BTC USD 61,186.5 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Program Merisik Khabar: Warga emas banyak buat aduan

mzak

Legendary Member
Joined
Nov 3, 2009
Messages
15,880
Reaction score
152
Points
128
KUALA LUMPUR - Golongan warga emas paling banyak membuat aduan kepada Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat(KPWKM)sepanjang lima siri penjelajahan Program Merisik Khabar bermula Mei lalu.

Ketua Setiausahanya Datuk Dr Noorul Ainur Mohd Nur berkata pihaknya menerima 3,000 aduan dan kebanyakan terdiri daripada warga emas berumur 60 tahun ke atas yang tidak berkemampuan bagi memohon bantuan untuk membiayai kehidupan mereka.

"Sepanjang program ini yang sudah masuk siri kelima, kita selalu mendapat aduan daripada orang-orang tua yang ingin bantuan. Tetapi kita hanya meluluskan berdasarkan kriteria yang layak iaitu betul-betul miskin," katanya kepada pemberita pada Program Merisik Khabar di Dewan Orang Ramai, Kampung Baru, Salak Selatan di sini hari ini.

Kata beliau pihaknya turut menerima aduan berhubung permohonan bantuan kewangan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, ibu tunggal yang mengalami kesempitan kewangan, orang kurang upaya (OKU) dan sakit terlantar.

"Ada juga kita dapat aduan mengenai gangguan seksual daripada teman lelaki tetapi kes ini perlu disiasat terlebih dahulu sebab melibatkan banyak pihak," katanya.

Beliau berkata kebiasaannya aduan yang diterima itu dapat diselesaikan dengan kadar segera namun ia bergantung kepada kriteria masalah yang dihadapi mereka.

"Bila mereka (masyarakat) memberitahu masalah yang dihadapi, kita boleh terangkan jenis bantuan yang layak tetapi sekiranya ada jenis bantuan yang memerlukan siasatan latar belakang terlebih dahulu kita akan minta pegawai yang bertugas pergi menyiasat ke rumah mereka secara terperinci," katanya.

Dr Noorul Ainur berkata program itu dianjurkan bertujuan membuka peluang kepada masyarakat bertemu dengan pegawai KPWKM bagi mendapatkan maklumat mengenai status permohonan bantuan dan pertanyaan berhubung perkhidmatan kementerian tersebut.

"Sebelum ini kita sering kali mendengar rintihan masyarakat bahawa mereka tidak tahu tempat mengadu dan kurang pendedahan mengenai cara-cara untuk membuat permohonan bantuan kepada kita. Jadi dengan program seperti ini mereka boleh mengetengahkan masalah yang dialami kepada saluran yang betul," katanya.

Dr Noorul Ainur berkata selepas ini pihaknya akan meneruskan program itu dari semasa ke semasa di seluruh negara bagi mendekatkan diri dengan masyarakat yang memerlukan, dan sekali gus dapat meringankan beban mereka.

Program Merisik Khabar itu bermula di Melaka, diikuti Selangor dan Pahang. - Bernama
 

CG Sponsors




Top
Log in Register