Projek HSR Malaysia-Singapura dibatalkan

CG Sponsors




InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,972
Reaction score
4,386
Points
601
HSR diteruskan, kos akan dikurangkan

PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (tengah). - Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Kerajaan akan meneruskan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura, namun skalanya dijangka dikecilkan bagi mengurangkan kos pelaksanaannya.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata ia antara lain menimbang kelajuan paling sesuai bagi kereta api laju itu.

"HSR akan diteruskan, tapi kita akan menentukan berapa kelajuan yang perlu (bagi kereta api itu). Ia tidak semestinya 400 kilometer (km) sejam, jika 400 km sejam, ia akan mungkin sampai ke Alor Setar.

"Jadi, kita akan lihat apa yang sesuai untuk projek ini," katanya pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Bandar Malaysia di sini, hari ini.

Dr Mahathir ditanya sama projek HSR akan diteruskan dan sama ada skala projek itu juga akan dikecilkan.

Perdana Menteri menjelaskan, kerajaan mahu mengurangkan kos bagi projek berkenaan kerana ia menelan belanja yang besar.

"Justeru, mungkin kita perlu mengecilkan skalanya dan membuat sedikit pengubahsuaian bagi mengurangkan kos.

"Mungkin mengurangkan kelajuan yang akan menyumbang kepada pengurangan kos," katanya.

Pada September tahun lalu, Singapura bersetuju untuk menangguhkan projek HSR sehingga Mei 2020.

Susulan permintaan Malaysia menangguhkan projek itu, kerajaan bersetuju membayar kos menarik diri AS$15 juta (RM45.6 juta) kepada Singapura.

Jun lalu, MyHSR Corporation Sdn Bhd (MyHSR Corp) dalam satu kenyataan memaklumkan, kajian semakan projek HSR dijangka siap akhir tahun.

MyHSR berkata, pihaknya sudah melengkapkan kajian semakan dua tender terbuka berasingan bagi melantik perunding penasihat teknikal (TAC) dan perunding penasihat komersial (CAC) untuk melaksanakan langkah semakan semula projek berkenaan.

 
Sponsored Post

Ms Senorita

Active Member
Joined
Mar 31, 2014
Messages
1,640
Reaction score
325
Points
41
Dr M: Kuala Lumpur-Singapore HSR to go ahead after ‘some adjustments’



PUTRAJAYA: Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad said yesterday the government will proceed with the Kuala Lumpur-Singapore High Speed Rail (HSR) after making “some adjustments” to reduce the project’s costs.

“Yes, we will go ahead [with the HSR]. But we want to find out what is the most suitable speed that we should have — it is not necessarily 400km per hour — because if we travel at that speed, we might reach Alor Setar [from Singapore],” he told reporters after witnessing the signing of the share sale agreement and the shareholders agreement between TRX City Sdn Bhd and IWC-CREC Sdn Bhd that will kick off the Bandar Malaysia project.

“So, we will look into what is most suitable for this project. We would like to spend less money. It is very expensive, this HSR, but maybe we can scale down or do some adjustments to reduce costs,” he added.

Dr Mahathir also confirmed that the Bandar Malaysia project, officially revived yesterday, will house a HSR station.

“Yes, it will have a HSR station, although we have not decided on the actual HSR project itself, but it (Bandar Malaysia) will have a HSR station.

“We hope this place will become a hub for all kinds of activities, including finance. Finance is of course meant for the TRX (Tun Razak Exchange), but it (Bandar Malaysia) will be a centre for mainly international companies with their facilities here, so they can serve the whole of Southeast Asia.”

In September 2018, Malaysia and Singapore agreed to suspend the HSR project until end-May 2020, with Malaysia having to pay S$15 million to Singapore for costs incurred for the suspension. At the time, Economic Affairs Minister Datuk Seri Mohamed Azmin Ali said Malaysia was committed to continuing with the project after May 2020.

On bumiputera participation in the Bandar Malaysia project, Dr Mahathir said the government has not conducted any estimates on the possible participation rate. “We haven’t determined the percentage [of bumiputera participation]. We hope they will participate, with more than 30%.”

Sumber : the edge markets
 

mrvx

Legendary Member
Joined
Feb 20, 2009
Messages
10,680
Reaction score
657
Points
171
kos kurang.. rosak pun cepat.. janji lulus.. dapat komisyen
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,798
Reaction score
3,791
Points
236
Penangguhan HSR Mungkin Di Lanjutkan Melangkaui 31 Mei

30.05.2020 - Kuala Lumpur, Penggantungan pembinaan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) sepanjang 350 kilometer mungkin dilanjutkan melangkaui 31 Mei 2020.

"Malaysia telah meminta untuk melanjutkan tempoh penggantungan bagi membolehkan kedua-dua pihak membincangkan perubahan yang dirancangkan.

"Kami sedang mempertimbangkan permintaan mereka dengan serius," kata Menteri Pengangkutan Singapura Khaw Boon Wan dalam catatan Facebook beliau hari ini.

Sebelum ini, kedua-dua kerajaan telah bersetuju untuk menggantung pembinaan projek dua hala itu sehingga 31 Mei 2020 bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk projek itu.

Kerajaan Malaysia telah mengkaji semula projek tersebut dengan MyHSR Corp untuk mengenal pasti opsyen pengurangan kos, seperti menyemak dan mengoptimumkan penjajaran, lokasi stesen dan model perniagaan.

ced54fb3980078e67462d91989df91c4.jpeg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/527842
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,798
Reaction score
3,791
Points
236
Malaysia, Singapura Akan Sambung Semula Perbincangan Projek Keretaapi Laju - Azmin

31.05.2020 - Kuala Lumpur, Kerajaan Malaysia dan Singapura telah bersetuju untuk menyambung semula perbincangan mengenai projek kereta api berkelajuan tinggi KL-Singapura (HSR) dalam masa terdekat.

Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam satu kenyataan hari ini berkata perbincangan itu akan merangkumi beberapa cadangan perubahan dalam aspek komersial dan teknikal.

Menurutnya, keputusan tersebut dicapai setelah kedua-dua pihak bersetuju untuk melanjutkan tempoh penangguhan keputusan mengenai HSR sehingga 31 Dis 2020.

“Saya telah diminta oleh Jemaah Menteri untuk mengetuai pasukan Malaysia dalam perbincangan dengan Kerajaan Singapura mengenai projek ini,” kata Mohamed Azmin.



Berita asal https://www.bernama.com/bm/ekonomi/news.php?id=1846520
 

hab81020

Super Active Member
Joined
Mar 21, 2010
Messages
5,098
Reaction score
222
Points
83
sekarang projek ets sedang berjalan, baik sambung je ke singapore, tak payah hsr,
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,798
Reaction score
3,791
Points
236
Penangguhan HSR - Tiada Pampasan Di Sebabkan Keputusan Di Buat Bersama

17.06.2020 - Kuala Lumpur, Malaysia tidak akan membayar apa-apa pampasan kepada Singapura dalam penangguhan Projek Rel Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) kerana keputusan itu dipersetujui secara bersama, kata Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Azmin, yang mengetuai Malaysia dalam perbincangan HSR dengan Singapura berkata pasukan dari kedua-dua negera akan bermesyuarat selepas Hari Raya, untuk berdialog lebih lanjut mengenai aspek teknikal projek mega itu.

"Pada prinsipnya, kami telah bersetuju bahawa projek ini memberi manfaat kepada kedua-dua negara tetapi kami perlu membincangkan lagi mengenai hal teknikal yang membabitkan projek tersebut.

"Oleh itu, kami memerlukan lebih banyak masa. Jika kami boleh memuktamadkan keseluruhan langkah dalam tempoh tiga hingga empat bulan, sudah tentu kami akan bertemu sekali lagi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Anugerah Kecemerlangan MITI 2019 di sini hari ini.

Pada 31 Mei lepas, kedua-dua kerajaan bersetuju untuk menangguhkan pembinaan projek dua hala bernilai RM110 billion itu sehingga 31 Dis 2020.

Projek sepanjang 350 kilometer itu telah ditangguhkan sejak Sept 2018 dan akan disambung semula pada akhir Mei 2020. Ini merupakan kali kedua projek HSR ditunda sehingga menyebabkan Malaysia terpaksa membayar sejumlah S$15 juta kepada Singapura untuk menampung kos penundaan projek berkenaan.

"Mandat yang diberikan kepada kami apabila kami menangguhkan projek pada 2018 hingga 2020 adalah bagi melihat semula kos projek tersebut, yang merangkumi penjajaran dan reka bentuk baharu.

"Alhamdulillah, kami berjaya mengurangkan kos HSR dengan ketara tetapi sekarang, kami telah bersetuju untuk meneruskan projek (diteruskan selepas ditangguhkan pada kali pertama)," katanya.

Ditanya sama ada kerajaan mempunyai peruntukan yang mencukupi bagi membayar sebarang kos tambahan yang timbul daripada penangguhan kali kedua, Azmin berkata: "Untuk peruntukan itu, kami perlu berbincang lagi.

"Persaoalan untuk pembiayaan projek ini akan dibincangkan memandangkan keupayaan fiskal negara sekarang ini adalah terhad," tambahnya lagi.

Berita asal https://www.bernama.com/bm/ekonomi/news.php?id=1852143
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,798
Reaction score
3,791
Points
236
Kerajaan Negeri Sembilan Akan Beri Kerjasama Penuh - MB

22.07.2020 - Seremban, Kerajaan Negeri Sembilan akan memberikan kerjasama penuh terhadap Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) termasuk dari segi pengambilan tanah dan pelan kebenaran merancang, kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.

Katanya beliau dimaklumkan projek HSR yang akan disambung semula selepas tertangguh sebelum ini, akan mengekalkan jajaran asal yang turut meliputi pembinaan sebuah stesen di Labu.

“Kita juga mendapat cadangan bahawa pusat penyelenggaraan (HSR) akan dibina di negeri ini,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Pada 27 Jun lepas, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata terdapat keperluan untuk projek HSR diteruskan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata kerajaan negeri memperuntukkan RM1 juta untuk program bantuan persekolahan yang memanfaatkan 1,818 pelajar miskin, merangkumi murid tahun satu hingga tingkatan satu.

“Jumlah ini adalah peningkatan hampir 500 orang berbanding tahun lepas iaitu seramai 1,230 orang pelajar dengan peruntukan berjumlah RM676,500,” katanya.

Berita asal https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1863309
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,972
Reaction score
4,386
Points
601
UEM Edgenta minat sertai projek HSR KL-Singapura

KUALA LUMPUR: UEM Edgenta Bhd berminat menyertai projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dan akan menghantar bidaan tender yang berkaitan kepakaran kumpulan itu, kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Syahrunizam Samsudin.

Katanya, penyambungan semula projek infrastruktur mega negara seperti HSR mampu memberikan peningkatan pendapatan syarikat yang terbabit dalam perkhidmatan infrastruktur.

Pembabitan dalam projek berskala besar seperti itu adalah peluang kepada pengukuhan kewangan kumpulan, jelas beliau.

"Ia satu peluang kepada kami. Jika ada bidang di mana tender memenuhi kemampuan kumpulan ketika ini, kami pasti akan menghantar bidaan.

"Ini kerana UEM Edgenta mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam projek pengangkutan awam berskala besar, memiliki kemampuan dalam projek rel, terutamanya dalam perunding pengurusan projek dan juga kejuruteraan sistem.

"Kumpulan ketika ini sedang melihat bidang yang tersedia untuk bidaan. Pada separuh kedua tahun ini, kami akan turut serta sekiranya terdapat pengumuman tender baru," katanya selepas mengumumkan prestasi kewangan separuh kedua UEM Edgenta di sini hari ini.

Syahrunizam berkata, UEM Edgenta menjangkakan keadaan ekonomi juga akan lebih baik pada separuh kedua 2020 dengan kebanyakan projek mega kini disambung semula setelah tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Beliau berkata, kumpulan juga ketika ini berada dalam kedudukan kukuh dengan kontrak sedia ada sebanyak RM12.2 bilion setakat 30 Jun 2020.

Katanya, pengukuhan itu terutamanya disumbangkan oleh segmen sokongan penjagaan kesihatan dan perkhidmatan infrastruktur selain segmen perniagaannya yang lain.

"Pengurusan kos yang cermat juga menjadi keutamaan kumpulan pada separuh kedua ini dan kekal komited memainkan peranan kami sebagai syarikat yang menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan utama di Malaysia.

"Malah platform dan penyelesaian berasaskan teknologi juga akan menjadi fokus utama kami dalam penawaran pasaran. Ini akan mengekalkan daya tahan pasca COVID-19," katanya.

Pada separuh pertama 2020, UEM Edgenta mencatat keuntungan bersih dinormalisasi sebanyak RM34.8 juta, tidak termasuk penurunan nilai 'one off' sebanyak RM50 juta untuk inventori hartanah yang tidak terjual, dengan mencatatkan pendapatan sebanyak RM950.3 juta.

Syahrunizam berkata, segmen sokongan penjagaan kesihatan dan perkhidmatan infrastruktur mencatatkan pendapatan sebanyak RM565.4 juta dan keuntungan bersih sebanyak RM20.5 juta pada separuh pertama 2020.

Beliau berkata, ia terutamanya disumbang oleh permulaan kontrak baru di Singapura dan Taiwan serta projek tambahan termasuk perkhidmatan pembasmiaan kuman di Malaysia dan Singapura.

"Segmen perkhidmatan infrastruktur pula mencatatkan pendapatan dan keuntungan bersih masing-masing sebanyak RM268.2 juta dan 23.7 juta.

"Penyelesaian Hartanah dan Kemudahan pula mencatatkan pendapatan sebanyak RM68.9 juta dengan peningkatan keuntungan bersih sebanyak 22.6 peratus kepada RM11.3 juta," katanya.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,972
Reaction score
4,386
Points
601
Malaysia, Singapura masih runding projek HSR

KUALA LUMPUR - Malaysia dan Singapura masih lagi dalam proses rundingan terhadap beberapa cadangan yang dikemukakan oleh Malaysia bagi menambah baik Projek Kereta Api Laju Kuala Lumpur - Singapura (HSR).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam satu kenyataan hari ini berkata, kedua-dua negara mempunyai tempoh sehingga 31 Disember 2020 bagi melakukan proses rundingan tersebut.

Beliau berkata demikian sebagai merujuk kepada beberapa berita yang diterbitkan baru-baru ini berhubung projek tersebut.

"Kerajaan akan membuat pengumuman selepas kata putus dicapai dan proses rundingan tersebut selesai," katanya.

Sebuah media tempatan baru-baru ini melaporkan bahawa Malaysia mungkin akan meneruskan projek kereta api laju itu tanpa kerjasama dengan kerajaan Singapura dengan laluan baharu projek tersebut akan berakhir di Johor Bahru.

Memetik sumber, laporan tersebut turut menyatakan bahawa kerajaan Malaysia telah memaklumkan perubahan tersebut kepada kerajaan Singapura. - Bernama

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...l/Malaysia-Singapura-masih-runding-projek-HSR
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 
Sponsored Post
Top
Log in Register