BTC USD 27,805.1 Gold USD 1,959.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Program Malaysia My Second Home (MM2H) Diaktifkan Semula

Sponsored Post

a b c d e f

Super Active Member
gem
Messages
9,260
Joined
Oct 28, 2010
Messages
9,260
Reaction score
1,396
Points
151
1 juta ringgit malaysia mahal bagi kita. tukar jadi singa dollar 3 ratus ribu lebih saja. pegangan tanah antarabangsa dibuka kepada warga asing
Aku tak paham kenapa tanah tu diberi freehold selamanya. Pendatang hidup selamanya ke? Status PR boleh diwarisi ke?
 

notepad

Legendary Member
gem
Messages
11,980
Joined
Sep 17, 2011
Messages
11,980
Reaction score
1,379
Points
206
Aku tak paham kenapa tanah tu diberi freehold selamanya. Pendatang hidup selamanya ke? Status PR boleh diwarisi ke?
pindaan zaman mahiadin jadi mb dulu. negeri ini lain sikit. cakap banyak nanti masuk dalam

https://www.cari.gold.my/hartanah-di-johor-bandar-johor
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
405,489
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
405,489
Reaction score
28,236
Points
2,836
Awards
2
🔴 (LANGSUNG) - Sidang Media berkenaan Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) di Parlimen.

Bersama:
* Ahli Parlimen Segambut: Hannah Yeoh
* Ahli Parlimen Bukit Bendera: Wong Hon Wai
* Ahli Parlimen Balik Pulau: Muhammad Bakhtiar Wan Chik

 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
405,489
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
405,489
Reaction score
28,236
Points
2,836
Awards
2

Pastikan peserta MM2H berkualiti di negara ini

Oleh Zanariah Abd Mutalib- September 14, 2021 @ 11:44am
[email protected]




KUALA LUMPUR: Kerajaan hanya akan menerima peserta baharu Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) yang benar-benar sah, berkualiti tinggi dan dapat memberi sumbangan yang positif kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Ia adalah dasar baharu kerajaan membabitkan golongan itu.

Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata peserta MM2H sedia ada boleh dipertimbangkan untuk mendapat kelonggaran daripada memenuhi dasar semasa yang ditetapkan.

Katanya, ia termasuk keperluan seperti pemilikan akaun simpanan tetap sekurang-kurangnya RM1 juta dan pengeluaran maksimum sebanyak 50 peratus dibenarkan ke atas nilai prinsipal bagi tujuan pembelian hartanah, kesihatan dan pendidikan anak, pengisytiharan aset cair sekurang-kurangnya RM1.5 juta, pendapatan luar negara sekurang-kurangnya RM40,000 sebulan dan lain-lain keperluan syarat yang ditetapkan.

Beliau menjawab soalan Wong Hon Wai (PH-Bukit Bendera) yang bertanya sama ada kerajaan akan menyemak semula program MM2H berikutan rungutan komuniti MM2H dan industri ekonomi berkaitan terhadap syarat baharu yang amat ketat pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Menjawab soalan tambahan Hon Wai sama ada program MM2H boleh diserahkan kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya kerana Kementerian Dalam Negeri (KDN) didakwa tidak mesra dalam urusan tapisan dan permohonan bagi menarik lebih ramai peserta, Hamzah menjelaskan, keputusan berkenaan dibuat ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH), namun ia boleh disesuaikan.

"Sebenarnya, jumlah peserta yang aktif ketika ini tidaklah seramai yang diuar-uarkan media massa. Jumlah yang ada hari ini secara prinsipal hanya 34,347 peserta saja iaitu 27,894 peserta MM2H, manakala peserta awal 'silver chair' dahulu hanya 6,453 peserta, jadi jumlahnya kecil sekali.

"Satu perkara lagi yang diuar-uarkan semua orang seolah-olah banyaknya jumlah kewangan yang disimpan dalam bank negara kita. Pada 2019, (jumlahnya) hanya ada RM921 juta saja.

"Jadi, tidak timbul untuk kita melihat semula orang yang sudah lama menjadi peserta, yang kita nak adalah yang baharu, lebih sah, yang benar-benar membantu dan berkualiti, bukan kuantiti yang kita perlukan," katanya.

Menjawab soalan Muhammad Bakhtiar Wan Chik (PH-Balik Pulau) mengenai prosedur baharu yang lebih ketat bagi MM2H itu memberi impak kepada imej negara, Hamzah menegaskan, kerajaan perlu melakukan penambahbaikan melalui pelaksanaan prosedur bagi permohonan baharu dan berdasarkan kes bagi peserta lama terutama membabitkan aspek keselamatan.

"Ada mereka yang namanya peserta MM2H tapi hanya menggunakan ini sebagai transit saja dan melakukan perkara yang tidak diingini. Justeru, fokus diberikan kepada isu keselamatan semula dan membantu ekonomi negara.

"Biarlah mereka yang berkualiti saja (yang menyertai MM2H). Apa salahnya untuk kita masukkan orang yang berkualiti, yang kita nak hanya RM150,000 (pemilikan akaun simpanan tetap) tetapi sudah layak untuk berada 10 hingga 15 tahun di negara kita, kenapa?" katanya.

bhdewan14sep4_1631600525.jpg


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin ketika menjawab soalan Wong Hon Wai (PH-Bukit Bendera) yang bertanya sama ada kerajaan akan menyemak semula program MM2H. - Foto RTM


 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
405,489
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
405,489
Reaction score
28,236
Points
2,836
Awards
2
PROGRAM MM2H | Syarat Lebih Ketat, Hanya Benar Peserta Berkualiti

Kerajaan hanya akan menerima peserta baharu Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) yang benar-benar sah dan berkualiti tinggi selain dapat memberi sumbangan positif kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Ia adalah dasar baharu kerajaan membabitkan golongan itu.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
130,359
Paid Membership
Top Poster #4
Joined
Jun 3, 2013
Messages
130,359
Reaction score
22,479
Points
2,866
Awards
1

Sultan Johor akan jumpa PM atas syarat MM2H​


September 17, 2021 4:54 PM

sultan-ibrahim-johor-bernama-140520-1.jpg


Sultan Ibrahim Sultan Iskandar (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar membidas Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana enggan mengkaji semula syarat ketat Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) yang diumumkan baru-baru ini.

Sultan Ibrahim menerusi catatan Facebook berkata, baginda akan membangkitkan perkara itu secara peribadi kepada Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob memandangkan Johor antara destinasi popular MM2H untuk warga asing.

BERITA LANJUT MENYUSUL


 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
43,637
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
43,637
Reaction score
5,299
Points
516
Awards
1
Sultan Johor Dukacita KDN Enggan Semak Semula Syarat Ketat MM2H

17.09.2021 - Johor bahru, Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar menzahirkan dukacita terhadap Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana enggan menyemak semula syarat ketat Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) yang ditetapkan baru-baru ini. Sultan Ibrahim bertitah, baginda akan membangkitkan perkara itu secara peribadi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam tempoh terdekat. Baginda bertitah, ia memandangkan Johor adalah antara destinasi popular MM2H, selain sumbangan program berkenaan kepada pendapatan negeri.

"Namun, apa yang kita dengar di Parlimen hanyalah janji untuk mempertimbangkan permohonan peserta MM2H berdasarkan kes demi kes, dan ini adalah di luar jangkaan dan sesuatu yang mengecewakan. Jika keselamatan adalah justifikasi utama untuk kriteria baharu, maka kementerian hanya perlu membatalkan visa pemegang pas MM2H yang didapati melakukan kesalahan, dan bukannya membabitkan semua peserta," titah baginda dalam kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebook rasmi baginda, hari ini.

Pada 1 September lalu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin dilaporkan berkata, kira-kira 8,000 daripada 57,478 peserta prinsipal dan tanggungan program MM2H didapati tidak bermastautin di negara ini. Hamzah dilaporkan sudah mengarahkan pegawainya untuk menghubungi individu terbabit bagi mengetahui hasrat mereka untuk terus berada dalam program MM2H dalam negara ini. Sebelum itu, Hamzah berkata, kerajaan sudah melakukan penambahbaikan kepada syarat permohonan Program MM2H, namun peserta sedia ada diminta tidak gusar dengan usaha yang dijalankan kerajaan itu.

Katanya, dasar kerajaan ketika ini menetapkan bilangan peserta MM2H pada satu peratus daripada jumlah populasi negara. Sementara itu, Sultan Ibrahim bertitah, keputusan berkenaan yang menyaksikan keengganan KDN menyemak semula syarat ketat Program MM2H, hanya akan membawa implikasi negatif.

"MM2H adalah satu program yang memberi kesan baik kepada ekonomi Malaysia dan begitu juga kepada rakyat serta kerajaan. Jika sekarang kita mengenakan syarat ketat hingga memberi kesan kepada peserta, dikhuathiri kelak akan menjejaskan imej negara di mata dunia. Saya berharap perkara ini akan mendapat perhatian serta pertimbangan dari kerajaan tanpa membuat keputusan drastik terhadap program ini," titah baginda.

Berita asal https://www.hmetro.com.my/mutakhir/...ita-kdn-enggan-semak-semula-syarat-ketat-mm2h
 
Sponsored Post

Top
Log in Register