BTC USD 51,432.7 Gold USD 1,779.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Protes Lawan diteruskan 21 Ogos untuk tekan kerajaan baharu

akecema

CG Top Poster Club
Messages
23,899
Paid Membership
Joined
Jan 26, 2007
Messages
23,899
Reaction score
3,020
Points
206
Laporan polis terhadap kekerasan polis............. Agak2 polis nk buat?

Polis dah bagi warning, tak mau dengar ingat negara pH perintah lagi ke?

Kenapa tisu koyak juga ke?
Tula. Kate pejuang
Sanggup mati demi kuasa
Kene sentuh dgn polis, xde luka pun, terus buat report
 
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Messages
161,938
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
161,938
Reaction score
22,066
Points
1,671
Mahu saman polis & mohon sumbangan untuk bayar kompaun

PETALING JAYA: Sekretariat Solidariti Rakyat tidak menolak kemungkinan untuk menyaman pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) berikutan tindakan yang diambil ke atas 31 peserta yang ditahan baru-baru ini.

Menurut kenyataannya, pihak sekretariat sedang berbincang dengan beberapa rakan peguam berkenaan tindakan yang bakal diambil dan tidak menolak untuk menyaman pihak PDRM.

Katanya, ini berikutan tangkapan yang dibuat tidak berasaskan lunas perlembagaan dan peserta yang ditahan tidak diberikan akses untuk diwakili oleh peguam setiap seorang.

“Kami membuat laporan polis pada 22 Ogos (semalam) di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul agar siasatan dibuat terhadap pegawai polis IPD Dang Wangi yang menahan peserta pada malam tersebut.

“Namun, peserta malam tersebut juga dinasihatkan untuk membayar kompaun yang dikenakan. Jumlah kompaun adalah sebanyak RM62,000 melibatkan 31 orang peserta.

“Sehubungan itu, kami ingin meminta jasa baik rakyat Malaysia yang cintakan demokrasi untuk menyumbang bagi membantu peserta membayar kompaun yang dikenakan. Sumbangan boleh disalurkan ke 8603878996, CIMB Bank (Persatuan Pengundi Muda) dengan rujukan #LAWAN,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

19 Ogos lepas, seramai 31 peserta himpunan mengenang lebih 13,000 rakyat yang kehilangan nyawa akibat Covid-19 ditahan di Dataran Merdeka malam itu dan dihantar ke IPD Dang Wangi.

Tambah kenyataan itu, malam tersebut sepatutnya menjadi ruang untuk bertafakur sejenak bagi mengenang rakan-rakan dan saudara-mara yang terkorban bertukar menjadi kecoh apabila pihak polis menahan kesemua mereka yang hadir.

Katanya, sememangnya pihak polis berkeras menyatakan bahawa kesemua yang hadir tidak ditahan, namun para peserta yang hanya meletakkan bunga ros dan menyalakan lilin kemudiannya ditarik, ditolak serta diheret dengan kasar kerana pihak polis yang berada di sana gagal memberikan sebarang sebab untuk menahan peserta.

“Setelah semua dipaksa menaiki trak polis ke IPD Dang Wangi dan disoal siasat di sana, baharulah polis memaklumkan bahawa penahanan dibuat di bawah tiga akta iaitu Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman, Seksyen 21A Akta Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit 1985 dan Peraturan 10 Peraturan-Peraturan Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit.

“31 orang yang hadir membakar lilin dan meletakkan bunga ros sebagai memorial dikompaun sebanyak RM2,000 setiap seorang,” katanya. – UTUSAN

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,623
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,623
Reaction score
15,454
Points
1,906
1629724934059.png

Penganjur nyalaan lilin minta bantuan orang ramai bayar kompaun RM62k​

Diterbitkan 23 Aug 2021, 7:14 pm

Penganjur acara nyalaan lilin untuk memperingati mangsa Covid-19 pada 19 Ogos lalu meminta sumbangan orang ramai bagi membantu membayar kompaun kepada para peserta yang ditahan sebelum ini.

Minggu lalu, seramai 31 peserta acara berkenaan dibawa ke balai polis dan didenda RM2,000 setiap seorang, menjadikan jumlah keseluruhan denda berjumlah RM62,000.

Dalam satu kenyataan hari ini, Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) berharap orang ramai dapat membantu meringankan beban mereka.
"Sehubungan itu, kami ingin meminta jasa baik rakyat Malaysia yang cintakan demokrasi untuk menyumbang bagi membantu peserta membayar kompaun yang dikenakan," kata mereka.

Maklumat mengenai sumbangan boleh diperolehi di sini.

"Pihak Sekretariat sedang berbincang dengan beberapa rakan peguam berkenaan tindakan yang akan diambil dan kami tidak menolak untuk menyaman pihak polis kerana tangkapan yang dibuat tidak berasaskan lunas perlembagaan dan peserta yang ditahan tidak diberikan akses untuk diwakili oleh peguam setiap seorang," tambah SSR.

Semalam, seramai 31 peserta nyalaan lilin membuat laporan polis yang mendakwa penahanan mereka tidak sah dan dinafikan hak mereka oleh pihak polis sepanjang acara itu berlangsung.

Berikutan itu polis telah memanggil sebahagian mereka termasuk peguam, untuk siasatan lanjut berkaitan acara yang diadakan di Dataran Merdeka pada malam Khamis lalu.

Beberapa kumpulan hak asasi manusia mengkritik layanan kasar polis terhadap 31 individu berkenaan ketika acara itu berlangsung.
Salah seorang peserta yang juga ahli jawatankuasa pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM), Chong Yee Shan mendakwa dia mengalami kecederaan fizikal setelah lima anggota polis menyeretnya ke dalam kenderaan polis.

Dia telah membuat laporan polis mengenai kejadian itu.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berkata tindakan menafikan hak tahanan untuk mendapatkan peguam adalah melanggar Perkara 5 dan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Suruhanjaya itu juga meminta pihak polis mengiktiraf hak rakyat untuk berhimpun secara aman.

ViperX

Super Active Member
Messages
5,197
Joined
Oct 10, 2016
Messages
5,197
Reaction score
715
Points
121
oiii, kami tak suruh bakar lilin oiiii...kena kompaun sendiri bayar ler...
 
Jal Leman

Fun Poster
Messages
389
Joined
Apr 2, 2018
Messages
389
Reaction score
48
Points
30

eh, kenapa kami nak kena bg sumbangan ni
berani buat berani tanggung la
nape tak minta dgn MP2 yg sokong korg tu
mcm ni pun ada
 
akecema

CG Top Poster Club
Messages
23,899
Paid Membership
Joined
Jan 26, 2007
Messages
23,899
Reaction score
3,020
Points
206
oiii, kami tak suruh bakar lilin oiiii...kena kompaun sendiri bayar ler...

Ni la cara cuci duit bang
Duit derma
So kroni2, yg nak cuci duit akan bagi kat diorg la nnt
 
ViperX

Super Active Member
Messages
5,197
Joined
Oct 10, 2016
Messages
5,197
Reaction score
715
Points
121
Ni la cara cuci duit bang
Duit derma
So kroni2, yg nak cuci duit akan bagi kat diorg la nnt
cuci duit baik labur dkt carwash ke, kedai dobi ke,...ni nak pam ke geng2 ni, xjd apa bang.. x bergerak ekonomi.. hehe
 
TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
325,199
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
325,199
Reaction score
16,633
Points
2,376
IMG_20210823_232713_204.jpg

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menyeru Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menghormati dan mengiktiraf hak rakyat untuk berhimpun secara aman.

Suhakam dalam kenyataan hari ini berkata, mereka amat bimbang dengan tindakan polis yang berlebihan terhadap perhimpunan dan hak rakyat untuk menyuarakan pendapat dan pandangan mereka.

Ikuti berita terkini di grid.astroawani.com

#AWANInews
 
TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
325,199
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
325,199
Reaction score
16,633
Points
2,376
Suhakam ni macam biasa la
Tang gini terus mainkan isu hak asasi
Tengah² ada COVID19 pun duk sibuk nak berhimpun jugak
 
ViperX

Super Active Member
Messages
5,197
Joined
Oct 10, 2016
Messages
5,197
Reaction score
715
Points
121
perhimpunan awam kena ada permit bos. time2 covid ni ;
1. wajarkah buat perhimpunan awam?
IMG_20210823_232713_204.jpg

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menyeru Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menghormati dan mengiktiraf hak rakyat untuk berhimpun secara aman.

Suhakam dalam kenyataan hari ini berkata, mereka amat bimbang dengan tindakan polis yang berlebihan terhadap perhimpunan dan hak rakyat untuk menyuarakan pendapat dan pandangan mereka.

Ikuti berita terkini di grid.astroawani.com

#AWANInews
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register