BTC USD 54,785.3 Gold USD 2,497.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Promosi Bible di surau: Jangan cabar agama Islam

Sponsored Post

‘Perosak’ promosi Bible depan surau perlu diajar – Pemuda DAP Melaka

Reza A Hamid3 August 2024
FKP_7959-e1722658087964-681x661
Cassel Krishnan
MELAKA – Pemuda DAP Melaka mahu kumpulan ‘perosak’ yang mempromosikan agama Kristian di hadapan Surau Warisan berhadapan Bangunan Stadthuys, Banda Hilir di sini, minggu lalu diajar dan dikenakan tindakan tegas oleh pihak berkuasa.

Ketuanya, Cassel Krishnan berkata, tindakan provokatif kumpulan dari luar Melaka itu dengan jelas telah mengganggu keseimbangan harmoni antara agama yang sudah lama dibina seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia.

Menurutnya, hormat dan toleransi bukanlah pilihan sebaliknya adalah keperluan dan tindakan membelakanginya turut dikecam Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST).

“Mereka yang terlibat boleh dianggap perosak, tidak relevan dan wajib diambil tindakan keras agar tidak menjadi barah dalam masyarakat kita.

“Secara peribadi sebagai penganut agama Kristian saya mengesahkan gereja-gereja dan kumpulan Kristian di Melaka sentiasa menjalankan aktiviti awam dengan kebijaksanaan dan kewaspadaan, menjalin hubungan mesra dengan pemimpin agama lain selari dengan apa yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia.

“Melaka telah menjadi permaidani yang kaya dengan pelbagai bangsa dan budaya dari seluruh dunia, di mana masing-masing mengamalkan kepercayaan mereka dalam harmoni,” katanya dalam kenyataannya di sini.

Menurutnya, rekod sejarah menunjukkan sejak berabad-abad yang lalu, sebanyak 84 kumpulan etnik yang berbeza hidup bersama dengan aman di Melaka, bekerjasama dalam perpaduan.

“Memelihara budaya aman dan damai, toleransi, dan kepelbagaian ini mesti menjadi keutamaan tertinggi kita dan mana-mana pihak terutamanya parti politik dinasihatkan agar tidak mengeksploitasi isu ini untuk agenda peribadi.

“Kita tidak harus membiarkan isu ini menjadi tunggangan yang akan memecah belahkan masyarakat sebaliknya kita memerlukan usaha yang kolektif bagi mengekalkan harmoni di masyarakat Malaysia,” katanya. – MalaysiaGazette
 

Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taois kecam promosi ‘kursus Injil’ depan surau. tindakan itu ‘sangat salah’.​


1722682518865.png

Video tular menunjukkan sekumpulan individu duduk berhampiran troli buku dengan poster ‘Free Bible Courses’ di hadapan sebuah surau di Melaka.

PETALING JAYA: Majlis antara agama mengecam tindakan sekumpulan individu yang dirakam mempromosikan ‘kursus Injil’ percuma di hadapan sebuah surau di Melaka.

Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taois, berkata tindakan itu ‘sangat salah’ dan kumpulan agama harus beretika dalam menyebarkan agama masing-masing.

Anda tidak boleh melakukan perkara seperti yang anda lihat ini, kata Presiden Tan Hoe Chieow kepada FMT, merujuk video tersebut.

Menawarkan kursus Injil percuma di hadapan surau adalah satu pelanggaran etika yang serius.

Video berdurasi 16 saat yang tular di media sosial menunjukkan sekumpulan individu duduk atau berdiri berhampiran troli buku dengan satu poster ‘Free Bible Courses’ di hadapan sebuah surau.

Tan meluahkan kebimbangan individu terlibat mungkin daripada kumpulan menyimpang dan meminta bantuan komuniti Kristian mengenal pasti mereka.

Saya tidak fikir mereka dari mana-mana gereja (di Malaysia) kerana tiada gereja setakat yang kami tahu akan melakukan perkara seperti ini,
katanya memaklumkan badan agama di negara ini sedar mengenai etika dalam penyebaran agama.

Walaupun Perlembagaan Persekutuan menjamin hak untuk menganut dan mengamalkan apa-apa agama, adalah dilarang untuk menyebarkan agama lain kepada orang Islam.

Tan berkata, insiden seperti itu tidak seharusnya berulang dan menggalakkan jawatankuasa surau ‘mengusir kumpulan itu’ jika mereka kembali lagi.

Beliau juga meminta jawatankuasa surau membuat laporan polis.

Jika melanggar undang-undang, mereka harus didakwa supaya insiden sebegini tidak berlaku lagi dan menjadi satu bentuk pencegahan, katanya
 

‘Perosak’ promosi Bible depan surau perlu diajar – Pemuda DAP Melaka​



FKP_7959-e1722658087964-681x661.jpg

Cassel Krishnan

MELAKA – Pemuda DAP Melaka mahu kumpulan ‘perosak’ yang mempromosikan agama Kristian di hadapan Surau Warisan berhadapan Bangunan Stadthuys, Banda Hilir di sini, minggu lalu diajar dan dikenakan tindakan tegas oleh pihak berkuasa.

Ketuanya, Cassel Krishnan berkata, tindakan provokatif kumpulan dari luar Melaka itu dengan jelas telah mengganggu keseimbangan harmoni antara agama yang sudah lama dibina seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia.

Menurutnya, hormat dan toleransi bukanlah pilihan sebaliknya adalah keperluan dan tindakan membelakanginya turut dikecam Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST).

“Mereka yang terlibat boleh dianggap perosak, tidak relevan dan wajib diambil tindakan keras agar tidak menjadi barah dalam masyarakat kita.

“Secara peribadi sebagai penganut agama Kristian saya mengesahkan gereja-gereja dan kumpulan Kristian di Melaka sentiasa menjalankan aktiviti awam dengan kebijaksanaan dan kewaspadaan, menjalin hubungan mesra dengan pemimpin agama lain selari dengan apa yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia.

“Melaka telah menjadi permaidani yang kaya dengan pelbagai bangsa dan budaya dari seluruh dunia, di mana masing-masing mengamalkan kepercayaan mereka dalam harmoni,” katanya dalam kenyataannya di sini.

Menurutnya, rekod sejarah menunjukkan sejak berabad-abad yang lalu, sebanyak 84 kumpulan etnik yang berbeza hidup bersama dengan aman di Melaka, bekerjasama dalam perpaduan.

“Memelihara budaya aman dan damai, toleransi, dan kepelbagaian ini mesti menjadi keutamaan tertinggi kita dan mana-mana pihak terutamanya parti politik dinasihatkan agar tidak mengeksploitasi isu ini untuk agenda peribadi.

“Kita tidak harus membiarkan isu ini menjadi tunggangan yang akan memecah belahkan masyarakat sebaliknya kita memerlukan usaha yang kolektif bagi mengekalkan harmoni di masyarakat Malaysia,” katanya. – MalaysiaGazette


 
Last edited:
Pandai dap taqiyya
Hahahahahaha.....DAP terrer berpolitik.....depa ada strategist kot...

End up nak tunjuk kata, 'DAP toleransi dengan agama islam'....sila sokong PH dan BN dan kekalkan kerajaan sekarang......hahahahahahahaha
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register