BTC USD 39,918.5 Gold USD 1,828.05
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Program amal sumbangan pakaian dan peralatan rumah terpakai kepada anak yatim

Riger

Banned
Joined
Jun 21, 2008
Messages
89
Reaction score
11
Points
11
Tarikh : hb. Nov 2008

Ruj. kami : A-AF/08/RKAY/G – 01


Kepada yang berkenaan

Tuan,

PROGRAM AMAL: SUMBANGAN PAKAIAN DAN PERALATAN RUMAH TERPAKAI KEPADA RUMAH KEBAJIKAN ANAK YATIM SEKITAR NEGERI SELANGOR.

Dengan segala hormatnya kami megucapkan salam sejahtera kepada Tuan dan Warga kerja Rumah Kebajikan Anak Yatim dan anak-anak yatim agar sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah S.W.T.

1. Untuk makluman pihak tuan, kami adalah syarikat Bumiputra yang menjalankan perniagaan menjual Lembu dan Kambing untuk Qurban dan Aqiqah, membekal produk makanan sejukbeku, daging sejukbeku dan segar di No. 3, Jalan Hulu Langat, Batu 9 Cheras, Selangor dengan menggunakan nama Al-Azfar Freh Boer Meat Station. Operasi perniagaan ini telah dimulakan pada 1hb. Julai 2007. Produk utama perniagaan ini terdiri daripada produk daging kambing dan lembu sejukbeku yang diimport dan daging kambing segar tempatan. Manakala produk makanan sejukbeku yang lain pula terdiri daripada susu kambing segar, burung puyuh, burger, sosej, bebola daging, nugget, kuih-kuih sejukbeku dan lain-lain.

2. Merujuk kepada perkara di atas kami dengan sukacitanya ingin melancarkan Program Amal bersama Rumah Kebajikan Anak Yatim iaitu sumbangan pakaian dan peralatan rumah terpakai untuk disumbangkan kepada rumah kebajikan anak yatim tersebut.Program ini akan berlangsung selama 1 bulan dari tarikh surat ini dikeluarkan.

3. Kami amat mengalu-alukan agar pihak tuan dapat memaklumkan dan hebahkan program amal ini untuk kakitangan dan orang ramai agar hasrat dan keperitan hidup anak yatim akan terubat dengan sumbangan dari pihak tuan. Setiap sumbangan boleh lah dihantar ke alamat seperti diatas dan jika sumbangan tersebut berbentuk wang pihak tuan hendak lah menghubungi terus Rumah Kebajikan Anak Yatim tersebut. Pihak kami hanya menerima pakaian dan peralatan rumah terpakai dan barang makanan sahaja. Sumbangan ini semunya akan dibahagikan sama rata kepada 11 buah Rumah Kebajikan Anak Yatim Yang dikenal pasti memelurkan sumbangan dan amal jariah dari orang ramai.



4. Kerjasama dan perhatian dari pihak tuan amatlah kami hargai dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,
Awatif Agro Farming



…………………………………
BASHARUDIN BIN MAT ISA
Ketua Pengurus Operasi


s.k. 1. Awatif Agro Farming - Fail


SEDEKAH –PENDINDING API NERAKA..


Rasulullah S.A.W. ada menyebut mengenai suruhan dan galakan bersedekah, sebagaimana Baginda bersabda yang maksudnya: Mana-mana orang mukmin yang memberi makanan kepada seorang mukmin yang lain kerana kelaparan, maka Allah akan memberi makanan kepadanya pada Hari Kiamat daripada buah-buahan Syurga. Dan mana-mana orang mukmin yang memberi minuman kepada seorang mukmin yang lain kerana kehausan, maka Allah akan memberi minuman kepadanya pada Hari Kiamat daripada tamar Syurga yang termetri bekasnya. Dan mana-mana orang mukmin yang memberi pakaian kepada seorang mukmin yang lain kerana tidak berpakaian, maka Allah akan memberi pakaian kepadanya daripada pakaian Syurga yang berwarna hijau. (Riwayat Tirmizi dan Abu Daud).

Firman Allah bermaksud: Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu manafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa sahaja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahui. (Ali Imran: 92)
 
Sponsored Post

Riger

Banned
Joined
Jun 21, 2008
Messages
89
Reaction score
11
Points
11
SENARAI RUMAH KEBAJIKAN ANAK YATIM

BIL NAMA NO UNTUK DIHUBUNGI
1 ASRAMA DAMAI anak yatim kuang KM 28.5, Lorong Teratai Kg. Damai Kuang, 48050 Kuang Selangor Tel : 03-6038 2823Fax: 03-6038 6207 Hj Suhaimi b. Dzajuli / Tuan Haji Abdul Khalik Haji Jaafar
2 Pertubuhan Kebajikan Anak- Anak Yatim Islam DAERAH Sabak Bernam Lot 5204, Jalan Parit 1 Timur, 45300 Sungai Besar Selangor Tel : 03-3224 2849 Fax : 03-3224 2849 Puan Rosnah Bt Mohamad Razali
3 Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim MALAYSIA (PEYATIM) 37, Jalan Nirvana 39, Taman Nirvana, 68000 Ampang, Selangor Tel : 03-9286 1992 Fax : 03-9286 4872
4 PertUBUHAN Rumah Anak Yatim / Miskin Daerah Kuala Langat (Sg Buaya) Kampung Sungai Buaya, 42700 Banting, Kuala Langat Selangor Tel : 03-3120 3385 / 3187 4964 Fax: 03-3187 5086 En Hj Kamain Bin Abdul Samad
5 Rumah Tumpangan & Sekolah Anak-anak Yatim & Miskin Sungai Pinang Batu 1 3/4 Sungai Pinang, Jalan Kapar, 41400 Klang Selangor Tel/Fax : 03- 3341 0362 Ustaz Ayob/ Kak Su / Laila
6 RUMAH AMAL CAHAYA TENGKU AMPUAN RAHIMAH Ractar Taman Subang Permai, 47500 Subang Jaya Selangor Tel/Fax : 03-5631 2664 Encik Dzulkarnain Mansor
7 PERTUBUHAN PENDIDIKAN ANAK YATIM SELANGOR Rumah BAKTI KM 11 Jalan Ulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor Tel : 03-4256 8880 Fax: 03-4251 4811 En. Abdul Aziz Johan





8 Rumah Tunas Harapan Tengku Ampuan Rahimah Kuala Selangor Jalan Semarak, 45000 Kuala Selangor, Selangor Tel : 03-3289 1495 Fax: 03-3289 6903 En Abdullah/ Mohd. Erwadi
9 Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah Batu 4 Jalan Cheras, Cheras, 56000 Kuala Lumpur Tel : 03-9131 8439 Fax: 03-9130 2739 Puan Ziton Hj Uda
10 YAYASAN ANAK-ANAK YATIM PINGGIR TAMAN TUN DR. ISMAIL No. 2, Jalan 5/71B, Taman Tun Dr. Ismail, Jalan Damansara, 60000 Kuala Lumpur Tel : 03-7725 8592 Fax: 03-7725 6652
11 ASRAMA DARUL FALAH (ASDAF) Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur Tel : 03-2831009 Fax: - Haji Shahidan Abdul
 

eLLYaNa

CG Top Poster Club
Joined
Apr 17, 2008
Messages
27,295
Reaction score
41
Points
125
nape dok dalam section isu semasa
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register