Projek pelabuhan M'sia-China masih dalam perbincangan

Recommended Brokers


Ms Senorita

CG Journalist
Joined
Mar 31, 2014
Messages
737
Reaction score
268
Points
31


Usaha Malaysia dan China membangunkan projek pembesaran pelabuhan akan datang di negara ini masih dalam perbincangan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Beliau berkata Malaysia akan menumpukan Pelabuhan Klang dalam usaha tersebut memandangkan ia merupakan pelabuhan paling utama di negara ini.

"Masih dalam perbincangan. Fokus kita adalah di Pelabuhan Klang. Pelabuhan Klang adalah pelabuhan yang paling utama di negara kita dan memang Pelabuhan Klang itu kapasitinya diperlukan untuk ditambah dan potensinya cukup besar.

"Kita memang berusaha untuk membangunkan Pelabuhan Klang sebagai pelabuhan utama di rantau ini bukan sahaja di dalam negara tetapi di rantau Asia Tenggara.

"Itu sebabnya kita alu-alukan kalau ada pihak yang ingin bersama-sama membesarkan pelabuhan kita," katanya pada sidang media majlis pelancaran modul pendidikan keselamatan jalan raya bagi sekolah rendah peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan perbincangan tersebut.

Pada Januari lalu, Loke dalam lawatannya ke China berkata beliau menjemput syarikat dari negara tersebut untuk menyertai dan melabur dalam projek pembangunan pelabuhan akan datang di Malaysia, khususnya di Pelabuhan Klang.

Kredit : malaysiakini
 

Attachments

Sponsored Post

moneymillions

Junior Member
Joined
Jan 9, 2018
Messages
97
Reaction score
5
Points
11
Port Klang Expansion

Discussions are ongoing between Malaysia and China over the possibility of port expansion plans, said Transport Minister Anthony Loke today.

He said the government had identified Port Klang as its focus for expansion, given its status as the country's primary port.

"This is still in discussion. Our focus is on Port Klang. It is our country's main port and there is a need to increase its capacity as it has a large potential," said Loke.

Port Klang is located strategically in the middle of the Straits of Melaka and is currently ranked the world’s 12th best container port.

"We are working to develop Port Klang as the premier port not only in Malaysia, but also in the South East Asian region.”

"That is why we welcome any parties that wants to work together with us to expand our ports," he told a press conference in Putrajaya after launching a Road Safety Module for primary school children.

He said last October that the government was looking at introducing a single agency to handle the cargo management system of the entire port, thus improving its efficiency.

During his courtesy visit to China's Transport Minister Li Xiaopeng in Beijing last month, Loke said he met several key port industry players.

He invited them to consider participating and investing in various upcoming port expansion projects, particularly in Port Klang.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/466016
 

BarneyLim007

Freshie
Joined
Apr 1, 2011
Messages
28
Reaction score
0
Points
3
China China China.
Semua project bagi kat diorang je la.
Malaysian cam ne pula?
 

bibiilight

Freshie
Joined
Oct 21, 2012
Messages
14
Reaction score
0
Points
3
Inilah lagi satu projek yang Malaysia inginkan dengan keputusan dibuatnya terburu-buru, manalah manfaat untuk rakyat Malaysia!
 

bikini

Freshie
Joined
Jun 20, 2011
Messages
20
Reaction score
0
Points
3
ah dui iiii.... projek lagi...... tak habis habis ke????

generasi muda kita perlukan pendidikan yg lebih baik & kos hidup yg lebih murah.... bukan lah projek lagi... ini dari china pulak.....

haiz.....
 

bishopten

Freshie
Joined
Feb 15, 2012
Messages
23
Reaction score
0
Points
3
Negara kita ni banyak hutang kan? Dalam berita tak habis habis dilaporkan. Mana lah negara ada duit untuk bekerjasama dengan China? Duit siapa pula yang digunakan? Rakyat bekerja keras darah dan peluh yang digunakan.. Berbaloi ke?
 

cabbagemint

Junior Member
Joined
Jun 25, 2013
Messages
54
Reaction score
2
Points
11
bagaimana la dgn ada nya projek baru ni dpt membantu rakyat yg miskin?
 

bibiilight

Freshie
Joined
Oct 21, 2012
Messages
14
Reaction score
0
Points
3
knp pulak CHINA saja? knp tdk pilih negara lain pulak?
ish... ish.... asyik CHINA saja
 
Sponsored Post
Top
Log in Register