BTC USD 98,077.2 Gold USD 2,860.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Program UMNO bersama pembangkang gugat Kerajaan Perpaduan - Guan Eng

zackpenang

Active+ Member
gem
Messages
4,868
Joined
Jan 9, 2010
Messages
4,868
Reaction score
1,747
Points
111
Program UMNO bersama pembangkang gugat Kerajaan Perpaduan - Guan Eng
SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
31 Disember 2024
Masa membaca: 3 minit

Untuk berita terkini Sinar Harian, ikuti di Telegram dan TikTok kami
GEORGE TOWN - Pengerusi DAP, Lim Guan Eng mengingatkan UMNO bahawa sebarang program bersama dengan parti pembangkang, Pas akan menimbulkan keraguan mengenai kestabilan politik dan kedudukan parti itu dalam Kerajaan Perpaduan.
Guan Eng berkata, ia termasuk perhimpunan solidariti atau demonstrasi.

"UMNO mesti sedar bahawa sebarang program bersama dengan parti pembangkang akan menimbulkan keraguan mengenai kestabilan politik dan kedudukan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan.
"Ia juga akan menimbulkan kesan ke atas keyakinan rakyat mengenai keikhlasan UMNO yang menubuhkan Kerajaan Perpaduan di atas perkenan Yang di-Pertuan Agong," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, persetujuan UMNO dan Pas untuk mengadakan perhimpunan solidariti untuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga dilihat akan memberi kesan kepada kestabilan politik.
"UMNO dan Pas baru-baru ini bersetuju mengadakan perhimpunan setiakawan untuk Najib pada 6 Januari di Mahkamah Rayuan, Putrajaya.

"Ini kali pertama UMNO dan Pas bekerjasama sejak 2022 bila kedua-dua parti masih dalam Muafakat Nasional.
"Perhimpunan ini berlangsung serentak dengan pendengaran mengenai titah tambahan diraja yang berkemungkinan membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara di rumah," tambahnya.

Lim Guan Eng

Lim Guan Eng

Sebelum ini, tular di media sosial sepucuk surat Pas mengarah ahlinya berhimpun bagi 'Solidariti Bersama Najib Razak Menuntut Keadilan' pada 6 Januari depan.
Surat itu dikeluarkan Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan kepada pesuruhjaya Pas Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang serta setiausaha sayap-sayap parti, perhimpunan tersebut akan diadakan mulai 9 pagi di Mahkamah Rayuan, Istana Kehakiman, Putrajaya.

Dalam pada itu, Guan Eng menambah, perhimpunan setiakawan yang disusuli dengan serangan peribadi Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dilihat satu tindakan mempersoal kuasa Yang di-Pertuan Agong.
"Serangan itu dibuat terhadap prosedur yang diguna untuk Anwar oleh Yang di-Pertuan Agong pada 16 Mei 2018 dengan menganugerahkan pengampunan penuh kepada Anwar pada masa itu.

"Pertikaian mengenai keabsahan pengampunan penuh Perdana Menteri sekali gus mempersoalkan kuasa Yang di-Pertuan Agong serta keabsahan Anwar sebagai Ahli Parlimen dan Perana Menteri," jelasnya.
Kata Guan Eng lagi, sebagai ahli Kerajaan Perpaduan, tindakan sedemikian secara terbuka berniat mencabar malah menggugat kestabilan politik Kerajaan Perpaduan dan kedudukan Perdana Menteri.
"Saya mohon agar tindakan yang sewajarnya dapat diambil oleh Anwar untuk membetulkan keadaan ini demi mengekalkan keyakinan rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan," katanya.
Terdahulu, Dr Akmal mempertikaikan pengampunan Anwar selepas Pejabat Peguam Negara mengeluarkan kenyataan bahawa permohonan Najib untuk tahanan di rumah perlu melalui Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong sekarang.
Ini dipercayai bertujuan menangani isu titah tambahan oleh Yang di-Pertuan Agong sebelum ini, yang dikatakan membenarkan Najib menjalani baki hukuman penjara kes rasuah SRC International di rumah.
 
Sponsored Post

'Kamu siapa nak arahkan UMNO?' - Dr Akmal Saleh​

NOR SYAMIRA LIANA NOR ASHAHA
NOR SYAMIRA LIANA NOR ASHAHA
31 Disember 2024
Masa membaca: 2 minit

Dr Muhammad Akmal Saleh

Dr Muhammad Akmal Saleh

Untuk berita terkini Sinar Harian, ikuti di Telegram dan TikTok kami
SHAH ALAM - Pemuda UMNO mempersoal tindakan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng yang membidas parti berkenaan kerana bersama Pas dalam bersolidariti untuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ketuanya, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh menegaskan bahawa perhimpunan yang bakal diadakan pada 6 Januari depan tiada kaitan dengan Kerajaan Perpaduan.

“Himpunan ini hanyalah untuk solidariti Najib Razak. Ini bukan seperti himpunan Bersih (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang kamu buat sampai huru-hara... terbalik kereta.
“Saya nak bagitahu juga kepada Lim Guan Eng, kamu siapa nak bidas UMNO? Kamu siapa nak arahkan UMNO?

“Lagi kuat kamu bidas UMNO, saya janji... lagi ramai yang akan berhimpun pada 6 Januari ini,” katanya menerusi satu hantaran video di laman sosial, Facebook pada Selasa.

Lim Guan Eng

Lim Guan Eng

Sebelum ini, Guan Eng mengingatkan UMNO bahawa sebarang program bersama dengan parti pembangkang, Pas akan menimbulkan keraguan mengenai kestabilan politik dan kedudukan parti itu dalam Kerajaan Perpaduan.

Menurutnya, ia termasuk perhimpunan solidariti atau demonstrasi.

Jelas beliau, parti yang diterajui Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu mesti sedar bahawa sebarang program bersama pembangkang akan menimbulkan keraguan mengenai kestabilan politik dan kedudukan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan.
 
Jenuh orang melayu nak jilat balik umno akmal. Demi perpaduan ummah katanya.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register