BTC USD 64,465.4 Gold USD 2,459.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Proton Akan Pasang Tali Pinggang Keledar Tempat Duduk Tengah Dengan Percuma!

ahib0205

Legendary Member
gem
Messages
19,329
Joined
Nov 18, 2007
Messages
19,329
Reaction score
746
Points
166
Proton Akan Pasang 225,930 Kereta Dengan Tali Pinggang Keledar Tempat Duduk Tengah Dgn Percuma

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Pembuat kereta nasional Proton Holdings Bhd mengumumkan langkah memasang tali pinggang keledar tempat duduk penumpang belakang di bahagian tengah bagi 225,930 kereta yang dikeluarkannya antara 2004 dan 2008, melibatkan kos RM7.3 juta.

Model yang terlibat, yang tidak diprapasang dengan tali pinggang keledar tempat duduk tengah itu ialah model awal Proton Saga yang dibuat antara tahun 2004 dan 2008 (144,000 unit), serta model Gen2 antara 2004 dan Jun 2008 (81,930 unit).

Kereta itu dipasang hanya dengan dua tali pinggang belakang, kata Proton dalam satu kenyataan di sini.

Langkah itu dijalankan sempena arahan kerajaan yang mengkehendaki ketiga-tiga penumpang belakang memasang tali keledar, katanya.

Sungguhpun peraturan itu dijangka dikuat kuasakan mulai 1 Jan tahun depan, pemilik kereta diberikan tempoh penangguhan tiga tahun untuk mematuhinya.

Pengarah Urusan Proton Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata memandangkan peraturan baru itu, syarikat akan memasang tali pinggang keledar tempat duduk tengah itu dengan percuma kepada kereta terbabit.

"Sebagai pengeluar kereta yang bertanggungjawab, Proton menyokong langkah kerajaan itu dan percaya bahawa ia tidak patut membebankan pembeli kereta untuk membayar tali pinggang tambahan itu," katanya, sambil menambah bahawa langkah itu penting untuk keselamatan penumpang.

Beliau menasihati pemilik kereta supaya tidak tergesa-gesa ke pusat servis kerana pemasangan akan hanya dijalankan setelah temu janji awal.

Langkah pemasangan tali pinggang keledar itu bermula pada 1 Dis, 2008 bagi Semenanjung Malaysia dan 1 Jan, 2009, bagi Sabah dan Sarawak.

Proton dijangka mengambil masa kira-kira 13 bulan untuk menyelesaikan urusan pemasangan itu dan perkhidmatan pemasangan akan didapati di semua cawangan servis Proton Edar Sdn Bhd dan Edaran Otomobil Nasional Bhd (EON), dan juga di semua pengedar servis di seluruh negara.

Untuk membuat temu janji, pelanggan boleh menelefon cawangan servis terdekat. Bagi maklumat untuk lokasi cawangan servis dan butiran lanjut hubungan, mereka boleh menelefon nombor bebas tol Proton i.care 1300-880-888.

Sebagai alternatif, pelanggan boleh mendaftar untuk temu janji melalui laman web Proton Edar di www.proton-edar.com.my.

Proton menasihati pelanggan supaya menulis nombor casis kereta mereka dan warna yang digemari sebelum membuat temu janji sama ada melalui telefon atau pendaftaran online.

Kerja pemasangan hanya mengambil masa kira-kira 20 minit bagi sebuah kereta.

-- BERNAMA


Wah... rezeki korang yang ada keta proton nih. So jangan lupa pasang ek. Nanti tak pasal-pasal kena saman pulak :)cgrock
 
Sponsored Post

Sponsored Post

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register