PRU-13: Ibrahim Ali pertimbang pelawaan Dr. M

CG Sponsors




joe_kacak jugak

Active+ Member
Joined
Dec 30, 2011
Messages
4,835
Reaction score
73
Points
30


Ibrahim Ali akan mempertimbangkan pelawaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk bertanding di atas tiket Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Beliau sangat menghargai pelawaan itu kerana sebelum ini pernah berkhidmat di dalam UMNO bermula dari peringkat Pemuda, exco Pemuda, ketua bahagian dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

"Saya hargailah pandangan Tun (Dr. Mahathir) terhadap diri saya kerana mungkin dia ikuti dan mengenali saya dengan agak lama, dan dia tahu baik buruk saya. Saya terserah, hanya nak berkhidmat kepada rakyat dan hanya nak berjuang untuk agama bangsa dan negara.

"Saya bukan saja akan pertimbangkan, tetapi kalau diberi kesempatan ingin kembali kepada UMNO kerana saya orang UMNO, asalnya saya pemimpin UMNO. Cuma dulu ada sedikit pergeseran kerana saya digugur sebagai ketua bahagian selepas persempadanan semula," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Masyarakat Sabah Pasir Gudang di Dewanraya Jalan Suria, Bandar Seri Alam, dekat sini malam tadi.

Yang turut hadir adalah Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali; Ahli Dewan Tertinggi Perkasa, Leftenan Jeneral (B) Datuk Mohd. Salleh Ismail dan Laksamana Madya (B) Datuk Mat Rabi Abu Samah; Timbalan Yang Dipertua Perkasa Johor, Samat Atan dan wakil rakyat Sabah di Johor, Mohamed Basaran.

Majlis itu dihadiri kira-kira 1,000 penduduk termasuk kira-kira 600 masyarakat Sulu di sekitar Pasir Gudang.

Menurut Ibrahim, beliau tidak pernah melakukan sebarang kesalahan ketika di dalam UMNO dan pengguguran tersebut mencabar maruahnya, menyebabkan dia melakukan 'sedikit' tindak balas.

"Mungkin waktu itu saya terlanjur sedikit, tetapi kita kena lihat apa yang terjadi. Itulah buktinya saya kasih kepada UMNO, kalau digugur dan tidak lawan maknanya saya tidak sayangkan UMNO.

"Tetapi saya begitu sentimental dengan UMNO, sebab itu saya lawan. Saya tiada berjumpa dengan sesiapa tentang hal ini (tiket BN), saya mahukan kestabilan politik negara," katanya.

Ibrahim kali pertama menjadi Ahli Parlimen pada 1986 mewakili BN sebelum keluar UMNO untuk menyertai Semangat 46 dan kalah dalam pilihan raya umum berikutnya.

Beliau kemudian bertanding atas tiket bebas pada pilihan raya umum 2004 dan dalam pilihan raya empat tahun kemudian menang atas tiket Pas tetapi mengumumkan beliau wakil rakyat bebas yang mesra BN. - :eek:UTUSAN ONLINE



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pil...im-Ali-pertimbang-pelawaan-Dr-M#ixzz2Pvle5ecy
© Utusan Melayu (M) Bhd
 
Sponsored Post

biisnesman

Active+ Member
Joined
Aug 12, 2010
Messages
3,434
Reaction score
12
Points
25
orang dah nak bg, malu2 anjing plak die nak terima..
ptuih!!!!
 

usahOne

Super Active Member
Joined
Jan 16, 2007
Messages
7,192
Reaction score
11
Points
65
yg tengah tu dah d cadangkan jd calon,yg kiri dan kanan tu mcmana?klu nak tgk org2 umno sendiri boikot sila lah calon 3 katak ni:eek::eek:


 

joee

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Oct 1, 2010
Messages
40,690
Reaction score
944
Points
161
dia ni flip flop...konon perjuang melayu..tp byk dok attack melayu..apsal x lwn cina
 

joe_kacak jugak

Active+ Member
Joined
Dec 30, 2011
Messages
4,835
Reaction score
73
Points
30
pernah aku p ceramah dia dlm kempen pru12 dulu...gila babeng punye kutuk dr m tu...kali ni konfirm dia kutuk tgna pulak...ape blh buat
 

antagenaiz

Super Active Member
Joined
Oct 24, 2007
Messages
6,433
Reaction score
75
Points
70
Ibrahim Ali akan mempertimbangkan pelawaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk bertanding di atas tiket Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
so mahathir ka yg tentukan sape jd calon dlm BN...
 

ceklifxsniper

Legendary Member
Joined
Feb 7, 2010
Messages
12,466
Reaction score
126
Points
128
yg tengah tu dah d cadangkan jd calon,yg kiri dan kanan tu mcmana?klu nak tgk org2 umno sendiri boikot sila lah calon 3 katak ni:eek::eek:



... muka 3 stooges bermuka2 yg tak boleh dipercayai dlm politik msia..:p:p:p
 

Abdul wahob

Super Active Member
Joined
Dec 26, 2011
Messages
8,043
Reaction score
49
Points
70
perasan lebih umno pun tk hingin ambik dia jd calon.....elok bertanding wakil bebas guna logo katak hijau ong ong ong......:D
 
Sponsored Post
Top
Log in Register