BTC USD 61,649.4 Gold USD 4,237.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Projek Renovation

swbina

Fun Poster
Messages
776
Joined
Apr 18, 2011
Messages
776
Reaction score
1
Points
15
Assalamualaikum warga CG sekalian..

Perlukan sedikit bantuan kewangan dari tuan2 dan puan2.

Pihak kami merupakan kontraktor binaan dan renovation rumah sekitar KL/Selangor yang dikenali dengan nama SW BINA dan berdaftar dengan CIDB.
Buat masa ini pihak kami sedang menyiapkan projek extension rumah di Gombak, Selangor.
Masalah yang pihak kami hadapi adalah tuan rumah hanya akan release payment secara berperingkat setelah kerja siap. Maksudnya No Advance Payment.
Buat masa ini pihak kami telah mengeluarkan modal sendiri untuk menyiapkan kerja tersebut mengikut peringkat-peringkat yang dipersetujui tetapi modal yang diperlukan masih tidak mencukupi.

Untuk makluman, tempoh projek ini adalah dalam 15 minggu dan dijangka siap pada bulan Ogos 2015. Pihak kami telah memulakan kerja pada 6 April 2015.

Oleh itu, pihak kami ingin membuka peluang kepada warga CG untuk melabur dalam projek kami ini.
Dana yang diperlukan buat masa sekarang adalah dalam RM10k.
Keuntungan sebanyak 10% akan diberikan termasuk modal tuan2 dalam tempoh 30 hari.
Pelaburan minimum adalah RM1000.

Contoh:
Pelaburan RM1000
Cukup 30 hari akan dikembalikan RM1100

Untuk pengesahan mengenai syarikat kami, tuan2 boleh semak link2 dibawah:-

http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=226397
http://www.swbina.com
http://smb.cidb.gov.my/contractor/contractors/public_profile/161071

Diharap tuan/puan sudi melabur dalam projek kami ini demi membantu golongan peniaga seperti kami ini.
Yang mana ada duit lebih tu tolong2 la sesama insan. Untung dapat, pahala pun dapat..
Insya Allah..

Semua transaksi adalah secara online supaya telus dan mempunyai resit bank.
Sesiapa yang berminat boleh PM kami untuk keterangan lanjut.
Terima kasih.
 
setakat rm10k, baik mintak ngan sedara mara ja...

tengok projek kat laman web CIDB, kompeni sudah tak aktif dua tiga tahun kebelakangan ni....yg peliknya kompeni daftar kat KL,tapi wat projek sampai Kedah.....
 
Back
Top
Log in Register