BTC USD 28,134.9 Gold USD 1,979.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PROManage, mudahkan pengurusan

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Bashir menunjukkan cara-cara bagaimana aplikasi PROManage digunakan.


SPIN Era Sdn Bhd, syarikat Bumiputera dalam bidang teknologi maklumat memperkenalkan aplikasi, PROManage berasaskan awan.

Pengarah Spin Era Sdn Bhd Ir Bashir Ahamed Maideen berkata, aplikasi ini sesuai kepada pemilik syarikat yang mempunyai banyak cabang perniagaan untuk membuat pemantauan maklumat terkini dengan cepat dan mudah.

"PROManage akan menyimpan semua maklumat terkini sama ada dalam bentuk video, pelan dan lukisan berhubung sesuatu projek dan boleh dibuka menggunakan semua peranti mudah alih di mana sahaja selagi mempunyai sambungan internet seperti telefon pintar, komputer riba mahupun tablet.

"Ia sesuai digunakan oleh semua industri yang memerlukan pemantauan secara terperinci berhubung perkembangan terkini projek yang sedang dijalankan tanpa perlu ke pejabat," katanya ketika ditemui Sinar Harian di pejabatnya di Bukit Sentosa, baru-baru ini.

Menurutnya, setakat ini, syarikat yang telah menggunakan aplikasi ini adalah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Pelabuhan Tanjung Pelepas, Majlis Amanah Rakyat (Mara), Plus Malaysia Berhad, Petronas dan sebuah syarikat di Indonesia sejak 2011.Bashir memberitahu, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) boleh menggunakan aplikasi itu untuk menguruskan sistem lebih sistematik.

Mengulas berhubung aplikasi itu sendiri, Bashir berkata, PROManage dibangunkan sejak 2003 dan hanya siap sepenuhnya dua tahun kemudian.

Bashir berkata, PROManage dibangunkan berdasarkan pengalamannya sendiri dalam menguruskan beberapa syarikat dalam satu masa."Menggunakan aplikasi ini, saya boleh memantau produk yang sedang dilakukan walau berada di luar negara tanpa perlu menghubungi individu yang bertanggungjawab untuk bertanyakan perkembangan," katanya.

Menurutnya, satu-satunya cabaran dalam memperkenalkan produk ini adalah pemahaman terhadap penggunaan teknologi maklumat di kalangan penduduk di Malaysia.

Bagaimanapun, Spin Era berharap produk ini mendapat tempat di kalangan syarikat di negara ini dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.
 
Top
Log in Register