Proton X70. Apakah kelebihannya berbanding dgn SUV yang lain?

CG Sponsors




Sponsored Post

Ms Senorita

Active Member
Joined
Mar 31, 2014
Messages
1,254
Reaction score
309
Points
41
Proton sasar X70 catat jualan lebih baik pada 2020


Proton X70 edisi 2020

KUALA LUMPUR, 12 Feb -- Pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Bhd (Proton) yakin model X70 akan mencatat prestasi jualan lebih baik bagi tahun ini berbanding 2019 susulan pelancaran kenderaan itu versi CKD (unit secara pemasangan tempatan).

Tanpa mendedahkan angka sasaran sebenar, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Radzaif Mohamed berkata versi CKD itu juga dijangka meraih sambutan hangat daripada pembeli yang berpotensi berikutan harga serta pakej menarik yang ditawarkan kepada pembeli awal.

"Kami mahu menjual lebih banyak model X70 tahun ini. Pada tahun lepas, kami berjaya menjual sejumlah 30,000 unit dan yakin angka itu akan meningkat tahun ini. Malah, tawarannya juga amat menarik selain tarikan aspek harganya untuk kalangan bakal pembeli," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran model X70 versi CKD di sini, hari ini.

Di bawah versi itu, terdapat empat varian ditawarkan - Standard 2WD (harga atas jalan tanpa insurans sebanyak RM94,800 seunit), Eksekutif 2WD (RM106, 800), Premium 2WD (RM119,800) dan Premium X 2WD (RM122, 800), yang dilengkapi dengan bumbung panorama.

Radzaif berkata versi CKD itu turut ditawarkan pada diskaun 13 peratus berbanding versi model diimport sepenuhnya (CBU), termasuk tawaran pembelian awal untuk 3,000 pembeli pertama.

Mengulas prospek pasaran jenis CKD itu, beliau berkata syarikat itu sedang menimbang untuk mengeksport versi itu ke pasaran antarabangsa walaupun ini dijangka memakan masa kerana Proton perlu meneliti permintaan di peringkat domestik terlebih dahulu.

"Pada tahun lepas, kami mengeksport unit CBU X70 ke Brunei. Bagi tahun ini, kami mahu memperluaskan lagi usaha yang telah dilaksanakan pada tahun lepas. Namun, keutamaannya adalah untuk memastikan kami dapat memenuhi pasaran domestik," katanya.

Mengulas impak COVID-19 terhadap Proton, Radzaif berkata ia adalah minimum berikutan syarikat itu sedang menumpukan usaha pengeluaran di peringkat tempatan.

"Kami ada vendor di China, tetapi pada masa ini keadaan berjalan lancar dan baik. Tetapi pada masa sama, kami turut memantau keadaan dengan teliti.

"Oleh kerana tumpuan syarikat kepada usaha peringkat tempatan, kami menggantikan vendor China dengan bekalan komponen tempatan. Bagi X70, buat masa ini kami mempunyai stok mencukupi untuk memenuhi keperluan (sedia ada). Kami memang bernasib baik," katanya.

Proton X70, kenderaan SUV segmen C- paling popular di Malaysia tahun lepas, dinobatkan sebagai Kereta Terbaik Keseluruhan 2019 dan diiktiraf Kenderaan Lima Tempat Duduk Terbaik SUV/Crossover Sederhana pada anugerah Kereta Terbaik Malaysia edisi Ke-18 pada bulan lepas.


Sumber & Foto : BERNAMA
 
Sponsored Post
Top
Log in Register