BTC USD 27,817.7 Gold USD 1,959.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Program Malaysia My Second Home (MM2H) Diaktifkan Semula

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
405,489
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
405,489
Reaction score
28,236
Points
2,836
Awards
2
FB_IMG_1628757204715.jpg

šŸ  Program Malaysia Rumah Keduaku diaktifkan semula

#InfografikBernama #MM2H #Malaysia
 
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,273
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,273
Reaction score
22,864
Points
1,831
Awards
1
SULTAN JOHOR: KAJI SEMULA SYARAT KETAT PROGRAM MM2H BAGI MENGIMBANGI KEMASUKAN PELABUR DAN PERTUMBUHAN EKONOMI

DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, bertitah kerajaan perlu menyemak semula syarat Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) bagi mencapai imbangan positif terhadap kemasukan pelabur serta pertumbuhan ekonomi negara.

Baginda Tuanku Sultan, bertitah ini kerana Program MM2H yang dibenarkan beroperasi semula dengan beberapa syarat baharu kepada peserta dilihat terlalu ketat.

Justeru, DYMM Sultan Johor bertitah supaya kerajaan mempertimbangkan semula syarat-syarat baharu yang ditetapkan kerana ia dikhuathiri boleh menjejaskan kemasukan peserta baharu, serta pemegang pas MM2H yang sedia ada sekarang.

ā€œPenetapan syarat baharu seharusnya lebih baik, bagi mendorong kemasukan pelancong serta pelabur untuk kembali meningkatkan ekonomi negara.

ā€œJika ia (syarat baharu) terlalu ketat, kemungkinan boleh memberi kesan kepada pendapatan negara, serta memberi tekanan kepada peserta baharu dan sedia ada.

ā€œIni juga amat mengecewakan kita di Johor dimana kita mempunyai hubungan sejarah yang lama dengan Singapura serta rakyatnya, syarat baharu ini kemungkinan akan menyebabkan mereka untuk tidak melabur di Johor,ā€ titah DYMM Sultan Johor kepada Royal Press Office (RPO) pada hari ini (30 Ogos).

Baginda bertitah, kerajaan juga perlu mempertimbangkan untuk mengembalikan kriteria yang ditetapkan sebelum ini yang berkesan dalam mempromosikan Malaysia sebagai antara destinasi persaraan antarabangsa.

Sejak dimulakan pada tahun 2002, hanya 57,478 warga asing telah diberikan pas jangka panjang MM2H. Namun, program itu telah dihentikan sementara pada September 2018 untuk dikaji semula, dengan syarat-syarat baharunya diperkenalkan pada minggu lalu.

Dibawah syarat baharu ini ditetapkan, pendapatan luar negara peserta MM2H adalah sekurang-kurangnya RM40,000 sebulan berbanding RM10,000 sebelum ini.

Manakala, pemilikan akaun simpanan sekurangnya-kurangnya RM1 juta dan pengeluaran maksimum sebanyak 50 peratus dibenarkan ke atas nilai prinsipal bagi tujuan pembelian hartanah, kesihatan dan pendidikan anak mereka.

Peserta juga perlu pengisytiharan aset cair sekurang-kurangnya RM1.5 juta, kadar fi pas daripada RM90 dinaikkan kepada RM500 setahun dan fi proses pula sebanyak RM5,000 bagi prinsipal serta RM2,500 bagi setiap tanggungan.

ā€œPeraturan-peraturan baharu ini akan menyebabkan lebih banyak pemegang pas MM2H keluar dari negara ini. Bagaimana kita hendak mempromosikan Malaysia sebagai antara destinasi pelaburan?

ā€œJika kita kerap mengubah peraturan, ini boleh menyebabkan ketidakyakinan dalam kalangan peserta, dan ini juga bukan masanya untuk menaikan kadar fi. Pengubahan syarat secara drastik akan menjejaskan imej negara,ā€ titah Baginda.

#sultanjohor
#royalpressoffice
#johor

 

notepad

Legendary Member
gem
Messages
11,980
Joined
Sep 17, 2011
Messages
11,980
Reaction score
1,379
Points
206
aku tak berapa berkenan dgn program ni. Kalau rumah mahal tak laku, jgn buat or jgn lulus kan buat rumah yg mahal tu.
1 juta ringgit malaysia mahal bagi kita. tukar jadi singa dollar 3 ratus ribu lebih saja. pegangan tanah antarabangsa dibuka kepada warga asing
 
Sponsored Post

Top
Log in Register