BTC USD 59,955.0 Gold USD 2,411.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Projek Solar : Petronas Perlu Utamakan Syarikat Bumiputera

azmann33

Legendary Member
gem
Messages
13,151
Joined
Mar 2, 2009
Messages
13,151
Reaction score
1,968
Points
201
PUTRAJAYA, 9 Mac – Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim melahirkan kebimbangan terhadap kemajuan syarikat bumiputera sekiranya penyertaan mereka dalam pelbagai sektor dan bidang tidak disambut baik oleh syarikat-syarikat gergasi seperti Petronas.

Beliau berkata di sebalik penganjuran Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 yang dikatakan menjadi landasan penting bagi memperkasakan ekonomi golongan bumiputera.

Katanya, media melaporkan bahawa cabang tenaga hijau Petronas, Gentari Sdn Bhd telah melantik syarikat bukan milik bumiputera, Solarvest Energy Sdn Bhd untuk memasang sistem kuasa solar di lebih 300 stesen Petronas di seluruh negara.

“Petronas telah memanggil tiga syarikat untuk membuat tawaran terhadap pemasangan sistem solar itu.

“Namun begitu, apa yang menyedihkan adalah tidak ada satu pun syarikat bumiputera dipanggil untuk mengemukakan tawaran tersebut dan ini adalah satu bentuk penindasan kepada golongan bumiputera,” katanya dalam kenyataan media.

Tambah Amzad, beliau merasa amat kesal dengan pengumuman tersebut kerana pada dasarnya negara ini mempunyai banyak syarikat yang berkepakaran dalam industri tenaga solar seperti Gading Kencana Sdn. Bhd., Uzma Berhad dan lain-lain lagi.

Menurutnya, terdapat kira-kira 60 syarikat Bumiputera yang berdaftar di bawah Sustainable Energy Development Authority (SEDA) tetapi mengapa Petronas memilih untuk menganugerahkannya kepada syarikat bukan bumiputera tanpa tender.

“Saya turut mengajukan persoalan ini dalam sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri dan meminta penjelasan daripada Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli namun jawapan yang diberikan terlalu umum, kabur dan tidak menepati soalan yang ditanya.

“Beliau hanya menjelaskan bahawa Kerajaan sedang mengenalpasti enjin-enjin pertumbuhan baharu untuk melonjakkan penyertaan ekonomi usahawan negara ke dalam rantaian nilai antarabangsa.

"Tambahnya lagi, Kerajaan akan memperhalusi penyertaan usahawan bumiputera mengambil risiko menyertai sektor-sektor seperti peralihan tenaga, digital, pertanian moden, serta sektor elektrik dan elektronik.

Amzad berkata, sehingga kini pihaknya masih belum mendapat jawapan, adakah Kerajaan berpendapat bahawa syarikat Bumiputera yang sudah menapak lama dalam industri ini tidak berkemampuan untuk melaksanakan projek tersebut dengan jayanya?

“Saya mendesak Kerajaan menjelaskan justifikasi Petronas memilih Solarvest Energy Sdn Bhd dan bukannya syarikat Bumiputera kerana Petronas sepatutnya memberikan peluang kepada syarikat Bumiputera memandangkan kewujudan Petronas itu sendiri adalah atas sokongan golongan Bumiputera.

“Saya berpendapat ini adalah langkah yang terbaik untuk merapatkan jurang ekonomi Bumiputera agar mereka tidak ketinggalan," jelasnya.

Tambahan pula, pengerusi Bursa Malaysia telah melaporkan bahawa hanya satu daripada 97 syarikat yang disenaraikan mempunyai majoriti saham bumiputera dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini.

Oleh itu, perkara tersebut amat membimbangkan dan mencerminkan penyertaan sebenar kaum bumiputera dalam sektor perniagaan.

Justeru itu, pihaknya memohon agar syarikat bumiputera diberikan lebih ruang dan peluang untuk terlibat dalam sektor-sektor strategik kerana ini akan membantu untuk melonjakkan ekonomi mereka seterusnya meningkatkan kadar pemilikan ekuiti Bumiputera di Bursa Malaysi
 
Sponsored Post

naa je Bumi .. Melayu tolak Melayu .. ok lepas ni Aliff Shukri ..?

tu la MELAYU BODOH punya pandangan .. ko jatuhkan dia .. dia akan tiduse lamanya

B40 pakai Mustang? .. hahahaha lagi MELAYU BODOH sokong dia juga ..

P/S: saya bagi naihat je, .. ambil hati (macam ada cakap ambil hati) .. xder.. saya suruh krang ambil hati ..maju, jangan mamak, ****** India .. kita se-Malaysia ..sayatak lupa Melayu kiri kanan daripada darjah 1 belajar ..

ingat ya .. ko panggil sayak k3ling pendanatang .. meh PM saya ..kita setel amacam kalo ad telor MELAYU tu .. tanah ni bukan milik ko .. saya ada BC T"ANAH MELAYU" .. ko ada? MAMAK K3LING .. ISLAM plak tu 🤭 @akudotcom

ko nk main saya boleh .. moyang saya sini .. baca .. dan jom atau diam je 🤭


1710446697560.png
 

Perkasa President Threatens One Week Petronas Boycott If They “Don’t Help Malay Contractors”​

Perkasa president Syed Hassan Syed Ali allegedly threatened to rally the Malays to boycott the company for a week if the demands weren’t met.

MARCH 25, 2024




perkasa-threaten-petronas-boycott-bumiputera-company-solar-panel-contract.jpg



Earlier this month, Petroliam Nasional Bhd (Petronas) appointed Solarvest Holdings Bhd’s unit, Solarvest Energy Sdn Bhd, to install solar power systems at over 300 Petronas stations nationwide.

However, not everyone seemed to be happy about the decision with some claiming Petronas is sidelining Bumiputera-owned businesses from attaining the contracts.



Petronas president and group chief executive officer Tengku Tan Sri Muhammad Taufik said the appointment was based on merit.

He said Bumiputera companies from a list generated by the Sustainable Energy Development Authority (SEDA) were included in the running but were unsuccessful in the selection process.

In the future, he said the group will work closer to enable smaller consortia and alter its contracting strategy.
He added that the contract was not worth hundreds of millions as claimed by some parties.

Solarvest Energy was appointed by Gentari Renewables Sdn Bhd to install solar power systems at over 300 Petronas stations nationwide by 2027.

The project starting in April 2024 involves installing over 5.4 megawatt peak (MWp) of solar capacity at Petronas stations.

Putrajaya MP Datuk Radzi Jidin brought up the matter in Parliament a few days ago. He questioned whether Bumiputera companies truly lacked the skill and expertise to install solar panels, citing it wasn’t a task of building rockets.

Perkasa is among the critics​

According to TV Pertiwi, Perkasa president Syed Hassan Syed Ali allegedly urged Petronas to award at least 50% of the solar installation project to Malay and Bumiputera companies.

He believes Bumiputera companies should be given the chance because they have the skills and expertise as an industry player in the solar energy sector.

If Petronas failed to do so, Syed Hassan allegedly threatened to rally the Malays to boycott the company for a week.

He claimed 90% of Malays support Petronas and questioned why the company gave the contract to others.

Some netizens found Syed Hassan’s views problematic and believed it further undermined the ability of Bumiputera companies. They also think it’s a silly reason for a boycott.

A netizen wondered how many Bumiputera companies can deliver solar panels on a large scale.

Meanwhile, someone else claimed that Malay or Bumiputera contractors would still outsource the task to another non-Bumi company at the end of the day.

Due to this, they prefer the contract to be awarded to the company on merited grounds.
 


Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa, Syed Hassan Syed Ali menggesa Petronas untuk memberikan sekurangnya-kurangnya 50 peratus projek pemasangan sistem solar di 300 stesen minyak miliknya di seluruh negara kepada syarikat Melayu dan Bumiputera.

1711608938153.png


24 march 2024
 

Solarvest dilantik pasang sistem kuasa solar di 300 stesen PETRONAS berdasarkan merit​

Mac 15, 2024 @ 5:32pm


Tengku Muhammad Taufik pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini - Foto BERNAMA
Tengku Muhammad Taufik pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Pelantikan Solarvest Energy Sdn Bhd untuk memasang sistem kuasa solar di lebih 300 stesen PETRONAS di seluruh negara adalah berdasarkan merit dan ia menepati piawaian serta teknikal yang ditetapkan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz, berkata syarikat Bumiputera yang tersenarai dalam Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) juga dinilai dalam membuat keputusan kontrak itu, namun malangnya gagal memenuhi piawaian yang ditetapkan.

"Kami memang prihatin dengan aspirasi sektor Bumiputera untuk lebih terbabit dalam peralihan tenaga. Saya akur bahawa dalam konteks baru-baru ini memang ada satu pakej yang diberi kepada Solarvest.

"Namun, bagi pihak Gentari dan PETRONAS Dagangan perlu saya tekankan bahawa pemilihan adalah berdasarkan merit. Memang ada piawaian dan teknikal serta perlu memenuhi tempoh masa yang ditetapkan," katanya.



Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kenyataan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) kesal dengan tindakan PETRONAS melantik syarikat bukan Bumiputera iaitu Solarvest Energy bagi pemasangan sistem solar di 300 stesen minyaknya.

Dewan perniagaan itu kecewa apabila difahamkan bahawa PETRONAS hanya memanggil tiga syarikat untuk membuat tawaran itu tanpa mengundang mana-mana syarikat Bumiputera untuk turut serta.

Malah, DPMM berkata, kos yang ditetapkan bagi setiap stesen minyak itu adalah kira kira RM1 juta bagi setiap satu projek yang menjadikan nilai keseluruhan projek ini sebanyak RM300 juta.

Mengulas mengenai nilai kontrak, Tengku Muhammad Taufik, berkata ia sebenarnya jauh lebih kecil daripada jumlah yang diperkatakan.

PETRONAS menerusi cabang tenaga hijaunya, Gentari Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest, iaitu Solarvest Energy untuk memasang sistem kuasa solar di lebih 300 stesen PETRONAS di seluruh negara.
 

Zaid bidas cadangan Perkasa boikot Petronas​


27 Mar 2024, 11:40 AM

Bekas menteri undang-undang itu berkata, orang Melayu perlu mula menyokong parti politik dengan agenda ekonomi progresif dan radikal yang membantu mereka.​




d9d663e7-petronas-hq-reuters-pic-150324.jpg

Zaid Ibrahim berkata kontraktor baharu Petronas, Solarvest, mempunyai dana dan cara untuk bersaing atas meritnya, justeru ia tidak begitu memerlukan dana kerajaan. (Gambar Reuters)

PETALING JAYA: Bekas menteri undang-undang, Zaid Ibrahim membidas cadangan Perkasa memboikot Petronas susulan langkah gergasi minyak dan gas itu melantik syarikat bukan Bumiputera untuk kontrak pemasangan panel solar.

“Orang Melayu boleh memboikot parti politik Melayu dan pemimpin yang tidak berbuat apa-apa untuk membantu orang Melayu berjaya,” katanya di X sambil menambah model ekonomi itu perlu diubah.

Beliau berkata, kontraktor baharu Petronas, Solarvest hanya memerlukan sedikit dana kerajaan kerana ia mempunyai kemampuan dan cara untuk bersaing berdasarkan meritnya disebabkan tiada saingan berkesan daripada syarikat Melayu dalam pasaran ini.

Katanya, ini merupakan masalah bersejarah, seperti yang dihadapi bekas perdana menteri, Ismail Sabri Yaakob dalam cubaannya untuk memperkasakan orang Melayu dengan rangkaian pusat beli-belah Mara.




“Orang Melayu dijangka mampu bersaing dan mendapat kontrak secara merit, tetapi komponen dalam rantaian bekalan dan persekitaran perniagaan bukan di bawah kawalan mereka.

“Dengan status quo itu, kontraktor dan pembekal Melayu tidak dapat bersaing secara merit. Apakah perniagaan yang boleh diusahakan orang Melayu dengan berjaya sekarang?

“Bagaimana anda memutuskan rantaian itu dan memberi peluang kepada orang Melayu untuk berjaya secara merit? Kita mulakan dengan menyokong parti Melayu yang mempunyai agenda ekonomi progresif dan radikal,” katanya sambil menambah malangnya, tiada parti sedemikian wujud ketika ini.

“Pemimpin kita belum mengumumkan transformasi radikal ke atas dasar ekonomi kita. Mereka selesa di bawah sistem sedia ada.

“Malang yang menimpa orang Melayu ialah tuan politik mereka tidak berminat dengan ekonomi. Mereka tidak berminat menghapuskan monopoli. Mereka hanya berminat dengan stoking dan boikot.”

Zaid turut menggesa langkah menasionalisasikan industri pada 1970-an dilaksanakan semula kerana langkah penswastaan telah lama menjejaskan orang Melayu.

“Simen, kemudahan pembuatan lain dan pelaburan strategik dalam teknologi perlu kekal di tangan kerajaan.”
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register