Proton X50 mungkin ditawarkan serendah RM75,800?

CG Sponsors




hiduprakyat

Fun Poster
Joined
Dec 6, 2010
Messages
596
Reaction score
41
Points
20
X50-Proton-Ohsem.jpg


Sejak ia diumumkan pada 2018, orang ramai nampaknya seakan tidak sabar menanti kehadiran Proton X50.

Ia berikutan kenderaan jenis “compact SUV” ketika ini sememangnya menjadi pilihan ramai.

Malah apa yang lebih membuatkan orang ramai teruja apabila model ini dilihat sudah mula diuji di atas jalan raya sejak September tahun lalu.

Ia sekaligus membuatkan orang ramai tidak sabar menanti pelancarannya secara rasmi.

Terbaru, tular sebuah gambar di media sosial mengenai harga Proton X50 di atas jalan raya tanpa insuran bermula daripada RM75,800.

Model dengan spesifikasi tertinggi pula ditawarkan dengan lebihan harga RM28,000 lebih tinggi iaitu sekitar RM103,800.

Kemunculan perkongsian gambar ini turut mengundang pelbagai komen di kalangan netizen.

Perbezaan jurang harga antara empat varian yang ditawarkan antara yang menjadi persoalan.

Bagaimanapun jika dibandingkan dengan teknologi yang ditawarkan, ternyata model ini sangat berbaloi dengan harganya.

Selain itu, terdapat juga netizen yang membandingkan harga Proton X50 yang jauh lebih rendah berbanding model-model lain dalam kategori yang sama seperti Honda HR-V.

Setakat ini, masih belum dapat dipastikan sama ada ia harga rasmi daripada Proton atau sebaliknya.

Apa yang pasti pelancaran Proton X50 nanti bakal menyaksikan peminat yang selama ini menantikannya akan berebut membuat tempahan jika harga yang ditawarkan seperti yang diramalkan.


== malaysiakini
 
Sponsored Post

exboy

Super Active Member
Joined
Oct 18, 2013
Messages
5,678
Reaction score
131
Points
73
Maslahnye bile nak launch?

Kalau launch arini kompem xde masalah dah nak pikir ape nak beli 😅
 

aim02Aug

Super Active Member
Joined
Sep 5, 2011
Messages
6,179
Reaction score
586
Points
121
hrtu masa org x pandang dgrnya letak harga dlm rm50K

made in china xpayah lah hrp sgt kualiti

xbebaloi 100k
 

biomedik2

Active+ Member
Joined
Jan 19, 2020
Messages
2,905
Reaction score
998
Points
71
menunggu jgk walau made in china pon

TAAAAPIIIII

dgn price tag 75k - 103k BOIKOT shj lah

x membantu rakyat langsung company asal malaysia TAPI dijajah China neh...

BOIKOT je
Dengan harga macam tu baik sambar hrv terus.
 

aim02Aug

Super Active Member
Joined
Sep 5, 2011
Messages
6,179
Reaction score
586
Points
121
Dengan harga macam tu baik sambar hrv terus.
betul3

apa barang ala2 Bayou yg kita tau ca ya nun pakar ciplak


kalu harga murah, performance acceptable & FC jimat baru boleh consider

ex70 pon org kata kedarah minyak
 
Last edited:
Sponsored Post
Top
Log in Register