BTC USD 41,489.4 Gold USD 1,735.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Program ScaleUp Malaysia Musim Ke-3

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,832
Reaction score
4,169
Points
236
Program ScaleUp Malaysia Musim Ke-3 Sasar Lebih Banyak Startup Yang Berpotensi Tinggi, Pendaftaran Telah Dibuka;

ScaleUp Malaysia yang merupakan salah satu agensi penggalak pembangunan usahawan yang memberi fokus kepada pertumbuhan di dalam startup kini mengumumkan pelancaran program mereka untuk kohort ketiga. Pada program kali ini, mereka lebih menyasarkan kepada syarikat startup yang dilihat berpotensi besar dalam mengembangkan skop pasaran lebih luas di pasaran serantau dan global.

Sebanyak 20 syarikat startup tempatan yang memenuhi kriteria program akan disenarai pendek. Kesemua syarikat startup terpilih kemudiannya bakal menjalani beberapa siri bengkel analisis perniagaan yang bersesuaian bermula Oktober depan. Setiap syarikat startup akan menerima pelaburan sebanyak RM250k – ini bagi membantu mereka dalam meningkatkan pendatapan agar boleh mencapai penilaian yang lebih tinggi.

Dalam masa sama, ScaleUp Malaysia juga akan berkerjasama rapat dengan dua firma modal teroka iaitu Quest Ventures yang berpangkalan di Singapura dan Indelible Ventures dari Amerika Syarikat (AS) sebagai sebahagian daripada usaha untuk memajukan syarikat terpilih. Di samping itu, dua firma berkenaan itu turut akan membantu dalam memberikan lebih akses kepada rakan kongsi, pelabur dan rangkaian lain di Asia Tenggara serta Amerika Syarikat. Ini secara tidak langsung turut mampu mempercepatkan pertumbuhan syarikat di masa hadapan.

Sementara itu, Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) turut memegang peranan sebagai rakan program rasmi bagi memberikan manfaat kepada para startup untuk mengambil bahagian dalam program dan inisiatif MaGIC. Ini termasuklah Sandbox Inovasi dan Teknologi Nasional (NTIS), Program Pasaran Global (GMP) dan MyStartup Hub.

Bagi yang berminat, anda boleh membuat permohonan secara atas talian dan tarikh tutup permohonan adalah pada 2 September 2021. Maklumat lanjut mengenai ScaleUp Malaysia, sila layari pautan yang tersedia di bawah.
1629892573163.png


1629892579902.png


1629892587730.png

Pendaftaran & Info Lanjut Program ScaleUp Malaysia Kohort Ke-3
 

CG Sponsors




Top
Log in Register