[PRU-13] Abd Ghani Sah Tanding Gelang Patah Tentang Lim Kit Siang

CG Sponsors




khairi78

Active Member
Joined
Sep 27, 2007
Messages
2,084
Reaction score
17
Points
25
JOHOR BAHARU, 16 April (Bernama) -- Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman dicalonkan Barisan Nasional bertanding bagi kerusi Parlimen Gelang Patah dan bakal menentang penasihat DAP Lim Kit Siang pada pilihan raya umum ke-13, 5 Mei ini.

Setiausaha Kerja BN Johor Ramli Bohani mengesahkan pertukaran Abdul Ghani bertanding kerusi parlimen pada PRU kali ini semasa mengumumkan senarai calon BN untuk Johor di sini hari ini.

Calon yang disebut-sebut bakal menggantikan Abdul Ghani sebagai menteri besar Johor, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, sah akan bertanding kerusi negeri iaitu Dewan Undangan Negeri Permas.

Tempat beliau di Parlimen Pasir Gudang sebelum ini, diambil alih calon wanita yang merupakan muka baharu Normala Abd Samad.

Barisan Nasional kali ini mengemukakan hampir 50 peratus muka baharu untuk bertanding di 26 kawasan parlimen dan 56 DUN Johor pada dalam PRU13.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal bertanding kerusi Parlimen Pagoh begitu juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Sembrong).

Selain itu Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Razali Ibrahim dicalonkan bertanding kerusi Parlimen Muar, Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong (Ayer Hitam), dan turut kekal bertanding di kawasan yang disandang masing-masing ialah Menteri Sumber Manusia Datuk S.Subramaniam (Segamat), Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Latiff Ahmad (Mersing) dan Timbalan Menteri Pelajaran Mohd Puad Zarkashi (Batu Pahat).

Calon bagi kawasan Parlimen Tanjung Piai, DUN Senai dan Pekan Nenas masih belum diumumkan.

-- BERNAMA
 
Sponsored Post

azrine

Legendary Member
Joined
Jul 22, 2008
Messages
14,535
Reaction score
560
Points
166
nasib hang ler Ghani ..


kalu hang monang .. hang akan ditabalkan menjadi Ahli Parlimen ..


Kalu hang kalah .. pi ler tanam anggur kek belakang umah hang tuh ..



:)):)):))​
 

e.k.

Super Active Member
Joined
Jan 24, 2008
Messages
9,898
Reaction score
70
Points
70
kalo yang ni ye baru mencabar dan sengit

PRU 2008 LKS mng kat ipoh timur dgn majoriti 21k undi

kat GP adakah akan berulang result 21k majoriti undi

just wait n see 5/5 ni
 

qubs

Super Active Member
Joined
Oct 4, 2010
Messages
9,482
Reaction score
181
Points
73
sme2 kita nnti kn prtembungan sengit
 

Shuk_07

Fun Poster
Joined
Oct 15, 2009
Messages
360
Reaction score
2
Points
25
ala xpayah pening2..kita ubah je la...tgk 5 thun mcm mana plak...
 

jamtulenmurah

CG Top Poster Club
Joined
Mar 11, 2009
Messages
25,458
Reaction score
7,722
Points
316
nasib hang ler Ghani ..


kalu hang monang .. hang akan ditabalkan menjadi Ahli Parlimen ..


Kalu hang kalah .. pi ler tanam anggur kek belakang umah hang tuh ..



:)):)):))​

takde hal..... tanah dia kat sikandr tu pun belambak.....
 
Sponsored Post
Top
Log in Register