yussv
Super Active Member

- Messages
- 8,647
Paid Membership
- Joined
- Oct 18, 2008
- Messages
- 8,647
- Reaction score
- 1,867
- Points
- 151
Betul2 serius Sultan Johor psal MM2H ni ye..
MM2H: Nazri jangka lebih banyak permohonan ditolak
September 28, 2021 10:00 PM
![]()
Bekas Menteri Pelancongan Nazri Aziz berkata, daripada lebih 57,000 orang yang mendaftar untuk MM2H, tidak seorangpun telah disyaki atau didakwa kerana mengancam negara.
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Pelancongan Nazri Aziz menjangkakan lebih ramai permohonan untuk Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) akan ditolak apabila program itu kini di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri.
Nazri berkata, Jabatan Imigresen pernah sebelum ini menolak beberapa permohonan “tanpa memberikan sebarang sebab” ketika program itu masih di bawah Kementerian Pelancongan, walaupun permohonan telah diteliti serta diluluskan kementerian berkenaan.
“Jika kita ada masalah ini ketika program MM2H di bawah Kementerian Pelancongan, bagaimana pula apabila ia diletakkan di bawah Jabatan Imigresen? Saya fikir lebih banyak permohonan akan ditolak,” katanya ketika perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat.
“Kita tidak patut berfikir setiap orang asing yang mahu tinggal di negara kita mahu melakukan kesalahan yang mengancam negara. Daripada lebih 57,000 orang yang mendaftar untuk MM2H, tidak seorangpun telah disyaki atau didakwa kerana mengancam negara,” katanya.
Ahli Parlimen Padang Rengas yang juga bekas Menteri Undang-undang itu berkata, program MM2H telah menyumbang lebih RM37 bilion kepada ekonomi antara 2002 hingga 2019, dan dijangka menyumbang kira-kira RM4 bilion setahun.
“Jadi saya tidak faham kenapa sektor yang begitu penting dan menyumbang RM4 bilion setahun kepada ekonomi kini diletakkan di bawah Kementerian Dalam Negeri.”
Menurutnya, beliau turut dimaklumkan individu yang mahu memperbaharui pas mereka akan disoal pihak berkuasa imigresen kenapa mereka mahu melanjutkan tempoh berada di negara ini. Katanya, soalan itu tidak masuk akal kerana ada pemegang pas berkenaan telah tinggal di Malaysia hampir 20 tahun.
Beliau berkata, Malaysia antara negara utama yang menjadi pilihan warga asing untuk persaraan mereka, seiring Panama, Mexico, Ecuador dan Colombia.
“Saya harap kerajaan tidak menyukarkan mereka yang datang ke negara ini selepas kita mengajak mereka menyertai program MM2H.
“Malaysia bukan satu-satunya negara pilihan untuk persaraan. Indonesia dan Thailand juga ada. Jika mereka tidak berpuas hati dengan peraturan baharu dan memilih untuk berpindah, kita akan kehilangan berbilion ringgit yang akan disalurkan ke negara lain.
“Permohonan hanya patut ditolak jika ada bukti dan fakta mereka benar-benar mengancam negara,” katanya.
![]()
MM2H: Nazri jangka lebih banyak permohonan ditolak
Nazri Aziz berkata, ini susulan tindakan meletakkan program berkenaan di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri.www.freemalaysiatoday.com