- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 154,007
- Reaction score
- 21,126
- Points
- 1,671
Tangguh HSR ke 2020 tak logik
Bekas menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan mendakwa surat sampingan Projek Keretapi Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur - Singapura (HSR) bagi persetujuan bersama menangguhkan projek berkenaan selama dua tahun sehingga 2020 bertentangan dengan hukum logik.
Sebelum ini, beliau berkata Pakatan Harapan mahu membatalkan projek berkenaan dengan alasan ia terlalu mahal.
"Bagaimanakah ia (projek itu) boleh diteruskan pada tahun 2020? Tidakkah kos pembinaan bakal meningkat berdasarkan faktor masa dan inflasi?
"Ketika itu, (Pakatan Harapan) mahu membatalkannya kerana terlalu mahal. Sekarang, (mereka) mahu meneruskannya apabila ia menjadi lebih mahal. Tidak logik," ciapnya, petang ini.
Rahman, yang menerajui jabatan komunikasi strategik BN, turut mempersoalkan kesanggupan Putrajaya untuk membayar RM45 juta bagi penangguhan selama 15 bulan dan menanggung kos pembinaan lebih tinggi pada tahun 2020.
"RM45 juta yang dibayar kepada Singapura (untuk menangguhkan projek itu) boleh digunakan untuk membina lima sekolah rendah di kawasan luar bandar atau 643 unit rumah untuk golongan miskin.
"HARAPAN perlu tahu mana yang patut menjadi keutamaan," katanya.
Malaysia dan Singapura hari ini bersetuju untuk menangguhkan projek itu, yang dicetuskan oleh pentadbiran BN sebelum ini, sehingga Mei 2020.
Menteri Pengangkutan Singapura, Khaw Boon Wan memberitahu wartawan bahawa Malaysia akan menanggung kos penangguhan dengan Menteri Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendedahkan jumlahnya sekitar S$15 juta (RM45.1 juta). - MK