BTC USD 63,072.1 Gold USD 1,808.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Program berjalan 10,000 Langkah Merdeka Ahad ini

mzak

Legendary Member
Joined
Nov 3, 2009
Messages
15,880
Reaction score
152
Points
128
KUALA LUMPUR - Dalam usaha menzahirkan semangat kemerdekaan dan menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat, Kementerian Kesihatan akan menganjurkan 'Program Berjalan 10,000 Langkah Merdeka' secara serentak di seluruh negara pada Ahad ini.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) kementerian, Datuk Dr Mohd Azhar Yahaya berkata program itu dijadual bermula pukul 8 pagi melibatkan 72 kawasan dan akan dilancarkan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai di Taman Rimba, Kota Kinabalu, Sabah.

Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata lebih 140,000 orang setakat ini mengesahkan penyertaan dalam program bertema 'Demi Kesihatan Untuk Negara' itu.

Ia dijangka menerima pengiktirafan 'Malaysia Book of Records' bagi penyertaan paling ramai dalam kempen kesihatan yang dijalankan serentak, kata Dr Mohd Azhar.

Peserta acara itu akan berjalan 10,000 langkah di laluan sejauh 6.5km sambil mengibarkan Jalur Gemilang. Program itu percuma dan terbuka kepada orang ramai.

Mereka yang berminat boleh berhubung dengan Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan daerah untuk maklumat lanjut.

Selain itu, beberapa lokasi terpilih turut mengadakan Karnival Kesihatan Jelajah Sihat termasuk di Putrajaya pada 8 dan 9 September mulai 8 pagi hingga 5 petang.

Acara yang akan diadakan termasuk pameran kesihatan, pemeriksaan kesihatan dan pergigian, sukaneka dan jualan serta beberapa acara khas seperti berbasikal di sekitar Putrajaya, pertandingan mewarna serta demonstrasi dan pertandingan masakan sihat. - Bernama
 
Sponsored Post
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register