Projek HSR Malaysia-Singapura dibatalkan

CG Sponsors

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,193
Reaction score
11,718
Points
1,906
Mohamad Hasan berkata, penjelasan Menteri Pengangkutan Singapura di Parlimen Singapura pada Isnin lalu, sangat bercanggah dengan penjelasan dikemukakan Mustapa Mohamed.

Kerajaan perlu telus dalam pembatalan HSR

06 Januari 2021

1609936588074.png

Datuk Seri Mohamad Hasan

SEREMBAN - Keputusan kerajaan membatalkan projek kereta api berkelajuan tinggi Kuala Lumpur – Singapura (HSR) memerlukan ketelusan dan penjelasan sewajarnya.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, penjelasan Menteri Pengangkutan Singapura, Ong Ya Kung di Parlimen Singapura pada Isnin lalu, sangat bercanggah dengan penjelasan dikemukakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mustapa Mohamed, yang mengatakan bahawa projek tersebut tidak lagi berdaya maju untuk dilaksanakan kerana impak pandemik Covid-19.

Katanya, dua bulan lalu kerajaan Persekutuan bersungguh-sungguh ingin meneruskan projek mega ini yang dijangka dapat menjana kesan berganda yang positif terhadap ekonomi negara dalam pernyataan Belanjawan 2021.

"Perubahan mendadak dalam keputusan berkaitan projek berimpak tinggi seperti ini serta ketidaktelusan kerajaan tentang pelbagai aspek, termasuk sebab sebenar dan jumlah pampasan yang mesti dibayar oleh Malaysia telah menyusutkan kewibawaan kerajaan.

"Semua ini akan terus menghakis keyakinan pelabur luar terhadap Malaysia sebagai destinasi pelaburan terpilih.

"Implikasi pembatalan HSR ini bermakna, segala perancangan pembangunan bandar dan pertumbuhan pelbagai sektor ekonomi akan menerima impak negatif, termasuk hab pengangkutan bersepadu seperti Bandar Malaysia serta pembangunan bandar lain sepanjang laluan HSR," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Tambahnya, jika projek ini diteruskan tanpa Singapura, ia tidak lagi strategik, berikutan kerajaan tidak mempunyai ‘an overarching strategy’ dalam melaksanakan projek mega sebegini.

Katanya, dasar prasarana dan keputusan ekonomi, terpisah daripada realiti integrasi ekonomi rentas sempadan yang selama ini negara perjuangkan melalui pelbagai kerjasama ekonomi serantau.

"Namun, keutamaan waktu ini ialah ketelusan dan akauntabiliti pihak kerajaan. Oleh kerana projek ini melibatkan dana awam, termasuk pembayaran pampasan kepada Singapura, kerajaan Malaysia wajar tampil dan menjelaskan segala percanggahan dalam kenyataan yang dikeluarkan dan berhenti daripada terus mengelirukan rakyat," katanya.

Sponsored Post

GamezStar

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Jul 1, 2008
Messages
30,656
Reaction score
1,400
Points
201

View attachment 328523

org luar ckp la ape pon.. janji melayu ckp manis.. wajib la percaya
 
akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
10,498
Reaction score
1,885
Points
201
Sapa kene bayar sapa ni?
Aku pun da lost jln cite
 
akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
10,498
Reaction score
1,885
Points
201
Anwar Ibrahim - PRESS STATEMENT 6 January 2021 LIKE many... | Facebook
PRESS STATEMENT
6 January 2021

LIKE many Malaysians I am troubled by the Perikatan Nasional (PN) government’s decision to terminate the Kuala Lumpur-Singapore High-Speed Rail (HSR) project.

It shows either a fundamental lack of understanding of what this project represents or economic incompetence on behalf of those entrusted with the nation’s development.

Hundreds of millions of ringgit in public funds have been spent on the HSR already, and now according to the Minister in the Prime Minister’s Department (Economy) Datuk Seri Mustapa Mohamed, we will have to pay compensation of around RM821 million to Singapore.

We seem to be making a habit of paying compensation to Singapore. In 2006, we paid RM270 million to our southern neighbour over the cancellation of the “crooked bridge” at the causeway – again a project that was terminated by Malaysia.

Forget the years, effort and expenses spent in negotiating these cross-border agreements, these acts of terminating agreements show a cavalier attitude in the management of our nation’s funds by the leadership of our governments during these periods.

For the PN government, the cancellation of the HSR to Singapore clearly shows that PN is more concerned with clinging to power and taking care of vested financial interests – rather than behaving like a government in the middle of a major pandemic and critical economic challenges.

The measured report delivered by Singapore’s Transport Minister Ong Ye Kung that Malaysia wanted to remove Assets Company (AssetsCo) – a fundamental part of the agreement – has raised concerns and questions here in Malaysia.

Questions that Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin must address.

This goes to the core of our integrity as a trading and bilateral partner not just with Singapore but with other countries as well.

There can be no deflection, nor smoke and mirror statements and certainly, no throw away answers given by certain ministers.

Why is the PN government against having a joint asset company that has the skill set both countries lack? Especially if we could have negotiated to ensure it included increasing the capacity and technical ability of our own local companies, providing growth for them, and long-term employment for Malaysians?

Doing it jointly with Singapore would have ensured neither side could abuse the process and created transparency for the rakyat.

Perhaps this is the reason.

There is no question that the cancellation is a mistake both from a current economic standpoint and in terms of future benefits.

The cost of cancellation as opposed to the cost of funds to continue with the project also makes no sense.

The HSR to Singapore would have significantly opened up economic opportunities for Johor, Melaka and Negeri Sembilan.

My constituency of Port Dickson for instance sees a high number of Singapore tourists during the holidays. Businesses would have been far more willing to set up high-value manufacturing operations here and all along the planned line.

What is even more concerning now is that the PN government is ready to throw good money after bad by exploring a “domestic” HSR that ends in Johor Baru.

With an existing rail line by KTM, this new HSR plan will be another white elephant, a testimony to this government’s penchant for wasting public funds.

An effective HSR system could create significantly more opportunities for attractive foreign direct investment that we need and create a better position for our country which at this moment is critical.

ANWAR IBRAHIM

Credit: Mothership
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,193
Reaction score
11,718
Points
1,906
Ab Jalil Backer

· 27m ·

Berdasarkan komen dalam tulisan dan video mengenai #HSR sebelum ini, suka dinyatakan adalah tidak tepat usahasama ini melibatian perkongsian syarikat usahasama 50-50 antara Singapura dan Malaysia.

Jika berkongsi 50-50, kedua-dua negara akan berkongsi kos yang sama banyak.

Dalam kes HSR tiada sebarang syarikat kerjasama diwujudkan antara kedua-kedua negara.

Apa yang ada hanyalah perjanjian yang memberi kuasa sama banyak kepada kedua-dua negara dalam membuat keputusan.

Malaysia menanggung kos untuk 335KM dan Singaoura menanggung kos untuk 15KM sahaja.

Namun Singapura mempunyai kuasa sama banyak dengan Malaysia dalam menentukan perjalanan keseluruhan projek, walaupun perubahan yang tidak menjejaskan laluan antarabangsa.

Dengan kata lain yang akan rugi besar jika projek ini gagal ialah Malaysia.

Jika hendak pro-Singapura lagi bolehlah teruskan komen.
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,193
Reaction score
11,718
Points
1,906
Najib Razak

1j ·

Propaganda muka depan The Edge demi mempertahankan keputusan kerajaan ialah PN terpaksa batal projek HSR sebab Najib sudah jual kedaulatan negara.

Mereka kata kedaulatan Malaysia terancam jika syarikat operasi HSR ialah usaha-sama antara Singapura dengan kita sebab jajaran sepanjang 335km ada di dalam Malaysia manakala hanya 15km ada dalam Singapura.

Sebab itu, kedaulatan Malaysia sudah dijual Najib dan Najib adalah penderhaka negara.

Lalu dikatakan kerajaan PN tidak boleh dedahkan punca utama projek HSR dibatalkan sebab mereka takut Najib akan jatuhkan kerajaan PN jika ianya didedahkan.

Kelakarlah The Edge.

Kita maklum bahawa pemilik The Edge adalah orang yang bayar RM8 juta kepada Justo dan sebab itu dia terus dilantik sebagai seorang ahli Majlis Tindakan Ekonomi kerajaan PN walaupun seorang dari UMNO atau PAS tidak dilantik ke dalam Majlis tersebut.

Tapi saya nak tanya ini.

Syarikat usaha sama HSR adalah cubaan Najib menjual negara kepada Singapura sebab jajaran 335km ada di Malaysia dan 15km ada dalam Singapura sahaja, bagaimana pula dengan keputusan kerajaan PH (dengan menteri-menteri sama dalam kerajaan PN) yang menukar projek ECRL menjadi syarikat usaha sama 50-50 dengan syarikat milik kerajaan China untuk mengurus, mengendalikan dan menyelenggara rangkaian rel Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL)?
https://www.astroawani.com/.../perjanjian-ecrl-5050-mrl...

Berapa inci jajaran ECRL yang ada dalam negara China?

Satu milimeter pun tak ada di China. Manakala 600km ada dalam Malaysia.

Itu tak kira jual kedaulatan negara kepada negara China pula?

Pada masa BN, syarikat MRL milik kerajaan yang akan mengurus, mengendalikan dan menyelenggara ECRL dengan sepenuhnya tapi ditukar oleh PH menjadi syarikat usaha sama 50-50.

Lagipun, ECRL adalah lebih mustahak dari segi strategik dan keselamatan negara sebab ianya melibatkan pengangkutan kargo dan logistik juga berbanding untuk penumpang sahaja bagi projek HSR.

Menteri-menteri PN yang buat keputusan untuk ECRL ini tak jual negara ke?

The Edge patut dedahkan bahawa realitinya ialah tanpa syarikat usaha sama dengan Singapura, kerajaan PN akan mempunyai kuasa ekslusif untuk memberi kontrak kepada sesiapa yang mereka mahu dan kabinet kerajaan PN sudah bersetuju untuk menggantikan projek HSR KL-Singapura dengan HSR KL-Johor Bahru dengan kos hampir sama di mana syarikat ERL milik YTL akan mendapat manfaat paling besar.
Tapi The Edge tak mahu sebut itu pulak.

Dibuat propaganda bahawa projek HSR mengancam kedaulatan negara manakala projek ECRL ditukar PH tak ancam kedaulatan negara pulak.

1610350571299.png

8iuTX4LlGZO.png
Pengarang
Najib Razak

Baru faham kenapa pemilik The Edge dilantik ahli Majlis Tindakan Ekonomi kerajaan PN manakala seorang pun ahli parti UMNO atau PAS tidak dilantik.
Rupanya The Edge ada gunanya.

1610350590472.png
 
GamezStar

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Jul 1, 2008
Messages
30,656
Reaction score
1,400
Points
201
Ab Jalil Backer

· 27m ·
Berdasarkan komen dalam tulisan dan video mengenai #HSR sebelum ini, suka dinyatakan adalah tidak tepat usahasama ini melibatian perkongsian syarikat usahasama 50-50 antara Singapura dan Malaysia.

Jika berkongsi 50-50, kedua-dua negara akan berkongsi kos yang sama banyak.

Dalam kes HSR tiada sebarang syarikat kerjasama diwujudkan antara kedua-kedua negara.

Apa yang ada hanyalah perjanjian yang memberi kuasa sama banyak kepada kedua-dua negara dalam membuat keputusan.

Malaysia menanggung kos untuk 335KM dan Singaoura menanggung kos untuk 15KM sahaja.

Namun Singapura mempunyai kuasa sama banyak dengan Malaysia dalam menentukan perjalanan keseluruhan projek, walaupun perubahan yang tidak menjejaskan laluan antarabangsa.

Dengan kata lain yang akan rugi besar jika projek ini gagal ialah Malaysia.

Jika hendak pro-Singapura lagi bolehlah teruskan komen.
Ape benda perjanjian ni?? Ni bang.ang abadi ni

Singapore handle area singapore la
 
Sponsored Post
Top
Log in Register