BTC USD 98,077.2 Gold USD 2,860.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Program UMNO bersama pembangkang gugat Kerajaan Perpaduan - Guan Eng

Sponsored Post

Guan Eng, jangan masuk campur hal ehwal UMNO - UMNO Terengganu​

NURFARDLINA IZZATI MOKTAR
NURFARDLINA IZZATI MOKTAR
02 Januari 2025
Masa membaca: 3 minit

Rozi Mamat

Rozi Mamat


Untuk berita terkini Sinar Harian, ikuti di Telegram dan TikTok kami
KUALA TERENGGANU - UMNO Terengganu mengingatkan Lim Guan Eng supaya tidak campur tangan urusan dalaman UMNO kerana parti berkenaan merupakan sebuah parti yang berdaulat dengan prinsip dan perjuangan tersendiri.
Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Rozi Mamat menegaskan bahawa tuduhan tidak berasas yang dibuat Guan Eng terhadap UMNO berikutan berganding bahu bersama Pas dalam perhimpunan solidariti untuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah tidak wajar serta melanggar semangat saling menghormati dalam Kerajaan Perpaduan.

Beliau berkata, sebarang kenyataan yang cuba mencampuri hal ehwal UMNO hanya akan mencetuskan ketegangan dan menjejaskan keharmonian Kerajaan Perpaduan.
"Ini adalah amaran keras kepada Lim Guan Eng supaya berhenti membuat tuduhan tidak berasas dan menjaga urusan parti sendiri.

"Saya ingin menegaskan bahawa rakan-rakan dalam Kerajaan Perpaduan mesti menghormati prinsip perjuangan UMNO.
"Kita telah bersepakat untuk bekerjasama demi kestabilan politik dan keharmonian rakyat. Oleh itu, sebarang tindakan yang boleh menjejaskan hubungan sesama parti mesti dielakkan," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

Sebelum ini, Guan Eng mengingatkan UMNO bahawa sebarang program bersama dengan parti pembangkang, Pas akan menimbulkan keraguan mengenai kestabilan politik dan kedudukan parti itu dalam Kerajaan Perpaduan.
Guan Eng berkata, ia termasuk perhimpunan solidariti atau demonstrasi.

Jelas Guan Eng, parti yang diterajui Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu mesti sedar bahawa sebarang program bersama pembangkang akan menimbulkan keraguan mengenai kestabilan politik dan kedudukan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan.
Mengulas lanjut, Rozi juga bersetuju dengan kenyataan daripada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa tidak ada mana-mana pihak yang sepatutnya merosakkan hubungan antara parti-parti dalam kalangan Kerajaan Perpaduan.

Sinar Harian

Berita Telus & Tulus menerusi E-Mel setiap hari!​





Beliau berkata, kerjasama itu adalah tanggungjawab bersama selain semua pihak perlu memelihara perpaduan ini demi kebaikan negara dan rakyat.
Dalam pada itu, Rozi berkata, perhimpunan solidariti tersebut merupakan satu bentuk sokongan terhadap Najib yang merupakan bekas presiden parti UMNO kerana jasa besar beliau selama ini.
"Datuk Seri Najib pernah berkhidmat sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia. Sebagai ahli parti, kami akan terus mempertahankan keadilan untuk beliau tanpa mengira apa jua tohmahan daripada pihak luar.
"Ini adalah soal prinsip perjuangan dan kesetiaan kepada pemimpin yang pernah berjasa kepada negara dan parti," jelasnya.

Justeru, Rozi turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menunjukkan solidariti kepada Najib termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO), parti politik lain serta individu-individu yang memahami pentingnya keadilan ditegakkan.
"Solidariti ini lahir menerusi kesedaran dan penghargaan terhadap jasa pemimpin negara yang telah banyak berbakti kepada rakyat.
"Sokongan ini bukanlah perhimpunan yang mencetuskan ketegangan seperti yang sering dilakukan oleh pihak pembangkang tetapi lebih kepada usaha untuk menyatakan penghargaan dan menuntut keadilan.
"Ia adalah menjadi hak setiap pihak untuk menyatakan solidariti kepada Datuk Seri Najib. Tuduhan melulu sebegini hanya mencerminkan kejahilan dan niat buruk untuk mencetuskan provokasi," ujarnya.
 

Solidariti Najib: UMNO Kelantan ingatkan Guan Eng usah takut bayang sendiri​

ADILA SHARINNI WAHID
ADILA SHARINNI WAHID
Masa membaca: 2 minit



Gambar dari kiri: Najib, Guan Eng, Ahmad Jazlan

Gambar dari kiri: Najib, Guan Eng, Ahmad Jazlan


Untuk berita terkini Sinar Harian, ikuti di Telegram dan TikTok kami
KOTA BHARU - UMNO Kelantan mengingatkan Lim Guan Eng usah takut pada bayang sendiri atau ‘kepanasan’ susulan Pas ikut serta bersolidariti kepada Datuk Seri Najib di Putrajaya pada 6 Januari ini.
Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, parti itu juga tidak pernah menghalang untuk sesiapa pun rakyat negara ini hadir memberi sokongan bersama UMNO terhadap Najib.

“Guan Eng tidak perlu kepanasan apabila ribuan ahli UMNO akan berhimpun bagi memberi sokongan moral kepada pembebasan Datuk Seri Najib.
“Guan Eng juga tidak perlu takut pada bayang sendiri walaupun Pas memberi arahan kepada ahlinya untuk hadir memberi sokongan, solidariti ini tiada kaitan dengan mana-mana agenda politik,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Beliau mengulas, UMNO pendirian bahawa Najib terlibat dalam pendakwaan terpilih oleh Perdana Menteri ketujuh, Tun Dr Mahathir Mohamad dan percaya kebobrokan diteruskan oleh Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Ini adalah himpunan aman tanda solidariti kepada bekas pemimpin parti kami yang terang-terangan dianiayai.

“UMNO kekal menyokong Kerajaan Perpaduan ketika ini dan tetap menjaga keharmonian hubungan antara parti Kerajaan,” katanya.
Sebelum ini, Guan Eng yang juga pengerusi DAP itu memberi amaran bahawa kerjasama antara UMNO dan Pas dalam perhimpunan solidariti untuk Najib boleh menimbulkan keraguan terhadap kedudukan UMNO dalam kerajaan.

Ulas Guan Eng, tindakan itu bukan sahaja memberi kesan kepada kestabilan politik malah turut menjejaskan keyakinan rakyat terhadap keikhlasan UMNO dalam membentuk kerajaan pada 2022 atas perkenan Yang di-Pertuan Agong.
 
Kalau kenal kita pertahan kan lah. Orang tak kenal buat apa nak masuk campur silap2 kita pulak kena balun. Apa2 pun tabayyun dulu. Kita tak tahu apa niat Akmal ning suka buat kecoh bila DAP bising.
Baik kita bekap dap kan bam berbanding akmal

Hidup msian msia
Idop isra...
We will protect the safety of....
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register