proton dh kluarkan kereta hybrid

CG Sponsors




ARIFFX

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Mar 27, 2008
Messages
12,037
Reaction score
159
Points
123
SHAH ALAM 27 Nov. – Proton Holdings Bhd. (Proton) akan mengeluarkan 50 hingga 200 model kenderaan berteknologi hibrid dan elektrik bagi kegunaan rasmi kerajaan di Putrajaya dan Cyberjaya mulai Januari tahun depan.

Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, pengeluaran itu merupakan peringkat kedua yang dilakukan Proton dalam usaha membangunkan teknologi kenderaan hibrid dan elektrik sebelum pengeluaran berskala besar untuk pasaran pengguna di negara ini dilakukan.

Katanya, Proton telah mendapat kelulusan Kabinet untuk pengeluaran sejumlah kenderaan tersebut bagi kegunaan kerajaan.

“Peringkat pertama untuk membangunkan kenderaan teknologi ini, kita telah menyertai cabaran Brighton to London Future Challenge di United Kingdom dan memenangi Best Range Extender Electric Vehicle pada 6 November lalu menyaingi beberapa syarikat pengeluaran kenderaan ternama di dunia.

“Untuk peringkat kedua ini, kita akan mulakan pengeluaran berskala kecil kira-kira 50 hingga 200 buah kenderaan menggunakan teknologi ini untuk kegunaan kerajaan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program Innovation & Family Fest 2010 yang dihadiri lebih 10,000 kakitangan syarikat pengeluar kereta nasional itu di Stadium Shah Alam di sini hari ini.

Mengenai potensi pasaran kenderaan hibrid di negara ini, Syed Zainal Abidin berkata, pihaknya amat mengalu-alukan lebih banyak insentif kerajaan dalam menggalakkan pengunaan model teknologi seumpama itu.

Katanya, pada dasarnya potensi pasaran bagi kenderaan menggunakan teknologi itu amat tinggi akan tetapi ia hanya melibatkan jumlah yang kecil.

“Kereta hibrid mengikut pasaran ketika ini lebih mahal berbanding kereta biasa. Jadi perlu ada insentif diberikan oleh kerajaan untuk menggalakkan orang ramai menggunakan kenderaan ini kerana syarikat pengeluar tidak boleh memberikan subsidi.

“Di United Kingdom sebagai contoh, kerajaan negara itu memberikan rebat 20 peratus kepada pengguna kenderaan sedemikian termasuklah di China yang turut memberikan rebat,” katanya.

Selain rebat, katanya, insentif seperti pengurangan duti, pendaftaran kenderaan dan tempat letak kereta percuma dapat menarik penggunaan kenderaan berteknologi hibrid termasuk penyediaan prasarana lain yang menyokong pasaran kenderaan tersebut.

Terdahulu, Syed Zainal Abidin menyampaikan hadiah wang tunai RM12,000 kepada kumpulan Gruner TF Exponent yang mendapat tempat pertama dalam pertandingan inovasi apabila berjaya menghasilkan kereta hibrid dalam program itu.

Pertandingan itu diadakan bagi mencungkil bakat, kemahiran serta kreativiti kakitangan Proton dalam penghasilan kenderaan berteknologi hijau yang menggunakan bahan terbuang daripada kilang Proton.

Tempat kedua pula dimenangi oleh kumpulan Innotech 2 manakala tempat ketiga dimenangi oleh kumpulan Evolusi G. Masing-masing menerima hadiah wang tunai RM8,000 dan RM6,400.


 
Sponsored Post

syafsp

Passed Away
Joined
Mar 31, 2009
Messages
2,932
Reaction score
558
Points
71
jalan kampung @ taman boleh masuk tak ni???? :D :D :D
 

-pojie-

Well-Known, Member, XM Official, Representative
Joined
Oct 29, 2008
Messages
20,951
Reaction score
50
Points
120
buruk la rupenye aku nengok..
 

GASTER123

Legendary Member
Joined
May 6, 2008
Messages
15,829
Reaction score
448
Points
131
dengar cite laju gak ni..leh cecah 140km/j..yeke?
 

eday84

CG Top Poster Club
Joined
Jan 10, 2009
Messages
27,695
Reaction score
146
Points
128
erm rasa bkn dlm gmbr tu kut
cuba tgk gen2 EVE
 

kipas

Active+ Member
Joined
Apr 26, 2010
Messages
2,544
Reaction score
69
Points
30
memang dalam gambar tu la rupanya.. cantum-cantum macam LEGO :p
 

kodek

Active Member
Joined
Jan 3, 2008
Messages
1,647
Reaction score
4
Points
35
kete kt atas tu made by proton employees dlm pertandingan family day dorg.

tak salah, hybrid or electrical car pertamma proton diapplied pd exora.
 

logammaut

Super Active Member
Joined
Dec 12, 2009
Messages
9,915
Reaction score
521
Points
121
Bukan kete hybrid Proton EMAS yg ni ke?









Tun M lancarkan hybrid concept car Proton EMAS kat Geneva Motor Show pada Mac 2010.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register