BTC USD 26,763.1 Gold USD 1,960.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Program Malaysia My Second Home (MM2H) Diaktifkan Semula

Sponsored Post

akecema

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,987
Paid Membership
Joined
Jan 26, 2007
Messages
30,987
Reaction score
5,628
Points
486
Awards
1
Kalau terdesak sangat nak bagi kerakyatan, buat lah macam US... Nak lulus kene amik ujian bagai, hafal perlembagaan, sejarah dsb.. kat sini tambah suruh hafal makna Al-Fatihah pun cantik .. lepastu kalau ada bukti pro-tanah besar, kerakyatan lucut. Janganlah bagi macam gula2 murah.

Tapi lupa plak... Kalau dah tersemat budaya rasuah, buat ujian/saringan macamana pun tetap ada jalan pinta$

ujian ni bang, yg dah ade kerakyatan pun fail bang
nak ckp bahasa melayu pun xreti
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
405,854
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
405,854
Reaction score
28,306
Points
2,836
Awards
2
Mintak taikun2 kartel melayu beli laaa
Pastu bole jual murah2 dgn bumi b40

Apa mcm? Aok ok ke 😂

Kiranya beli mahal.sikit dengan Dragon
Lepas tu jual balik dengan harga kasih sayang
Tapi mampu ke taikun Melayu nak beli dengan harga melampau tu
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
405,854
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
405,854
Reaction score
28,306
Points
2,836
Awards
2

Nazri cadang kembalikan program MM2H​

09 Mac 2023 04:31pm

2121095.jpg


Mohamed Nazri (gambar kecil) bercadang aktifkan kembali program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) khususnya di antara Malaysia dan Amerika Syarikat.


WASHINGTON - [KEMAS KINI] Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS), Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz bercadang untuk mengaktifkan kembali program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) khususnya di antara Malaysia dan Amerika Syarikat.

Beliau berkata, sebelum pandemik Covid-19, Malaysia merupakan negara keempat pilihan rakyat Amerika Syarikat untuk bersara selepas Mexico, Panama dan Ecuador.

“Tiga negara pertama adalah negara Amerika Selatan dan jelas ketiga-tiganya boleh diakses oleh rakyat Amerika. Tetapi Malaysia, kita berada di bahagian lain dari negara ini (Amerika) dan kita berada di nombor empat.

“Mereka bercakap banyak tentang kemudahan kita, tentang Malaysia sebagai tempat yang baik untuk rakyat Amerika bersara,” kepada Sinar Daily dalam temu bual eksklusif pada Rabu (Selasa di AS).

Mohamed Nazri berkata, ketika Covid-19 melanda pada 2020, pemprosesan visa bagi program MM2H itu telah diserahkan kepada Jabatan Imigresen.

“Banyak konflik berlaku dengan peserta. Mereka yang datang telah meninggalkan (negara) disebabkan syarat lebih ketat.

“Tetapi sekarang di bawah Kerajaan Perpaduan dan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya fikir permohonan visa untuk Malaysia akan dikembalikan kepada Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC).

"Ini adalah perkara yang baik kerana mereka tidak akan melihat seseorang itu sebagai ancaman keselamatan," katanya.

Katanya, program itu akan membantu merangsang ekonomi tempatan dan mempromosikan negara sebagai destinasi utama.

Dalam masa sama, Mohamed Nazri turut mengulas mengenai perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh pelancong Malaysia termasuk isu pemakaian bikini di pantai dan pulau pelancong di sini.


 
Sponsored Post

Top
Log in Register