PROTON mampu atasi sasaran jualan 100,000 unit

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
266,180
Reaction score
8,938
Points
2,226

KUALA LUMPUR: PROTON Holdings Bhd dijangka mengatasi sasaran jualan 100,000 unit kenderaan tahun ini, disokong oleh permintaan kukuh terhadap model popular Proton Saga.

Affin Hwang Investment Bank Bhd dalam nota sektor automotif berkata, ia berpandukan kepada jumlah jualan 11 bulan 2019 yang menyaksikan pengeluar kereta nasional itu merekodkan 89,000 unit, peningkatan 51 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Malah, jumlah jualan PROTON pada November meningkat sekali ganda kepada 9,600 unit berbanding bulan sama 2018.

“Kami merasakan PROTON berkemungkinan mengatasi sasaran jualan 2019 sebanyak 100,000 unit, mengambil kira permintaan popular bagi Proton Saga, yang mencatatkan anggaran 35,000 tempahan sejak dilancarkan Ogos lalu dan juga X70,” katanya.

Proton Saga memecahkan rekod jualan sebanyak 4,000 unit untuk tiga bulan berturut-turut dengan sebanyak 4,091 unit kereta telah diserahkan kepada pelanggan pada November.

Rekod ini telah membolehkan model terbaharu PROTON itu kembali ke tangga teratas jualan dalam barisan model sedan segmen A dan dengan

sebanyak 34,422 unit kereta yang terjual setakat ini, pertumbuhan jualannya kini berada pada 32 peratus, yang terbaik berbanding mana-mana model dalam segmen A, setakat ini.

Affin Hwang mengekalkan penarafan ‘neutral’ ke atas sektor automotif dan alat ganti, dengan turut memilih MBM Resources Bhd disebabkan penilaiannya yang menarik.

Ia berkata, jumlah jualan industri (TIV) bagi November meningkat sebanyak sembilan peratus berbanding bulan sama tahun lalu kepada 52,600, disebabkan prestasi jualan lebih kukuh daripada PROTON dan Toyota.

“Secara keseluruhan, TIV bagi 11 bulan 2019 adalah mendatar iaitu sebanyak 549,500 unit, iaitu 92.2 peratus daripada unjuran seluruh tahun kami, justeru ia menepati jangkaan,” katanya.

Menurut firma penyelidikan itu, kempen promosi akhir tahun menyaksikan peningkatan bagi kebanyakan pengeluar kereta bukan nasional utama, kecuali Mazda, yang menyaksikan hanya 803 unit dijual pada bulan lalu.

Namun, katanya penurunan jumlah jualan Mazda adalah disebabkan isu kelulusan harga kereta.

“Kami percaya isu ini dapat diselesaikan baru-baru ini,” katanya.


 
Top
Log in Register