Projek HSR Malaysia-Singapura dibatalkan

CG Sponsors




TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
154,007
Reaction score
21,126
Points
1,671
hsr_graphics_new.jpg.transformed_0.jpg

DeR4piyVwAEbCn8.jpg


Projek HSR dibatalkan, Malaysia berdepan penalti RM500 juta

PETALING JAYA: Malaysia telah membuat keputusan muktamad untuk membatalkan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) antara Kuala Lumpur dan Singapura dan berkemungkinan perlu membayar pampasan sebanyak RM500 juta, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.


Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pampasan itu perlu dibayar sekiranya Malaysia menarik diri daripada meneruskan projek terbabit.

"Ia adalah keputusan muktamad tetapi akan mengambil sedikit masa, kerana kita mempunyai perjanjian dengan Singapura," katanya.

Dr Mahathir, projek HSR tidak memberi manfaat selain tidak menguntungkan.

"Ia hanya satu trek yang pendek. Ia akan menjimatkan masa orang hanya satu jam sahaja dengan mengambil HSR.

"Terdapat pampasan, jika Malaysia menarik diri daripada pertaruhan, saya diberitahu ia hampir RM500 juta.

"Bagaimanapun saya masih belum dapat mengesahkan sama ada ia adalah dalam ringgit, Dolar Singapura atau Dolar Amerika (Syarikat)," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Menara Yayasan Selangor, hari ini.

Ditanya sama ada pihak Singapura sudah mengetahui hasrat pembatalan ini dan bila kerajaan akan mengadakan pertemuan dengan mereka, Dr Mahathir berkata: “Saya tidak tahu.”

Menurut Dr Mahathir, projek itu membabitkan kos yang besar, justeru kata beliau, perbincangan lanjut perlu diadakan dengan Singapura.

"Kita perlu melihat perjanjian asal dan ketika ini, saya belum melihatnya, katanya.

Sementara itu, dalam wawancara eksklusif bersama akhbar The Edge Weekly sebelum ini, Dr Mahathir berkata, kerajaan perlu menanggung kerugian yang besar jika projek kereta api berkelajuan tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) dibatalkan.

Menurut beliau, kerajaan perlu mencari jalan alternatif untuk mengurangkan jumlah wang yang perlu dibayar sebelum membatalkan perjanjian dibuat pentadbiran terdahulu.

"Kita akan kerugian besar jika memutuskan untuk membatalkan HSR.

"Berdasarkan perjanjian dibuat bersama Singapura, kita perlu membayar sejumlah wang yang besar jika mahu menggugurkan projek itu," katanya.


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/05/431432/hsr-keputusan-batal-projek-muktamad-dr-m
 
Malaysia sudah bayar RM45 juta penalti tangguh HSR



SINGAPURA - Malaysia telah membuat bayaran kos penangguhan pelaksanaan Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR), kata Kementerian Pengangkutan republik itu.


Dalam satu kenyataan di sini hari ini, jurucakap kementerian itu berkata republik tersebut telah "mendapat pengesahan daripada Kerajaan Malaysia menerusi koresponden diplomatik" mengenai pembayaran itu.

Pada 5 September 2018, Singapura telah bersetuju menggantung pembinaan projek itu sehingga akhir Mei, 2020.

Susulan permohonan Malaysia itu, kerajaan telah bersetuju membayar kos penangguhan sebanyak S$15 juta (S$1=RM3.04) kepada kerajaan Singapura sebelum 31 Januari 2019.

Malah, pertukaran dokumen undang-undang antara kedua-dua negara telah dibuat di Putrajaya membabitkan perubahan Perjanjian Dua Hala HSR berkenaan.

Perkhidmatan Ekspres HSR antara Singapura dan Kuala Lumpur dijadual bermula menjelang 1 Januari 2031 berbanding tarikh awal pada 31 Disember 2026. - Bernama


http://www.kosmo.com.my/terkini/malaysia-bayar-kos-tangguh-projek-hsr-1.833332

Tiada lagi penangguhan selepas 31 Mei 2020

SINGAPURA – Persetujuan yang ditandatangani antara Singapura dan Malaysia untuk menangguhkan projek Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR) selama kira-kira dua tahun adalah “aturan yang adil” bagi kedua-dua negara.


Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan berkata, perjanjian yang ditandatangani bulan lalu “melindungi kepentingan Singapura, sementara menampung permintaan Malaysia dengan munasabah.”

“Ia juga menunjukkan bahawa kita boleh menguruskan hubungan dua hala berdasarkan rasa hormat bersama dan menyelesaikan isu-isu dengan baik mengikut perjanjian yang mengikat dan undang-undang antarabangsa,” katanya.

Khaw menjawab soalan Ang Hin Kee (Ang Mo Kio GRC) dan Ahli Parlimen Bukan-Kawasan Dennis Tan mengenai pertimbangan yang membawa kepada persetujuan Singapuradengan permintaan Malaysia untuk menangguhkan projek HSR dan butiran mengenai penangguhan itu.

Khaw memberitahu Parlimen bahawa tiada peruntukan penangguhan dalam perjanjian dua hala, yang ditandatangani pada Disember 2016 untuk projek keretapi laju sepanjang 350 kilometer itu.

“Kami boleh menolak permintaan untuk menangguhkan projek itu, menguatkuasakan hak undang-undang atas penamatan dan mendapatkan pampasan dari Malaysia.

“Ini sesuai dengan perjanjian dua hala dan apabila Malaysia sudah bersedia untuk meneruskan projek itu, kita boleh membincangkan perjanjian dua hala baru,” katanya.

Tetapi dalam “semangat kerjasama dua hala”, Khaw berkata, kedua-dua pihak memutuskan untuk penyelesaian alternatif dan bersetuju untuk menangguhkan projek selama dua tahun.

Ogos lalu Malaysia telah meminta penangguhan projek HSR selama tiga hingga empat tahun.

Khaw berkata, jika melebihi dua tahun, anggaran kos semasa mungkin tidak lagi sah, yang mungkin akan menjejaskan daya maju projek dan kes perniagaannya.

“Tempoh penggantungan yang lebih panjang juga akan memberi kesan kepada rancangan pembangunan Singapura untuk Daerah Lake Jurong, yang akan menjadi tuan rumah Singapura HSR Terminus dan banyak perkembangan pengangkutan, komersil, kediaman dan rekreasi,” tambah Khaw.

Beliau juga berkata, Singapura terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan Malaysia – semasa tempoh penggantungan – dengan tujuan mengurangkan kos.

“Kami tidak bertanggungjawab untuk menerima secara automatik apa-apa cadangan yang ditawarkan, tetapi kami akan menilai sebarang cadangan dari Malaysia dengan berhati-hati dan objektif,” katanya.

Khaw juga menjelaskan, Malaysia bersetuju untuk membayar sejumlah S$15 juta kepada Singapura bagi kos penangguhan pada akhir Januari depan.

Kos penangguhan sebanyak S$15 juta yang Malaysia bersetuju untuk membayar balik Singapura pada akhir Januari tahun depan.

Ia termasuk kos kerosakan kontrak, yang perlu dibayar oleh Singapura kepada kontraktor untuk menamatkan projek yang sedang berjalan dan memperlahankan operasi.

Untuk kerja-kerja penggalian yang berterusan, contohnya, penggalian perlu ditutup supaya tapak projek itu selamat dan digali kembali apabila projek akan disambung semula.

Singapura telah membelanjakan lebih daripada S$250 juta menjelang akhir bulan Mei untuk melaksanakan projek HSR, termasuk kos bagi perundingan untuk reka bentuk infrastruktur awam, kos tenaga kerja dan pengambilan tanah, kata Khaw.

Lebih daripada S$6 juta dalam kos ditanggung pada bulan Jun, satu lagi jumlah lebih daripada S$6 juta pada bulan Julai, dan sekurang-kurangnya S$ 40 juta dari akhir Ogos hingga akhir tahun ini.

Khaw berkata, tidak akan ada lagi penangguhan melebihi 31 Mei, 2020.

“Jika Malaysia tidak meneruskan projek HSR pada masa itu, projek itu akan dianggap telah ditamatkan oleh Malaysia.

Dengan itu Malaysia perlu membayar pampasan kepada Singapura bagi kos pelaksanaan projek yang ditanggung oleh Singapura hingga ke peringkat penggantungan,” katanya. – MalaysiaGazette


Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali (kanan) bersama Menteri Penyelarasan Infrastruktur dan Menteri Pengangkutan Singapura, Khaw Boon Wan (kiri) bercakap pada sidang media selepas Upacara Menandatangani Surat Sampingan Projek HSR antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Republik Singapura di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 05 SEPTEMBER 2018.

Tangguh HSR, Malaysia kena bayar RM45 juta


HSR ditangguhkan sehingga Mei 2020

PUTRAJAYA 5 Sept. - Malaysia dan Singapura hari ini menandatangani Surat Sampingan Projek Rel Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur - Singapura (HSR) bagi persetujuan bersama menangguhkan projek berkenaan selama dua tahun sehingga Mei 2020.


Surat Sampingan tersebut ditandatangani oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersama Menteri Penyelarasan Infrastruktur dan Menteri Pengangkutan Singapura, Khaw Boon Wan di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Hadir menyaksikan majlis tersebut adalah Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta Timbalan Perdana Menteri Singapura yang juga Menteri Penyelaras Keselamatan Singapura, Teo Chee Hean.

Menurut Mohamed Azmin, menerusi persetujuan dicapai, Malaysia akan membayar kos penangguhan kepada Singapura sebanyak Dollar Singapura 15 juta (RM45.1 juta) sebelum Januari tahun hadapan.

“Saya tidak hendak mengulas mengenai kos pembatalan projek (sekiranya tidak diteruskan selepas Mei 2020) kerana komitmen kita adalah untuk meneruskan projek,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis berkenaan di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.


http://www.utusan.com.my/berita/politik/hsr-ditangguhkan-sehingga-mei-2020-1.742217

Pelan alternatif HSR dengan kos lebih murah

Satu alternatif terhadap projek Keretapi Laju Kuala Lumpur-Singapura (HSR) yang ditangguhkan dengan harga yang lebih murah dicadangkan kepada Majlis Penasihat Kerajaan, lapor media tempatan hari ini.


Cadangan itu merancang menghubungkan keretapi ke Singapura dengan menaik taraf infrastruktur landasan Keretapi Tanah Melayu (KTM Berhad) sedia ada hanya bernilai RM20 bilion - lebih rendah daripada anggaran HSR yang menelan belanja antara RM60 bilion hingga RM70 bilion, lapor The Star memetik sumbernya.

Menurut laporan itu, pelan alternatif berkenaan akan melihat masa perjalanan ke Singapura meningkat kepada 130 minit dari 90 minit dengan HSR.

Walau bagaimanapun, pelan itu memerlukan pihak ketiga mengendalikan laluan kereta api KTM.

"Pihak ketiga akan bersedia untuk melabur dalam lokomotif yang lebih baik dan menjalankan operasi secara komersil.

Kos dikurang sehingga RM50 bilion

"Masa perjalanan berpotensi dikurangkan," kata seorang perunding, petik laporan itu.

Cadangan baru itu juga akan menyelamatkan kerajaan daripada membayar penalti RM500 juta kerana membatalkan HSR kerana ia tidak akan melibatkan rundingan semula dengan Singapura.

"Kos akan dikurangkan lebih daripada RM50 bilion, iaitu 70 peratus lebih rendah berbanding dengan (nilai kos) HSR. Ini tidak termasuk kos pengambilan tanah dan pertambahan kos pembiayaan yang mungkin berlaku dengan projek HSR.

"Menaik taraf landasan kereta api sedia ada akan melibatkan pengambilan tanah yang minimum, gangguan minimum terhadap sistem yang ada dan melengkapi seluruh rangkaian kereta api nasional.

"Ia tidak akan membawa kepada pertindihan garisan kereta api," petik laporan itu lagi.

Naik taraf laluan KTMB

Menurut sumber, rancangan untuk menaik taraf laluan keretapi sedia ada lebih murah berbanding dengan cadangan memperluaskan Express Rail Link (ERL) dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) ke Singapura, yang boleh mencecah RM30 bilion.

"Pelan pelanjutan ERL yang dicadangkan akan melibatkan penjajaran sepenuhnya dari KLIA dan tidak banyak perbezaan dalam masa perjalanan, berbanding rancangan untuk menaik taraf infrastruktur sedia ada," kata sumber dalam laporan itu.

Tidak lama selepas mengambil alih jawatan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata projek HSR yang ditandatangani pentadbiran BN sebelum ini akan dibatalkan.

Beliau juga menjelaskan projek itu telah ditangguhkan kerana ia terlalu mahal, terlalu singkat jaraknya dan Malaysia mampu menanggung kosnya buat masa terdekat ini. - MK


Tak jadi batal, tangguh, kata Tun



KERAJAAN memutuskan untuk menangguhkan projek Rel Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) bukannya membatalkan projek pengangkutan berimpak tinggi itu.


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan tidak menafikan keperluan projek pengangkutan awam berkenaan pada masa akan datang namun terpaksa menangguhkan komitmen pembinaan HSR susulan ketidakmampuan ekonomi negara.

Katanya, kos keseluruhan pembinaan HSR untuk laluan sepanjang 350 kilometer (km) dijangka menelan belanja RM110 bilion dan jumlah itu terlalu tinggi kerana kerajaan sedang berusaha mengurangkan negara hutang, RM1 trilion.

"(Hakikatnya) Malaysia memerlukan pengangkutan Rel Berkelajuan Tinggi untuk laluan Semenanjung pada masa akan datang, tetapi kita tidak mampu buat masa ini.

"(Jadi) Kerajaan hanya menangguhkan pembinaan projek HSR," katanya ketika soal jawab khas bersama syarikat penerbitan terbesar di Jepun, Nikkei Asian Review, semalam.

Dalam temubual sama, Dr Mahathir berkata, cadangan untuk meneruskan projek HSR laluan Iskandar Puteri, Johor ke Singapura juga tidak memberikan manfaat pada jangka masa panjang.

"Kereta api berkelajuan tinggi adalah pengangkutan paling efektif jika sekiranya dibina dalam jarak laluan panjang.

"(Tetapi) Kalau HSR dibina pada jarak dekat, ia tidak menyumbangkan banyak perkembangan kepada ekonomi negara.

"Apa yang boleh kita lakukan adalah menangguhkan projek HSR kerana terlalu kosnya terlalu mahal buat masa ini.

"(Jadi) Kita bukannya berkata Malaysia tidak akan mempunyai keretapi berkelajuan tinggi tetapi hanya tangguhkan projek ini," katanya.

Pada 28 Mei lalu, Dr Mahathir mengumumkan pembatalan projek HSR dan berkemungkinan perlu membayar pampasan sehingga RM500 juta kepada Singapura.

Bulan lalu, Kementerian Pengangkutan Singapura mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya belum menerima makluman rasmi dari Putrajaya berhubung keputusan membatalkan projek yang dijangka memendekkan masa perjalanan KL-Singapura dalam tempoh 90 minit sahaja.


https://www.hmetro.com.my/utama/2018/06/348463/tangguh-projek-hsr-pm

Jangan batal projek pengangkutan kerana saya - Najib



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menggesa kerajaan untuk melaksanakan projek pengangkutan awam, berbanding projek kereta nasional baharu.


Bekas Perdana Menteri itu berkata, kerajaan sepatutnya meneruskan projek pengangkutan awam seperti Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) dan Tren Aliran Massa 3 (MRT3).

Katanya, langkah untuk mewujudkan satu lagi projek kereta nasional dengan melaksanakan semula langkah perlindungan hanya akan membebankan rakyat dengan kenaikan harga kereta dan kos pembiayaan.

"Semasa menjadi Perdana Menteri, antara keutamaan saya ialah mengurangkan harga kereta secara berperingkat dengan mengurangkan cukai serta memperkenalkan insentif, selain memperluaskan projek pengangkutan awam.

"Hasilnya, harga kereta ketika ini lebih rendah berbanding ketika saya mula menjadi Perdana Menteri, manakala penggunaan pengangkutan awam pula meningkat.

"Dalam jangka masa panjang, langkah memperbetulkan masalah legasi lalu ini akan menguntungkan rakyat dengan nilai ratusan bilion Ringgit, di samping menyediakan alternatif pengangkutan yang lebih cekap, kos efektif serta kurang kesesakan dan pencemaran.

"Jangan batalkan projek pengangkutan awam semata-mata kerana saya laksanakannya dan kembali kepada projek lama atas sebab maruah yang hanya akan membebankan rakyat," katanya dalam satu kenyataan di Facebook rasminya, hari ini.

Najib mengulas kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengumumkan Malaysia akan memulakan projek kereta nasional baharu menerusi kerjasama dengan negara serantau lain, ketika sesi dialog Persidangan Antarabangsa Masa Depan Asia di Tokyo, hari ini.

Pengumuman Dr Mahathir itu turut mengundang kritikan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang menyifatkannya sebagai langkah regresif dan terkebelakang.

Sebelum ini, Dr Mahathir mengumumkan kerajaan memutuskan untuk membatalkan projek MRT3, manakala pembatalan HSR pula tertakluk kepada perbincangan dengan Singapura kerana implikasi kewangan yang tinggi.


https://www.bharian.com.my/berita/n...n-batal-projek-pengangkutan-kerana-saya-najib

Singapura minta penjelasan



SINGAPURA: Singapura, melalui saluran diplomatik, telah meminta kerajaan Malaysia untuk menjelaskan pendiriannya mengenai projek Kereta Api Laju Kuala Lumpur-Singapura (HSR), kata Menteri Pengangkutan, Khaw Boon Wan.


"Kami telah memaklumkan kerajaan Malaysia bahawa Singapura terus menanggung kos projek ini ketika ia menunggu penjelasan Malaysia dan sekiranya Malaysia menamatkan projek tersebut, Singapura akan mengkaji implikasi dan melaksanakan hak kami (termasuk apa-apa hak untuk pampasan bagi perbelanjaan yang ditanggung) selaras dengan terma Perjanjian Dua Hala HSR," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Khaw, apabila Malaysia mencadangkan projek HSR ke Singapura pada 2013, Singapura telah bersetuju kerana "kami yakin akan manfaat projek kepada Singapura".

"Kami masih percaya bahawa hubungan kereta api laju antara Singapura dan Kuala Lumpur adalah untuk kepentingan bersama, dari segi ekonomi dan juga persahabatan serta persefahaman kedua-dua negara," katanya.

Khaw yang juga Menteri Penyelaras Infrastruktur berkata, Singapura akan terus menyokong projek HSR dan memenuhi semua tanggungjawabnya di bawah perjanjian itu.

"Bagaimanapun, projek berkenaan hanya oleh diteruskan jika Malaysia juga menyokongnya dan bersedia memenuhi perjanjian berkenaan.

"Singapura berharap dapat dimaklumkan mengenai kedudukan Malaysia mengenai perkara itu," katanya.

Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata pembatalan itu tertakluk kepada perbincangan dengan Singapura berikutan implikasi kewangan yang besar dan Malaysia mungkin perlu membayar pampasan kepada republik itu sehingga RM500 juta. - BERNAMA


https://www.bharian.com.my/berita/n...ingapura-minta-penjelasan-mengenai-projek-hsr

Kabinet sepatutnya yang putuskan pembatalan HSR

KUALA LUMPUR: Keputusan membatalkan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura sepatutnya dibuat secara teratur oleh Kabinet sebelum pengumumannya kerana turut memaparkan elemen tadbir urus, menurut Centre For A Better Tomorrow (Cenbet).


Menurut kumpulan pemikir itu, walaupun ia menyokong usaha kerajaan baru mengkaji semula pelaksanaan projek yang disifatkan membazir dan membabitkan urus niaga tidak telus, namun keputusan pembatalan sedemikian sepatutnya mengikut proses sewajarnya.

“Jika keputusan membabitkan projek mega RM110 bilion itu dibuat tanpa proses sewajarnya, kami bimbang ini boleh dijadikan contoh buruk dalam membuat keputusan projek kerajaan lainnya.

“Keputusan sedemikian penting dari sudut integriti institusi dan sepatutnya tidak boleh dikompromi bagi tujuan politik,” kata Presiden Bersama Cenbet, Gan Ping Sieu dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut laporan media, keputusan Tun Dr Mahathir mengumumkan projek itu pada 28 Mei lepas, dibuat selepas beliau mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden parti dan bukan atas kapasitinya sebagai perdana menteri yang mengumumkan keputusan Kabinet.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke dipetik berkata, perkara itu juga tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet sebelum pengumuman 28 Mei.

“Pembatalan projek besar sedemikian yang membabitkan kepentingan merentasi negara, sepatutnya melalui proses membuat keputusan lebih tersusun. Ini termasuk menyediakan kertas Kabinet dan mendapatkan maklum balas daripada semua agensi dan kerajaan negeri berkaitan,” katanya.

Gan berkata, Perlembagaan Persekutuan juga dengan jelas menyatakan Kabinet ialah badan Eksekutif tertinggi namun pengumuman itu sebaliknya bertentangan dengan semangat kebertanggungjawaban dan ketelusan yang diikrar oleh kerajaan baru itu.

“Keputusan Kabinet seterusnya pada 30 Mei itu boleh dianggap tanpa rundingan atau perbincangan secukupnya,” katanya.

Beliau berkata, proses membuat keputusan secara institusi itu merupakan elemen penting tadbir urus baik yang sememangnya digalakkan Cenbet.

“Semua keputusan penting negara perlu dibuat oleh Kabinet selepas melalui proses dan rundingan sewajarnya bagi mengelak penyalahgunaan kuasa serta berlakunya ketirisan,” katanya. - FMT



Projek HSR bukan RM110 bilion tetapi RM72 bilion



KUALA LUMPUR 31 Mei – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan Jawatankuasa Bersama Malaysia–Singapura sehingga awal tahun ini mengunjurkan kos bagi projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) adalah kira-kira RM72 bilion dan bukan RM110 bilion, meliputi pengambilan tanah dibayar kepada rakyat Malaysia.


Katanya, unjuran kos berkenaan berasaskan kepada penilaian antarabangsa yang dilakukan dan dikemukakan sebelum ini.

Menurut beliau, kos sebenar hanya diketahui apabila tender sepenuhnya bagi mereka bentuk, membina, pembiayaan dan penyelenggaraan kesemua stok guling (rolling stock) dan aset keretapi HSR, yang dijangka ditutup sepenuhnya pada 28 Disember ini.

“Sehubungan itu, kerajaan Pakatan Harapan seharusnya memberitahu kita bagaimana mereka memperolehi angka RM110 bilion? Adakah angka ini juga dinaikkan atas dasar politik sebagaimana dilakukan terhadap angka RM1 trilion bagi ‘hutang negara?’

“Saya juga terkejut dengan kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menyatakan bahawa Malaysia tidak mendapat pulangan sesen pun daripada projek HSR. Realitinya, projek infrastruktur seperti HSR ini membawa pulangan dan manfaat dalam bentuk kenaikan nilai hartanah, kepesatan ekonomi setempat, pemindahan teknologi, peluang pekerjaan pendapatan tinggi, kemasukan tenaga pakar ke dalam negara dari Singapura serta pelancongan,” katanya dalam laman Facebook di sini semalam.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini mengumumkan projek HSR dibatalkan selain menyifatkan projek tersebut tidak efisien untuk diteruskan kerana hanya untuk membuka kira-kira 100,000 peluang pekerjaan.

Kerajaan Pakatan Harapan juga dijangka perlu membayar pampasan kira-kira RM500 juta berhubung pembatalan projek tersebut.


http://www.utusan.com.my/berita/pol...rm72-bilion-8211-najib-1.682746#ixzz5H3suJ400

HSR boleh jana RM650 bilion, lebih 400,000 kerja

ULASAN | Projek kereta api laju (HSR) Singapura – Kuala Lumpur bukan diilhamkan hanya berdasarkan kepada keputusan yang dibuat oleh satu negara sahaja.


Keputusan untuk projek ini dibuat berdasarkan kepada kajian terperinci terhadap manfaat dari kos yang dibuat oleh kedua-dua pihak bertahun lamanya yang turut membuktikan wujud manfaat sosial dan ekonomi bagi kedua-dua negara.

Projek ini mempunyai potensi untuk membentuk masa depan dan bagaimana kita dapat bekerjasama bagi faedah bersama. Kajian turut menunjukkan Malaysia adalah penerima manfaat utama bagi projek ini memandangkan majoriti landasan adalah di negara ini.

Menggabungkan secara integrasi dua bandar utama dan ekonomi di Asia Tenggara akan menghasilkan manfaat yang besar yang melangkaui jualan tiket dan kos bagi infrastruktur itu.

Ia adalah sebahagian daripada agenda transformasi dan visi kita untuk Malaysia baharu yang akan mewujudkan industri baharu, kaedah baharu untuk kerjasama antara dua negara, meningkatkan pekerjaan berpendapatan tinggi dan gaya serta taraf hidup lebih baik untuk semua rakyat.

Ia juga akan mewujudkan satu pusat pertumbuhan baharu dan memberi nafas baharu kepada bandar seperti Batu Pahat, Muar, Ayer Keroh, Melaka dan Seremban di mana manfaat berganda daripada projek ini adalah sangat besar.

Pada ketika kita memahami bahawa ia adalah prerogatif kerajaan baharu Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk membatalkan projek ini, saya kecewa dengan keputusan terburu-buru untuk membatalkannya dan menggesa kerajaan untuk bersikap lebih telus dan mengadakan rundingan sebelum membuat apa-apa keputusan kerana ia akan memberi kesan kepada masa depan ekonomi, peluang pekerjaan dan jenis pekerjaan untuk rakyat Malaysia.

Saya turut merasakan adalah menjadi tanggungjawab saya untuk memberi pencerahan bagaimana keputusan dibuat kerajaan BN terdahulu bersama kerajaan Singapura bagi projek ini.

Kenaikan nilai hartanah

Pertama, kerajaan baharu mendakwa kos projek ini adalah RM110 bilion. Jawatankuasa bersama Malaysia – Singapura, sehingga awal tahun ini telah mengunjurkan kos bagi projek ini adalah kira-kira RM72 bilion, termasuk pengambilan tanah dibayar kepada rakyat Malaysia, berasaskan kepada penilaian antarabangsa yang dilakukan dan dikemukakan sebelum ini.

Kos sebenar hanya diketahui apabila tender sepenuhnya bagi mereka bentuk, membina, pembiayaan dan penyelenggaraan kesemua stok guling (rolling stock) dan aset keretapi HSR, yang dijangka ditutup sepenuhnya pada 28 Disember, 2018.

Sehubungan dengan itu, kerajaan seharusnya memberitahu kita bagaimana mereka memperolehi angka RM110 bilion? Adakah angka ini juga dinaikkan atas dasar politik sebagaimana dilakukan terhadap angka RM1 trilion bagi ‘hutang negara?’

Saya juga terkejut dengan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyatakan bahawa Malaysia tidak mendapat pulangan sesen pun daripada projek HSR.

Realitinya, projek infrastruktur seperti HSR ini, membawa pulangan dan manfaat dalam bentuk kenaikan nilai hartanah, kepesatan ekonomi setempat, pemindahan teknologi, peluang pekerjaan pendapatan tinggi, kemasukan tenaga pakar ke dalam negara dari Singapura serta pelancongan.

Saya mahu bertanya kepada Dr Mahathir, apakah projek-projek Lebuhraya Pan Borneo dan Lebuhraya Central Spine Road yang tiada tol, projek LRT, MRT dan monorel mendapat pulangan dari hasil tiket sahaja? Sudah tentu tidak.

Projek-projek infrastruktur ini mendatangkan pulangan kepada negara dari segi kepesatan ekonomi. Kerajaan akan meraih pendapatan daripada cukai yang diperoleh daripada ekonomi yang lebih rancak. Manakala, rakyat pula mendapat kemudahan dan peluang pekerjaan kerana dapat berhubung dengan mudah.

Rasional yang sama digunakan dalam pembinaan HSR ini. Untuk pengetahuan rakyat Malaysia, laluan penerbangan Kuala Lumpur Malaysia adalah yang tersibuk di dunia.

Terdapat permintaan yang luar biasa terhadap perjalanan Kuala Lumpur-Singapura ini. Kerana itulah HSR ini sebenarnya sangat menguntungkan negara.

Projek jangka panjang

Saya juga ingin bertanya adakah agensi terlibat dengan projek ini sudah diberi ruang untuk membentangkan kes mereka kepada kabinet dan Majlis Penasihat Kerajaan? Adakah kajian impak ekonomi dan penilaian impak alam sekitar sudah dibentangkan dan dipertimbangkan? Bolehkah kajian ini kini didedahkan kepada umum?

Unjuran yang terkandung dalam laporan berkenaan yang pernah saya lihat menunjukkan manfaat ekonomi sehingga RM650 bilion bagi GNI sehingga 2069. Manakala akan wujud 110,000 peluang pekerjaan dan ia diunjurkan akan meningkat sehingga 442,000 menjelang 2069.

Untuk lebih telus, laporan ini seharusnya ditunjukkan kepada orang awam sebagaimana dilakukan kerajaan BN sebelum ini ketika laporan dipamerkan kepada orang ramai untuk maklum balas.

Adakah pembatalan ini adalah keputusan seorang sahaja? Saya difahamkan Menteri Pengangkutan baharu telah membuat kenyataan bahawa projek HSR ini tidak pernah dibincangkan dalam kabinet manakala Menteri Kewangan baharu enggan memberi ulasan tentang pembatalan projek HSR ini.

Projek HSR ini adalah projek jangka panjang dengan pelaburannya akan dapat diperolehi kembali pada dekad mendatang, dari pertumbuhan trafik selain kesan limpahan manfaat ekonomi berkaitan projek ini.

Impak ekonomi dari projek HSR ini juga turut mengambil kira analisa kewangan dan laporan Bank Dunia bagi unjuran pertumbuhan KDNK Malaysia tahun ini dan beberapa tahun akan datang.

Dengan pembatalan projek ini, prospek pertumbuhan KDNK Malaysia akan menyusut dan pertumbuhan peluang pekerjaan akan terencat? Kerajaan baharu perlu mengambil kira faktor ini dan mempunyai langkah pilihan bagi mengisi jurang kekurangan ini.
Zaman kini sudah berubah dan ekonomi hari ini lebih sofistikated dari dulu dan adalah mengecewakan jika Perdana Menteri gagal melihat pulangan projek ini sebagai pemangkin ekonomi seperti HSR ini di luar skop hasil jualan tiket sahaja.

Jangan membuat keputusan semata-mata kerana dendam kesumat terhadap individu ataupun kerajaan BN. Keputusan yang dikaburi emosi hanya akan merugikan rakyat. - MK



Pembatalan HSR bukan kerana tak puas hati dengan Singapura



KUALA LUMPUR – Pembatalan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) adalah langkah perlu dan sama sekali bukan tindakan permusuhan atau tidak puas hati terhadap Singapura, yang berkongsi sejarah dan setiakawan dengan Malaysia sejak sekian lama, kata Penasihat Kanan, Institut Strategik dan Kepimpinan Asia, Dr Oh Ei Sun.


Sekarang ini adalah waktu ekonomi yang mencabar kepada kerajaan baharu Malaysia, yang disebabkan oleh pendedahan mengejutkan akan banyaknya hutang terselindung dan kewajipan sebelum ini.

“Dengan demikian, banyak projek awam bersaiz besar terpaksa ditangguhkan buat masa ini untuk memperketatkan perbelanjaan.

“Apabila ekonomi kedua-dua negara pulih semula nanti, banyak projek untuk faedah bersama akan dibentangkan semula,” katanya kepada Bernama News Channel melalui aplikasi WhatsApp dari Beijing, ketika diminta mengulas mengenai pembatalan projek HSR.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam sidang media pada Isnin, berkata Malaysia akan membatalkan projek HSR kerana ia tidak memberikan keuntungan kepada Malaysia.

Ditanya mengenai pampasan sebanyak RM500 juta yang Malaysia perlu bayar berikutan pembatalan projek itu, Dr Oh, yang merupakan penceramah, pakar motivasi, perunding dan usahawan yang dikenali, berkata: “Saya yakin hubungan baik yang dijalin sekian lama antara kedua-dua negara berjiran itu akan menentukan kaedah dan jumlah penyelesaian pembatalan itu diselesaikan dengan cara paling kreatif dan memuaskan hati bersama.

Hakikatnya katanya, “Malaysia seharusnya fokus untuk membangunkan rumah mampu milik pada masa ini supaya setiap rakyat berupaya memiliki bumbung untuk berteduh. Pada masa ini terdapat limpahan hartanah berharga tinggi.”

Menyuarakan pandangan yang sama dengan Dr Oh, Ketua Ekonomi IQI Global, Shan Saeed, berkata, pembatalan projek HSR adalah bukti bahawa Perdana Menteri mengutamakan rakyat.

“Pada penghujung hari, rakyat Malaysia adalah keutamaan. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berusaha menumpukan kepada kesejahteraan dan faedah ekonomi untuk rakyat.

“Penurunan harga mungkin akan berlaku dengan pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan. Kerajaan sedang memberi tumpuan untuk mengurangkan hutang sebanyak RM200 bilion dalam tempoh 100 hari untuk melaksanakan janji pilihan raya mereka.

Dikatakan sebagai pemangkin perubahan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, cadangan pembinaan HSR yang sepanjang 350 kilometer dapat mengurangkan masa perjalanan antara Singapura dan Kuala Lumpur kepada 90 minit dengan kereta api, berbanding pada masa ini selama 11 jam.

Kedua-dua negara menandatangani perjanjian dua hala pada 2016, bagi membuka jalan pelaksanaan projek berkenaan, yang kali pertama dilancarkan pada Februari 2013 oleh Najib dan rakan sejawatannya, Lee Hsien Loong.

Projek berkenaan, dianggarkan menelan kos antara RM50 bilion dan RM60 bilion, dijadualkan dimulakan pembinaannya pada tahun ini dan siap pada 2026. - Bernama


http://www.sinarharian.com.my/nasional/pembatalan-hsr-perlu-bukan-tidak-puas-hati-1.840306

Projek HSR wajar ditimbang semula - Penganalisis Ekonomi


KUALA LUMPUR: Malaysia perlu meneliti semula pembatalan Projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) antara Kuala Lumpur dan Singapura, dengan terlebih dulu membuat perbandingan kos kelebihan

Penganalisis Ekonomi dan Pensyarah Kanan Putra Business School, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, berkata pelaksanaan projek itu mempunyai 'pro dan kontra' dan penelitian perlu dibuat merangkumi pelbagai aspek

"Kelebihan projek itu ialah membuka peluang perniagaan di sekitar stesen HSR dan menaikkan nilai tanah di sekitarnya

"Kekurangannya ialah negara bakal mengalami 'brain drain' atau kekurangan tenaga kerja berkemahiran tinggi apabila Singapura mampu menarik lebih ramai pekerja Malaysia yang berkemahiran tinggi untuk bekerja di negara itu walaupun mereka tinggal di Lembah Klang," katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini

Selain itu, katanya pembatalan projek yang diumumkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini juga berkaitan dengan penelitian semula bagi memastikan kemampuan negara dengan komitmen pembayaran hutang berjumlah RM100 bilion

"Sememangnya ia perlu dilihat daripada aspek keupayaan bayaran hutang berdasarkan jangkaan pendapatan yang boleh diperoleh dari projek berkenaan

"Ini penting untuk memastikan jangkaan pendapatan yang dibuat sebelum ini adalah realistik atau tidak. Jika tidak realistik, ada kos tambahan yang bakal ditanggung oleh kerajaan jika tidak mampu membayar komitmen hutang tahunan

"Semua ini perlu diambil kira termasuk membuat perbincangan semula dengan kerajaan Singapura. Jika projek ini sebenarnya tidak memberikan keuntungan malahan membuat kerajaan menanggung kos lebih tinggi daripada kos pembatalan, maka ia perlu dibatalkan," katanya

Menurutnya Ahmed Razman lagi, Malaysia tidak akan terlepas banyak peluang jika projek itu dibatalkan, sebaliknya Singapura mungkin lebih terdesak memerlukan projek itu kerana mereka mengalami kekurangan pekerja berkemahiran tinggi

Sementara itu, penganalisis politik dan pakar ekonomi, Prof Dr Hoo Ke Ping, berkata keputusan Dr Mahathir untuk membatalkan projek HSR dianggap satu keputusan bijak dan mengelak daripada negara menanggung beban hutang yang tinggi

"Malaysia kini berdepan dengan pinjaman daripada bank dan hutang isi rumah yang tinggi. Berdasarkan prinsip ekonomi, jika hutang tinggi ia akan menyebabkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) rendah

"Jadi, ia memberikan kesan tidak baik terhadap perkembangan ekonomi negara. Justeru, langkah pembatalan HSR oleh kerajaan adalah satu keputusan untuk masa depan negara dan HSR juga tidak sepatutnya dilaksanakan," katanya

Ditanya mengenai kemungkinan Malaysia mungkin perlu membayar pampasan sehingga RM500 juta kepada Singapura susulan pembatalan itu, Ke Ping berkata, ia adalah satu masalah mudah dan masih di bawah kemampuan kerajaan

"Pembayaran pampasan berlaku kerana ia membabitkan perjanjian dan pembayaran pembelian tanah yang sudah dibuat. Namun, ia belum membabitkan pemberian tender dan sebagainya, jadi jumlah itu (bayaran pampasan) tidak banyak," katanya

http://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2018/05/431698/projek-hsr-wajar-ditimbang-semula

Singapura tetap menaruh harapan HSR diteruskan

SINGAPURA – Harapan mencurah-curah di republik ini untuk Malaysia meneruskan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura dalam masa 90 minit apabila Malaysia berada di landasannya dari segi kewangan.


Pengumuman yang dibuat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, pada Isnin untuk membatalkan projek berkenaan menarik perbincangan dalam kalangan orang awam terutama di media sosial.

“Perlu untuk berhemah apabila kewangan atau ekonomi berada dalam kesulitan,” komen Richard Koh di laman Facebook sebuah saluran berita di sini.

Koh juga berharap bahawa HSR bukan sekadar menghubungkan Kuala Lumpur dan republik ini pada masa depan tetapi juga sehingga ke utara di Pulau Pinang.

“Apabila anda sudah bersedia untuk melaksanakannya, adalah lebih baik jika HSR terus ke Pulau Pinang dan selanjutnya,” tambah Koh.

Bersetuju dengan sentimen Koh, Robert Lim pula berharap bahawa Malaysia mempertimbangkan untuk membenarkan konsortium yang terdiri daripada syarikat Malaysia untuk mengambil alih projek itu daripada membatalkannya.

“Semak semula HSR, daripada Pulau Pinang ke Singapura, untuk menggantikan KTM yang sudah lama,” tulisnya.

Beliau menamakan Kumpulan Genting, konglomerat Malaysia, antara pihak dalam cadangan konsortium itu.

Dalam pengumumannya, Dr Mahathir, yang mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-7, 19 hari lalu berkata, beliau dimaklumkan Malaysia mungkin perlu membayar RM500 juta sebagai pampasan kerana membatalkan projek itu.

Projek itu dijadualkan siap pada 2026 dan dilaporkan menelan kos antara RM50 bilion dan RM60 bilion.

Terdapat cadangan daripada masyarakat di sini untuk Singapura mengecualikan pampasan itu.

“Saya percaya ini adalah satu peluang terbaik untuk Singapura membina hubungan yang lebih kukuh dengan Malaysia. Ia adalah dengan cara Singapura melupakan perundangan atau apa saja bayaran membabitkan pembatalan projek HSR,” tulis Wah Ng.

“Malaysia dan Singapura adalah seperti adik beradik dan Malaysia benar-benar mengalami tsunami kewangan.

“Walaupun jumlah yang disebut bagi memecahkan perjanjian projek untuk Singapura melepaskan bukannya kecil. Bagaimanapun, ia memberikan kebaikan yang cukup besar kepada Singapura.

“Saya percaya, dengan melakukannya, parti pemerintah akan mendapat penghargaan yang lebih baik, bukan sahaja dalam kalangan rakyat Singapura dan penduduk ASEAN,” tulis Ng dengan panjang lebar.

Bagaimanapun, Andrew Goh dilihat mempunyai idea yang lebih bernas walaupun beliau tidak bersetuju dengan cadangan mengecualikan bayaran pampasan kerana katanya “ia adalah wang pembayar cukai.”

“Saya tidak fikir kerajaan Singapura harus mengecualikan jumlah bayaran pampasan pembatalan HSR yang dinyatakan,” tulisnya.

Goh mencadangkan, “apa yang boleh kita rundingkan adalah memberikan pinjaman kerajaan ke kerajaan kepada Malaysia yang dibayar dalam tempoh, katakan, 10 sehingga 20 tahun.”

“Cara lain, selaraskan semula struktur saham (60-40 peratus) usaha sama Malaysia-Singapura.”

Dr Mahathir berkata, HSR tidak memberi manfaat kepada Malaysia kerana ia akan membabitkan kos yang amat besar dan kita tidak akan meraih keuntungan daripadanya disebabkan ia landasan yang pendek.

Menurut anggaran oleh UOB Kay Hian Malaysia Research, HSR mungkin menelan kos RM40 juta bagi setiap satu kilometer termasuk sistem dan landasan.

Projek HSR yang sepanjang 350 km – dengan bahagian Singapura meliputi 15 Kilometer – dijadualkan siap menjelang 2026.

Pada Disember 2016, Malaysia di bawah pentadbiran sebelum ini, menandatangani perjanjian dua hala mengenai HSR dengan Singapura. - MG



Batu Pahat


Iskandar Puteri


Melaka

Last edited:
Sponsored Post

joee

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Oct 1, 2010
Messages
40,690
Reaction score
944
Points
161
ok la 500j..dr kos projek lbh 100b..
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,193
Reaction score
11,718
Points
1,906
determined dah PM dalam hal HSR ni
 

BRAVOZULU

Active Member
Joined
Jul 22, 2013
Messages
1,535
Reaction score
148
Points
33
ok la 500j..dr kos projek lbh 100b..
110 billion klu tak silap dengar berita tadi. klu mcm tu punya mahal lebih bagus batal jee. lebih bagus besarkan lebuhraya dari selatan ke utara menjadi 8 lorong
 

fms

CG Top Poster Club
Joined
Feb 10, 2007
Messages
20,633
Reaction score
358
Points
141
biasa org luar negara yg akan naik sbb keje kat Singapura, tapi duduk KL..rasanya buat bagus juga..x mcm ECRL..ECRL ni Malaysia masih miskin..buat rugi je org x naik klu buat mahal2..
 

none

Super Active Member
Joined
Nov 14, 2007
Messages
8,106
Reaction score
270
Points
91
Tak faham ler..bayar pd sape ? S'pore ke?
Apa kos yg depa dah kluar..?
sampai Malaysia kena ganti rugi hingga 500J..RM/SD/USD ?
Sape mahir, bagi pencerahan sikit.
 

akecema

CG Top Poster Club
Joined
Jan 26, 2007
Messages
21,115
Reaction score
1,994
Points
206
Pada aku better cancel. Rm500juta tu berani ke sg nak mintak?
Sbb kalo sg xnak nego dgn malaysia, byk bende lain malaysia boleh xnak nego dgn sg
 

oldtbone

Legendary Member
Joined
May 25, 2012
Messages
17,324
Reaction score
3,694
Points
191
kurang pandai bab matematik... biarlah mereka yg bijak pandai menilai dgn ikhlas...
semoga dipermudah segala urusan..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register