BTC USD 28,553.7 Gold USD 1,975.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Proton usaha tangani persepsi negatif rakyat

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Proton


PROTON berusaha untuk menangani persepsi negatif rakyat Malaysia terhadap kereta keluarannya dengan menambah baik dan menaik taraf setiap model baharu, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata kereta Proton hari ini menunjukkan prestasi lebih baik berikutan ia dijana oleh enjin yang cekap.

"Setiap model baharu Proton merupakan penambahbaikan daripada yang sebelumnya. Proton bermula dengan mengeluarkan kereta biasa, seperti Proton Saga, tetapi kereta Proton hari ini sangat sofistikated," katanya dalam ucaptamanya pada Seminar Memperkasa Industri Automotif Negara di Cyberjaya hari ini.

Dr Mahathir, yang juga Pengerusi Proton, berkata rakyat Malaysia masih tidak berkeyakinan bahawa Proton mengeluarkan kereta yang baik berikutan kebanyakan pengguna hanya mengingati generasi awal Proton yang tingkap automatiknya tidak berfungsi.

"Hari ini tingkap automatik kereta Proton turun dan naik dengan cekap," katanya, sambil menambah Proton berusaha untuk mengeluarkan kereta bertaraf dunia.

Beliau berkata kereta Proton hari ini sebaik kereta yang diimport dan lebih murah, seperti Proton Iriz yang baru dilancarkan. - Bernama
 
Sponsored Post

mier

Junior Member
Messages
82
Joined
Nov 18, 2010
Messages
82
Reaction score
0
Points
6
gomen ptut hapuskan cukai tuk kreta proton baru la proton cpt maju

aku pernah tanya member sorang ni...kenapa kerajaan tak kecualikan cukai hanya untuk kereta proton dan hanya kenakan cukai untuk kereta imported...jawapan dia tak boleh sebab violated trade aggreement dan membuatkan kereta luar tak nak eksport langsung malaysia nanti...sapa expert boleh tolong sahkan
 
Sponsored Post

Top
Log in Register