengundi secara umum mempunyai matlamat apabila mengundi. Matlamat secara peribadi, parti atau negara.

Bagi memeriahkan thread aku ini.. selain info bagaimana menjadi pengundi bijak..
aku nak juga.. warga cg kongsi

-Highlight matlamat dan tujuan mengundi.
-Apa releven nya mengundi parti sekian2. (releven masa kini dan akan datang)
-Kongsikan apa kelebihan parti masing2 dengan tujuan rekrut ahli baru..(ya boleh janji bintang dan bulan)
-Kongsikan apa keburukkan parti lain dengan tujuan rekrut ahli baru.. (tapi pastikan kita berhujah dengan fakta serta tidak menyerang secara peribadi)
-Kongsikan maklumat secara reverse psycology untuk makna mendalam.. (tapi pastikan kita berhujah dengan fakta serta tidak menyerang secara peribadi)

\\Kesimpulan Thread

Untuk menjadi pengundi yg bijak.. kita perlu terima pendapat2 orang ramai dari semua parti dan menilai dalam membuat keputusan yang terbaik mengikut matlamat masing2..

Sudah tiba masanya.. Kita pandang dari sudut positif berpolitik secara alam maya.. Ambil peluang Recruit Ahli secara bijak, bagi melahirkan generasi cakna politik alam maya yang hebat..

\\Target Output Thread
- Pengundi Bijak = Pemimpin Bijak = Negara Hebat

\\Mencari Tujuan Mengundi
Aku buat poll kat atas.. mohon vote pilihan masing2 :D

Terima Kasih sebab sudi baca/memberi pendapat/berkongsi idea/up thread

**Sebarang fakta boleh diambil dari sumber2 berita tempatan,video youtube,website kerajaan, website politik,dll
 
Last edited:
Sponsored Post

jaws_am

Super Active Member
Joined
May 29, 2008
Messages
9,970
Reaction score
1,431
Points
141
Info tentang Dewan Rakyat



Pengundi Bijak perlu tahu tentang Tujuan Parti Bertanding ?

Secara umumnya..
Kita mengundi kerana ingin parti yang diundi memperoleh majoriti kerusi dewan parlimen atau dewan undangan negeri.

Sebarang parti yang berjaya memperoleh majoriti mampu untuk menubuhkan kerajaan persekutuan atau negeri.
Dengan tertubuhnya Kerajaan Persekutuan / Kerajaan Negeri, maka segala suara rakyat dapat diketengahkan oleh calon yang kita undi.

Untuk tindakan suara rakyat yang lebih efisyen, parti yang kita undi mestilah berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan / Kerajaan Negeri

Bagi Situasi Malaysia Sekarang, parti2 di malaysia bergabung untuk membentuk kerajaan..

PEMBANGKANG BLOK A
(PH) - PKR,AMANAH,DAP,BERSATU

PEMBANGKANG BLOK B (PAS) *Tiada kerjasama dengan mana2 parti aktif, mahu menang 40 kerusi parlimen[/T]


KERAJAAN BLOK BNc- UMNO,MCA,MIC,GERAKAN,PBB,UPKO,PBS,PRS,SPDP


Makluman Tambahan..


Bagi mengubal undang2 negara, atau membuat pindaan (sbg cth : "cadangan pindaan Akta 355")
perlulah mendapat kelulusan 2/3 mejoriti oleh kedua-dua Dewan Parlimen iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara seterusnya
dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong untuk perkenan Baginda.

Maklumat Ringkas tentang Dewan Negara - Seramai 70 ahli Dewan Negara bergelar senator dimana hanya 26 daripada 70 yang dipilih melalui pengundian oleh negeri dengan 2 senator setiap negeri di Persekutuan dan 44 lagi dilantik dan dipilih oleh Yang di-Pertuan Agong.

Aku kongsikan maklumat PRU 13 bagi Kerusi Dewan Rakyat (update sehingga 26 Oktober 2016)

Sumber Asal : https://en.wikipedia.org/wiki/Dewan_Rakyat

Jumlah Kerusi : 222 (Semenanjung Malaysia 165, Sabah 25, Sarawak 31 dan Labuan 1)
Untuk membentuk kerajaan persekutuan, parti perlu mendapat majoriti mudah (112 Kerusi) atau majoriti 2/3

Blok Kerajaan Sekarang
Kerusi yang dimenangi oleh Parti Barisan Nasional (BN) : 132

Blok Pembangkang A - Jumlah 75
Kerusi yang dimenangi oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) : 28
Kerusi yang dimenangi oleh Parti Tindakan Demokratik, (DAP) : 37
Kerusi yang dimenangi oleh Parti Amanah : 6 (merupakan kerusi asal PAS)
Kerusi yang dimenangi oleh Parti Sosialis Malaysia : 1
Kerusi yang dimenangi oleh Parti Pribumi Bersatu : 1 (merupakan kerusi asal BN)
Kerusi yang dimenangi oleh Parti Warisan : 2 (merupakan kerusi asal BN)

Blok Pembangkang B - Jumlah 14
Kerusi yang dimenangi oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) : 14

Blok Bebas
Kerusi yang dimenangi oleh Bebas : 1 (merupakan kerusi asal PKR)


PRU 13 Jumlah Kerusi Dewan Rakyat bagi Pecahan Parti

Barisan Nasional (BN) Bertanding : 221 Kerusi / 222 Kerusi (Menang : 132/221)

Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bertanding : 99 Kerusi / 222 Kerusi (Menang : 29/99)
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) : 77 Kerusi / 222 Kerusi (Menang : 20/77)
Parti Tindakan Demokratik (DAP) : 51 Kerusi / 222 Kerusi (Menang : 37/51)





Info tentang Dewan Negeri

Di Malaysia, Ahli Dewan Undangan Negeri atau ADUN ialah wakil yang dipilih oleh para pengundi sebuah kawasan.
Sejumlah 582 Kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri.

Untuk membentuk kerajaan negeri, parti perlu mendapat majoriti mudah (1/2 Jumlah Kerusi) atau majoriti 2/3 Jumlah Kerusi.

Berikut merupakan Statistik Adun Bagi PRU 13..




--

Statistik UNDI kerusi DUN PRU 13 - Update pada 5 Mei 2013 *tidak termasuk sarawak




BN memperoleh 4,513,997 undi (Jumlah kerusi bertanding 505/576, menang = 345/505 )

PAS memperoleh 2,133,944 undi (Jumlah kerusi bertanding 236/576, menang = 83/236 )

DAP memperoleh 1,442,298 undi (Jumlah kerusi bertanding 103/576, menang = 94/103 )
* Rekod membuktikan DAP menang kerusi ADUN dengan cemerlang (bertanding 103 menang 94)

PKR memperoleh 1,303,457 undi (Jumlah kerusi bertanding 172/576, menang = 48/172 )

-

Statistik Pengundi PRU 13 Mengikut Kaum - Update pada 5 Mei 2013



-

Maklumat Tambahan
Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) boleh memegang jawatan sebagai ahli Dewan Rakyat dan ADUN pada satu masa.

Sebagai Contoh

Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali (Menteri Besar Selangor)
Adun Negeri Selangor : N19 Bukit Antarabangsa
Ahli Dewan Rakyat : P098 Gombak

Pengundi Bijak perlu tahu, parti atau blok mana yang anda akan mengundi

Situasi Politik Malaysia Sekarang ? 02/01/2017

Buat masa sekarang PAS keluar dari Blok Pembangkang A. Tidak berminat usahasama DAP, hanya berminat usaha sama BN atau PKR/BERSATU
Tubuhnya Amanah sebagai serpihan PAS yang berada di Blok Pembangkang A. Mendokong usahasama bersama DAP

Tubuhnya Bersatu serpihan UMNO yang tidak berpuas hati dengan pentadbiran Perdana Menteri Najib dengan menyertai Blok Pembangkang A.

Forecast Peribadi tentang PRU 14

BN menang PRU 14 jika Perdana Menteri (Najib) melepaskan jawatan.

BERSATU mempunyai aura kuat di KEDAH,JOHOR dan kwsn2 FELDA

PAS prefer sendirian sebelum PRU.. bakal bergabung dgn blok pembangkang atau blok kerajaan selepas PRU..

Kesan PRU 14 mengeruhkan lagi ekonomi malaysia

 
Last edited:

jaws_am

Super Active Member
Joined
May 29, 2008
Messages
9,970
Reaction score
1,431
Points
141
Delima Pengundi Muda



Situasi Pengundi 1

Mengambil Risiko dalam mengundi bukan dalam matlamat sendiri/parti..

cth situasi : Merupakan Ahli parti A, tetapi mengundi Parti B kerana ingin mencuba..

Situasi Pengundi 2

Tiada matlamat dalam mengundi

cth situasi : Merupakan rakyat malaysia yang mengundi parti kerajaan sebagai langkah selamat

Situasi Pengundi 3

Berkecuali/Membuat Undi Rosak dalam pengundian kerana tiada calon atau parti pilihan yang sesuai

cth situasi : Merupakan Ahli parti A, tetapi Parti A tidak bertanding dikawasan Ahli

Situasi Pengundi 4

Konflik membuat undi berdasarkan kesan kehidupan/ekonomi semasa (view secara fizikal) vs berteraskan agama (view secara spritual)

cth situasi : Merupakan Ahli parti A, tetapi tidak pasti apakah Parti A memperjuangkan Agama atau sekadar retorik..

Situasi Pecah dan Perintah

Bertujuan untuk mendapatkan dan mengekalkan kuasa dengan memecahkan kuasa blok kerajaan atau blok pembangkang.
Menyebabkan kesukaran dalam bertanding satu lawan satu..

Situasi tidak keluar mengundi dan undi rosak

kesannya pada keputusan pru terutamanya di kerusi marginal

Filem Pendek UMNO :">

 
Last edited:

BRAVOZULU

Active Member
Joined
Jul 22, 2013
Messages
1,493
Reaction score
137
Points
33
pengundi yang bijak ialah pengundi yang berjaya mengambil peluang dan kesempatan keatas pihak yg merayu undi.
 

dauskupang

Super Active Member
Joined
Sep 20, 2012
Messages
5,237
Reaction score
267
Points
81
pendapat saya...

Perlu kerap tukar parti memerintah kalau pemerintahan parti tersebut menyusahkan rakyat dan negara...

jgn takut utk buat perubahan..
 

Waldner87

Active Member
Joined
Jun 5, 2012
Messages
1,446
Reaction score
75
Points
30
Ini pandangan peribadi aku.
Tolong jangan kecam yer.
Pengundi Bijak Akan Undi Pakatan
Pengundi Kurang Bijak Akan Undi BN
nice statement.

pengundi pas adalah pengundi yg mahu malaysia ditadbir oleh ulama dan mengikut dasar2 islam.mmg x bijak sape undi pas sbb byk kelab mlm dll akan tutup.
 

jaws_am

Super Active Member
Joined
May 29, 2008
Messages
9,970
Reaction score
1,431
Points
141
mohon candangan kalau ada info tambahan yang patut aku letak kat depan.. supaya warga cg boleh baca.. :D
 
Last edited:

copy left

CG Top Poster Club
Joined
Jun 25, 2008
Messages
26,064
Reaction score
285
Points
131
pengundi bijak dia kenal calon2 yg bertanding....
 
Sponsored Post
Top
Log in Register