BTC USD 28,206.3 Gold USD 1,940.26
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Prospek pasaran pesat membangun lebih positif

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Dr Zeti Akhtar Aziz


KUALA LUMPUR - Prospek bagi pasaran sedang pesat membangun kelihatan lebih positif dengan ekonomi-ekonominya disokong oleh asas yang kukuh dan sistem kewangan yang berdaya tahan bagi mencatatkan pertumbuhan.

Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata, walaupun mengalami pertumbuhan yang sederhana, ia adalah disebabkan oleh faktor-faktor sementara penyusunan semula dan pengimbangan semula."Justeru itu, kami melihat potensi pertumbuhan dalam tahun-tahun berikutnya," katanya pada program CNN Debate on the Global Economy, bersempena dengan Mesyuarat Agung Tahunan IMF 2014 di Washington, yang berlangsung dari 10-12 Oktokber.

Zeti merupakan ahli panel dalam program CNN Debate itu. Transkrip pembentangan beliau dikeluarkan oleh BNM di sini, hari ini.

Beliau berkata pasaran sedang pesat membangun terutamanya di Asia, kini mampu menangani sebarang kemudahruapan kerana ekonomi mempunyai sistem kewangan yang lebih kukuh dan pasaran kewangan yang lebih maju. - Bernama
 
Top
Log in Register