BTC USD 57,276.7 Gold USD 1,777.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Proses selaras caj PTPTN selesai Disember 2010

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
KUALA LUMPUR: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyasarkan penyelarasan semula caj perkhidmatan pinjaman satu peratus yang diluluskan Kabinet Ogos tahun lalu, selesai menjelang Disember tahun depan.

Ketua Eksekutifnya, Yunos Abd Ghani, berkata ia berikutan masih ada hampir 1.24 juta peminjam lama yang belum menerima surat tawaran perjanjian Ujrah yang membolehkan menguruskan pertukaran perjanjian pinjaman berkonsepkan konvensional tiga peratus kepada konsep syariah.

Katanya, sehingga kini sebanyak 24,053 surat tawaran perjanjian Ujrah sudah dikeluarkan secara berperingkat kepada peminjam lama bermula Ogos lalu tidak termasuk 192,059 pelajar baru yang sejak awal menerima perjanjian berkonsepkan syariah itu.

“Ia masih memerlukan masa berikutan pertukaran perjanjian ini membabitkan semua pemegang akaun kami yang kini berjumlah 1.45 juta, namun peminjam yang layak tidak perlu bimbang kerana caj satu peratus akan tetap dikira bermula Jun tahun lalu.

“Oleh itu peminjam perlu menghubungi kami bagi mengemaskinikan alamat dan nombor telefon bagi memudahkan kami menghantar surat tawaran ini,” katanya selepas memeterai perjanjian pembiayaan Al-Bai’lnah bernilai RM1.5 bilion dengan AmIslamic Bank di sini, semalam.
 
Sponsored Post

mustopa_a

Legendary Member
Messages
12,098
Joined
Apr 9, 2008
Messages
12,098
Reaction score
73
Points
120
elok la tu .. jangan susahkan dan bebankan lepasan IPTA/ITPS
 

tudung87

Legendary Member
Messages
12,870
Joined
May 30, 2008
Messages
12,870
Reaction score
69
Points
120
cepatlh turunnn...

aku nye 3% lagik... tiap2 bulan nek...
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register