BTC USD 37,246.3 Gold USD 1,797.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Proses sulh Wan Nor Azlin gagal

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
PETALING JAYA 18 Nov. - Prosiding sulh (penyelesaian secara baik) berhubung tuntutan nafkah antara pelakon Wan Nor Azlin Wan Mohd. Husain dan Mohd. Yazli Yaacob yang dijadualkan hari ini gagal selepas suaminya itu masih tidak dapat dikesan.

Wan Nor Azlin, 40, hanya bertemu pegawai Sulh di Mahkamah Rendah Syariah di sini bersendirian selama kira-kira sejam 20 minit.

Sebaik selesai proses tersebut, Wan Nor Azlin memberitahu, dia dimaklumkan bahawa surat bertarikh 29 Oktober 2008 yang dihantar ke alamat ibu bapa suaminya di Batu Gajah, Perak, telah dikembalikan kepada mahkamah.

Jelasnya, surat mengenai tuntutan nafkah dan notis supaya hadir ke mahkamah itu dikembalikan oleh bapa mertuanya dengan alasan anaknya, Mohd. Yazli, 38, tidak dapat dihubungi.

''Saya rasa, itu alasan semata-mata. Saya kesal kerana keluarga mertua cuba untuk tidak mahu bekerjasama.

''Surat yang dihantar melalui Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) juga enggan diterima oleh persatuan dengan alasan suami saya tidak mahu menerimanya. Nampaknya suami yang tidak mahu bekerjasama,'' katanya.

Sementara itu, peguam syarie yang mewakili Wan Nor Azlin, Fakhrul Azman Abu Hasan berkata, kes tuntutan nafkah itu akan disebut di mahkamah di sini pada 15 Disember ini.

Katanya, beliau juga akan berusaha untuk menyerahkan saman kepada Mohd. Yazli melalui dua alamat yang sama atau melalui serahan gantian dengan mengiklankannya di media sekiranya usaha pertama gagal.

''Sekiranya dia tidak hadir pada tarikh itu, kita akan teruskan dengan proses lain, antaranya terus memohon tarikh bicara atau waran tangkap supaya defendan hadir ke mahkamah.

''Kita tengok perkembangan selanjutnya. Defendan hadir atau tidak, permohonan akan tetap diteruskan,''jelasnya.

Pada 29 Oktober lalu, Wan Nor Azlin memfailkan tuntutan nafkah sara diri dan anak-anak daripada Mohd. Yazli selepas hampir empat bulan ditinggalkan tanpa sebarang berita.

Dalam pernyataan tuntutannya, Wan Nor Azlin meminta dibayar RM5,000 untuk perbelanjaan peribadi, RM2,000 untuk perbelanjaan rumahtangga, RM1,000 untuk Amanah Saham Bumiputera dan RM500 untuk bayaran insurans peribadi bulanannya.

Plaintif juga menuntut Mohd. Yazli menjelaskan tunggakan pinjaman rumah sebanyak RM122,892, ansuran rumah RM3,500, ansuran kereta RM1,686, penyelenggaraan dua rumah di Damansara Indah Resort Homes dan Damansara Impian serta bil-bil semasa sebanyak RM500 pada setiap bulan.

Dalam pernyataan tuntutan itu juga, Wan Nor Azlin mendakwa Mohd. Yazli sering mengabaikan nafkah untuk dirinya dan tiga anak mereka, Danial Luqman, 8, Danny Iskandar, 7, dan Dania Camelia, 4.

Dakwanya, Mohd. Yazli juga sering meninggalkan beliau dan anak-anak yang mana kali pertama berlaku pada tahun 2001 apabila defendan menghilang diri selama 40 hari, selama dua tahun pada 2005 dan terkini sejak 10 Julai lalu

Cuba ler tuntut nafkah batin dulu tentu laki awak dapat dikesan
 
Sponsored Post

ezis2u

Super Active Member
Joined
Aug 1, 2008
Messages
9,747
Reaction score
22
Points
75
mana nak munculnyer dah abang long pun dok cari dier....

sekali dia kuar kang terus kena X...
 

aidiryatim

Legendary Member
Joined
Dec 25, 2006
Messages
14,011
Reaction score
22
Points
120
yg nih wan norazlin yg berlakon sopan je tuh eh.. kadang jadi emak..kira kerja nyer nangis je kn..:-?:-?
 

blue.frosty

Active Member
Joined
Jun 5, 2008
Messages
2,045
Reaction score
1
Points
25
tuntut je kat akhirat esok dah liat sgt kat dunia
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register