BTC USD 61,421.4 Gold USD 1,765.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Program tarik subsidi kerajaan dapat pujian Kerajaan Korea

eboss

CG Hardcore
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
Program rasionalisasi subsidi kerajaan BN yang menyaksikan harga barangan asas seperti petrol, gas dan gula dinaikkan turut mendapat pujian daripada Presiden Korea Selatan, Lee Myung-bak yang melawat Malaysia selama dua hari mulai Khamis lalu, lapor Bernama.

mohamed nor yaacob"Ia (rasionalisasi subsidi) bukan sesuatu perkara yang senang untuk dilaksanakan. Kerajaan harus memastikan negara kuat dan tindakan tersebut telah mendapat pujian daripada Presiden Korea Selatan dalam lawatan beliau ke Malaysia baru-baru ini.

"Lee berpendapat bahawa apa yang kerajaan Malaysia buat adalah satu perkara yang bijak. Kita tahu menjaga subsidi, pada masa yang sama kita juga menjaga kedudukan kewangan, tidak boros serta berbelanja dengan berhemat," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop kepada pemberita di Kepala Batas hari ini.

Beliau menyampaikan hadiah wang tunai kepada pelajar di dalam kawasan Parlimen Tasek Gelugor yang memperoleh keputusan cemerlang pada Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2010.

Beliau menegaskan bahawa kerajaan telah meneliti kepentingan rakyat dan membuat kajian rapi untuk jangka masa yang panjang sebelum bertindak untuk merasionalisasi subsidi.

students protest against price hike in putrajaya pm's departmentIa dilaksanakan bagi memastikan kedudukan kewangan negara dan kualiti kehidupan rakyat dapat diseimbangkan dan bukan untuk membebankan rakyat seperti apa yang didakwa oleh pihak Pakatan Rakyat.

Langkah merasionalisasi subsidi kali kedua dilaksanakan awal bulan ini yang melibatkan pengurangan subsidi ke atas petrol RON95, diesel, LPG dan gula.

Nor Mohamed yang juga ahli parlimen Tasek Gelugor berkata Presiden Korea Selatan itu sedar tentang kekuatan negara Malaysia tetapi pihak Pakatan Rakyta tidak.

"Orang luar lebih sedar tentang kekuatan kita berbanding pembangkang, biasalah mereka ini sudah kehabisan modal," katanya.

- Bernama
 
Sponsored Post

mygol

Super Active Member
Joined
Apr 10, 2008
Messages
5,761
Reaction score
71
Points
70
Pendapatan rakyat korea dgn Malaysia sama ke?
 

-pojie-

Well-Known, Member, XM Official, Representative
Joined
Oct 29, 2008
Messages
20,951
Reaction score
50
Points
120
yola tue presiden yg ng0k..
ko x duduk cni bole la ckp camtu..
puiiii~~
 

mujhi

Active Member
Joined
Jul 19, 2007
Messages
1,571
Reaction score
36
Points
40
hampa leh caya ka kat puak tu cakap.bukan apa kadang orang begong orang perli dia ingat puji.kalau betul pun dah mai rumah orang tak kan tetamu nak komplain tuan rumah kot.faham faham sendiri lah...
 

nenas_pahit

Fun Poster
Joined
May 3, 2010
Messages
596
Reaction score
3
Points
15
apa plak kene mengena ngan korea plak ni...aduhhh...pemimpin pun kena la berjimat...sama2 berjimat baru betul...
 

Tuan CoLoNeL

Fun Poster
Joined
Sep 16, 2010
Messages
485
Reaction score
15
Points
15
kalau pemimpin luar sokong kerajaan kemain lagi cakap orang luar lagi paham tapi bila orang luar sokong anwar kerajaan la no 1 nak melalak...
 

kokorez

Active+ Member
Joined
Jan 15, 2006
Messages
3,105
Reaction score
35
Points
30
malaysia tarik subsidi kunun jimat 1billion.. tapi songlap bape billion plak? part tue yg rakyat nampak .. bukan cam yb nampak.. ish2
 

astrowan

CG Top Poster Club
Joined
Aug 26, 2009
Messages
22,317
Reaction score
249
Points
138
hampa leh caya ka kat puak tu cakap.bukan apa kadang orang begong orang perli dia ingat puji.kalau betul pun dah mai rumah orang tak kan tetamu nak komplain tuan rumah kot.faham faham sendiri lah...

terbaek :)cgrock:)cgrock:)cgrock:)paid:)paid
 

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
42,291
Reaction score
1,431
Points
201
Ape dier igt korea dgn mesia same ker?.... Borngok.. camner lah leh jadi MEnteri Nih...
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register