BTC USD 64,095.7 Gold USD 2,368.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Projek LRT: Kerajaan Pulau Pinang tidak sepatutnya beri ulasan - Loke

notepad

Legendary Member
gem
Messages
15,484
Joined
Sep 17, 2011
Messages
15,484
Reaction score
2,097
Points
266
Awards
1
2685309.jpg

Anthony Loke

GEORGE TOWN - Kerajaan Pulau Pinang tidak sepatutnya memberi sebarang ulasan berhubung spesifikasi mengenai projek Transit Aliran Ringan (LRT) berikutan ia di bawah kendalian kerajaan Persekutuan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, exco kerajaan negeri perlu memberi laluan kepada kerajaan Pusat untuk membuat sebarang ulasan atau pengumuman berhubung projek bernilai RM10 bilion itu.

"Projek LRT ini di bawah kerajaan Persekutuan. Oleh demikian, sebarang pengumuman sepatutnya dibuat oleh kerajaan Persekutuan.

"Exco Pulau Pinang perlu memberi laluan kepada kita (kerajaan Persekutuan) untuk mengumumkan spesifikasi projek berkenaan," pada sidang akhbar selepas merasmikan 57th Asean Senior Transport Offical Meeting (STOM) di sini pada Selasa.

Anthony berkata demikian ketika mengulas mengenai pandangan beberapa pakar yang memohon kerajaan menimbangkan untuk melaksanakan Transiit Aliran Bas (BRT) atau Transit Aliran Automasi (ART) yang lebih murah (dari segi kos pembinaan) berbanding LRT yang akan menelan kos berlipat kali ganda.

2685308.jpg

Anthony (tujuh dari kiri) bergambar bersama pegawai kanan pengangkutan Asean sempena 57th Asean Senior Transport Offical Meeting (STOM) di George Town

Tambah Anthony, setakat ini, kerajaan Persekutuan belum memuktamadkan spefisikasi mengenai projek yang dijangka siap pada 2030 itu.

"Kerajaan Persekutuan membuat keputusan untuk melaksanakan projek LRT di Pulau Pinang dan kita akan teruskan pelaksanaan tersebut.

"Bagaimanapun, kita belum membuat keputusan mengenai spesifikasi projek, apabila kita muktamadkan (mengenai spesifikasi), kita akan umumkan nanti," katanya.

Projek LRT dengan jarak jajaran dianggarkan kira-kira 29 kilometer dengan 20 stesen termasuk dua stesen pertukaran iaitu di Stesen Komtar dan Stesen Penang Sentral itu, dijangka dimulakan pada September atau Oktober tahun ini.

Sebelum ini, Jemaah Menteri telah meluluskan cadangan pembangunan Projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang pada Mac lalu yang dijangka siap pada 2030.

Kerajaan telah memutuskan untuk melantik MRT Corp, syarikat 100 peratus milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc), sebagai pemaju dan pemilik aset untuk projek tersebut.


 
Sponsored Post

Sekarang ni macam trend semua negeri nak mintak itu mintak ini.

Negeri sembilan jela buat rilek tak mintak apa.
N9 takyah mintak akan limpah kesana jugak lama2...

Sebab KL/Selangor nak kembang ke atas tak boleh sebab muka bumi bentong tu kos tinggi nak develop..
tengok Nilai dah la...
 
N9 takyah mintak akan limpah kesana jugak lama2...

Sebab KL/Selangor nak kembang ke atas tak boleh sebab muka bumi bentong tu kos tinggi nak develop..
tengok Nilai dah la...
Nilai petang2 pun boleh tahan jem dia. Jem dari Salak Tinggi dengan tol BBN tu.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register