aim02Aug
Legendary Member

- Messages
- 10,757
- Joined
- Sep 5, 2011
- Messages
- 10,757
- Reaction score
- 1,980
- Points
- 201
Harap kerajaan baharu akan jelaskan sebab persoalan-persoalan ini tidak pernah dijawab oleh kerajaan PN bahawa Muhyiddin dan juga bawah Ismail.
Najib dah berulang kali tanya sejak akhir tahun 2020 tetapi tidak pernah dijawab kerajaan Muhyiddin dan Ismail.
1. Adakah ianya benar bahawa kerajaan PN dahulu sanggup bayar RM320 juta kepada Singapura hanya sebab mahu beri projek kepada ERL milik YTL dengan menggunakan teknologi tren ERL yang separuh laju?
2. Adakah ianya benar bahawa kabinet kerajaan PN mencadangkan untuk memberi geran sebanyak RM3.3 bilion untuk naik taraf ERL dan juga bersedia membayar pampasan sehingga RM7.7 bilion kepada syarikat ERL bagi menampung kerugian sebab unjuran jumlah penumpang dan pendapatan dijangka jauh lebih rendah selepas ianya ditukar dari KL ke Singapura kepada KLIA ke Johor Baharu?
Projek ini sangat penting dan mampu memberi manfaat ekonomi berjumlah RM500 bilion pada negara - tapi kini telah dibatalkan kerajaan PN.
Jika ianya benar bahawa niat ialah adalah hanya untuk memberi projek serta dijadikan peluang untuk membayar lebih RM10 bilion duit kerajaan kepada kroni maka ini adalah satu pengkhianatan amat besar kepada negara.
Loke, cuba cari jika wujudnya kertas kabinet dari Jabatan Perdana Menteri dengan tajuk "Hala Tuju Projek Keretapi laju HSR 2.0 Baharu" yang bertarikh 30 Nov 2020.
![]()
Loke digesa siasat keputusan kerajaan PN batal projek HSR KL-Singapura
Bekas timbalan menteri pengangkutan Aziz Kaprawi bertanya kajian mana yang menjadi rujukan kerajaan PN ketika itu apabila membuat keputusan tersebut.www.freemalaysiatoday.com
-DS najib razak-
hsr ni projek xde akal
ingat brp kerat sgt rakyat commute interciti/ interstate daily - xkan highspeed nk jd courier coach lala move
lg 1 wajib fare mahal gile - ktm train pon dh mahal - ini lg nk citer HS train
jika xcukup volume mmg akan bungkus & merugikan investment je - pastu nk jual besi buruk ke train & railway tu?