akudotcom
CG Hardcore Club
- Messages
- 55,608
Top Poster #5
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 55,608
- Reaction score
- 6,549
- Points
- 881
- Awards
- 1
Projek ECRL di Terengganu capai kemajuan paling pantas
AZMI YUSOFSeptember 4, 2024
Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
KEMAMAN: Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Terengganu telah mencapai kemajuan yang paling pantas dalam negara dengan 86 peratus daripada projek tersebut telah disiapkan, berbanding negeri-negeri lain.
Menteri Besar, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, itu menunjukkan keupayaan luar biasa Malaysia Rail Link (MRL), China Communications Construction Sdn Bhd (CCC) dan agensi-agensi kerajaan negeri dalam memastikan projek ini dapat diselesaikan mengikut jadual yang ditetapkan.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada MRL, CCC dan semua agensi kerajaan negeri yang telah berusaha untuk memastikan projek ini satu realiti dan tempoh yang paling cepat berbanding tempat lain.
“Saya percaya dengan keupayaan yang dimiliki oleh MRL dan rakan kontrak kita mereka mampu menyiapkan projek ini sebagaimana yang dijadualkan,” katanya dalam satu sidang media, di sini, hari ini.
Samsuri yang juga Ahli Parlimen Kemaman berkata, tujuan beliau mengadakan lawatan ke dua stesen iaitu Chukai dan Kemasik selain meninjau persiapan semasa projek ECRL, ia turut dibincangkan berkenaan Tapak Pembangunan Berorientasi Transit (TOD).
“Kerajaan negeri juga sedang meneliti dan merancang tapak TOD di sekitar stesen-stesen ECRL untuk memastikan pembangunan ini dapat dimulakan dan disiapkan seiring dengan projek ECRL.
“Kita tidak mahu bila ECRL siap tapi kita belum buat apa-apa lagi untuk TOD, jadi sebab itu kita telah mengadakan perbincangan di peringkat kerajaan negeri pada pagi tadi dan insya-Allah selepas ini saya akan turun ke daerah lain untuk meninjau design dan semua perkara,” katanya.
Menurutnya, TOD penting untuk mengintegrasikan komponen komersial dan bukan komersial yang boleh memberikan manfaat ekonomi kepada rakyat, selain memperluaskan penggunaan ECRL sebagai jaringan pengangkutan utama.
“Jadi ini perkara yang ingin kita rangkakan di kawasan sekitar ECRL supaya ia bukan sahaja menjadi satu jaringan pengangkutan semata-mata tapi boleh digunakan untuk penumpang, kargo dan boleh digunakan secara maksima untuk menjanakan ekonomi negeri dan tentulah akhirnya kepada rakyat,” katanya.
Menurut beliau, terdapat minat daripada beberapa pihak untuk menyertai projek TOD dan perbincangan sedang dijalankan bagi memastikan pembangunan itu dapat dilaksanakan dengan jayanya. – HARAKAHDAILY 4/9/2024