BTC USD 60,213.6 Gold USD 2,411.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Projek Solar : Petronas Perlu Utamakan Syarikat Bumiputera

Persatuan pedagang Melayu tak setuju Petronas diboikot

Sebuah pertubuhan perdagangan Melayu menolak gesaan Perkasa untuk memboikot Petronas kerana meminggirkan syarikat bumiputera dalam projek tenaga solar.

Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) berkata isu itu telah pun selesai apabila Petronas bersetuju membentuk konsortium pemain industri solar tempatan bagi projek masa depan, serta mewujudkan program pembangunan firma bumiputera.

Oleh itu, mereka berkata gesaan untuk memboikot itu suatu perbuatan yang tidak berdasarkan hikmah dan pemikiran panjang.

“Hakikatnya, kejadian yang berlaku ini menyerlahkan suatu pengajaran iaitu bangsa Melayu dan bumiputera harus lebih kental dalam berdaya saing dengan syarikat-syarikat bukan Bumiputera, bukan hanya sekadar mengharap bantuan Kerajaan semata-mata.


“Parti terlibat juga tidak seharusnya berterusan menggunakan faktor ketakutan dan mentaliti kelayakan untuk memperjuangkan nasib perniagaan dan perusahaan Melayu dan Bumiputera,” kata Presiden Perdasama Mohd Azamanizam Baharon (gambar atas) pada satu kenyataan, semalam.

Walaupun Mohd Azamanizam tidak menamakan pihak di sebalik gerakan boikot itu namun satu-satunya pihak yang menyeru supaya Petronas diboikot ialah Perkasa.

Bulan lepas Petronas telah melantik Solarvest Energy untuk memasang sistem tenaga solar di lebih 300 stesen Petronas di seluruh Malaysia menjelang 2027.

Ini menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan kumpulan kontraktor bumiputera.


Bekas pengerusi Perbadanan Mara Akhramsyah Sanusi berhujah bahawa Petronas telah tersilap bukan kerana ia akhirnya menganugerahkan perjanjian itu kepada Solarvest Energy, tetapi kerana ia berbuat demikian dalam tender tertutup dengan tiada satu pun daripada tiga syarikat yang dijemput untuk membida adalah milik bumiputera.

Berikutan itu, cabang tenaga hijau Petronas, Gentari Sdn Bhd bertemu dengan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) dan dilaporkan bersetuju untuk membentuk konsortium pemain industri solar untuk projek masa depan.

Perkasa bagaimanapun tidak berpuas hati dengan perkembangan ini kerana pengumuman itu datang daripada DPMM dan bukannya Petronas sendiri.

Kumpulan itu merancang untuk memboikot stesen minyak Petronas sepanjang minggu pertama bulan ini.
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register